Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

amalan berpantang dan awet muda

pada 10hb jan aritu dapat anak sedara yang baru nama dia zara sofea. comel nyer dia... terpaksa "keluar kut tingkap" genap pd minggu ke 36 sebab songsang.. kepala dok atas dan tali pusat dah membelit di leher. alhamdulillah bb sihat selamat dengan beratnya 2.5kg. bila tengok bebudak kecik nih... dengan harum bau baby... rasa mcm nak sorang lagi kan... kan kan...? ahakss... beranak kena berjadual. nanti misi marah.

okeh... sebenarnya nak citer tentang penjagaan dalam pantang dan pengamalan berpantang untuk awet muda yang dikongsikan oleh seorang mummy bergetah ber-anak 7. pergghh... 7 tu beb... diulangi... 7. giler dasat tu... sempat tak sempat? rasa kembang pungkok gak nih.. sebab dalam pantang dia ada mengamalkan penggunaan vitamin shaklee... aisehh... tak sangka yer saya bakal awet muda. dan bakal beranak 7... bleh gitu...? eceh... kembang pungkok betul2 baru tau. itu pasal laa masa berpantang kena jaga... jangan degil. so citer pengamalan supplement shaklee semasa berpantang saya share kat sini laa yer... kalau tak caya.. bleh gi sendiri kat link dia... tengok tuan punya badan cun tak cun... bergetah tak bergetah.. klik sini.

•Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

•Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.

•Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya. •Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.

•Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

•Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.

•Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru...(ni yang best baca statement kak nani rostam ni.. katanya lagi Jenama Shaklee adalah antara yang terbaik... wahh.. i like bila ada orang glemer pun suke mengaku akan keajaiban produk ni..hehe..dia ni bukan jual shaklee pun tapi memberi komen berdasarkan ape yg dia rasa..)

•Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

•Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.

•Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.


sangat mengujakan. semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini... insya-Allah.

utk sebarang pesanan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi saya melalui email bibimie@gmail.com atau sms/call di talian 012-7640760.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...