Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Diet yang meragut nyawa


tengok tajuk pun dah seram. hari ini saya nak cerita tentang kisah benar. sebenarnya berlaku beberapa minggu lepas. dah taip panjang2 tiba2 pc hang plak... terus tadek mood nak tulis semula. so kali nih saya kongsi dengan pembaca tentang kisah program diet tanpa panduan yang meragut nyawa seorang bakal pengantin.

beberapa minggu lepas saya berkesempatan untuk makan tengahari dengan seorang teman lama yang dikenali sejak sekolah rendah. sedang menikmati makanan, beliau memberitahu bahawa baru sahaja pulang dari menziarahi seorang rakan pejabat yang meninggal dunia pada pagi hari tersebut. menurutnya, arwah baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan pada minggu sebelumnya. sedih dengar cerita kawan tu.

menurutnya lagi, mereka sepejabat tahu yang arwah sedang berdiet untuk persediaan hari bahagianya. mungkin program dietnya tanpa panduan pakar atau mengambil ubat langsing/kurus yang banyak di pasaran kini tanpa pengawasan dan nasihat doktor. beberapa hari sebelumnya arwah dikhabarkan tidak dapat membuang air besar selama seminggu. kalau bayi yang menyusu dengan ibunya, tak buang seminggu tu normal. tapi kalau orang dewasa, itu dah tahap kronik kerana toksin dah berkampung dalam badan. ini sudah tentu akan mengganggu sistem dalam badan. arwah dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia di hospital.

kisah berdiet meragut nyawa ini juga pernah terjadi pada sahabat sepejabat lama saya. mmg dia chubby. hubungan saya dengan dia cuma biasa2 saja tidak lah rapat sangat tapi sering terserempak di masjid negara atau kadang2 dia ada datang beli makanan di dayabumi. rupanya dia bekerja di kementerian kesihatan kat area masjid negara tu lah. pemergiannya selang beberapa hari selepas saya terserempak sewaktu lunch hour di dayabumi. tak sangka itu pertemuan terakhir. kalau laa saya tau itu pertemuan terakhir sudah tentu saya ambil kesempatan mohon maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa dan mintak halal makan minum. kalau tak silap berita kematiannya tersiar di akhbar.

menurut kawan yang menceritakan, arwah ada mengambil ubat diet. tak dapat dipastikan samada dengan pengawasan doktor atau suka2 beli di mydin. pada malam kejadian, beliau kelihatan letih kerana kerap kali memasuki tandas akibat berak2. mungkin kesan ubat kurus tersebut. tak lama kemuadian arwah tiba2 mengelupur dan mulutnya berbuih2. rakan2 serumah kemudian panik dan tidak sempat berbuat apa2. tak lama selepas itu arwah menghembuskan nafas terakhir. menurut rakan saya lagi, bopren arwah tak kisah pun keadaan fizikal arwah tapi mungkin sebab dah nak naik pelamin, itu yang arwah usahakan juga nak kurangkan berat badan. niat tu murni, tapi tak kesampaian. kesian...

untuk anda yang sedang berkira2 untuk menjalani program diet, suka saya ingatkan agar bijak membuat pilihan. jangan ambil ubatan yang tiada pengesahan dari kementerian kesihatan. pilih program yang berbaloi dengan wang yang anda laburkan. jika anda ingin menjalani program diet secara natural tanpa bantuan agen pelangsingan, anda sebenarnya memerlukan makanan tambahan. secara logiknya, bila anda mengurangkan kuantiti makanan atau menyekat makan, sudah tentu gizi seharian sudah tidak seimbang. apa yang ditakuti ialah program diet bertukar menjadi program makan2 setelah beberapa minggu menyekat makan. untuk mengurangkan pengambilan makanan mestilah secara teratur iaitu mengurangkan kuantiti sedikit demi sedikit. makan dengan kerap dan ambil snek yang sihat seperti buah2an pada antara waktu makan. kurangkan makanan bergula, air manis dan kawal pengambilan garam juga.



Zinc boleh ganti ikan haruan dan jeli gamat

salah seorang rakan kami telah selesai menjalani pembedahan membuang batu hempedu maka rata2 pengamal shaklee menyarankan agar mengamalkan pengambilan zinc complex. salah sorang pengguna shaklee bgtau dalam forum... katanya.. "saya ada 2 operation..satu minor..satu lg czer..dua2 bantai mkn ikan haruan bnyk2...hari2 mkn..plus jelly gamat lagi..mase tu taktau..skang mmg parut dia x lawa..besa...tp lepas consume shaklee parut semakin mengecik..hehehe..." dan sorang lagi menyampuk... "vit e & esp mmg mujarab tau.suami yg perasan parut makin kecik.haha..." jangan tanya saya parut yang dimaksudkan tu di mana. tapi sebagai seorang ibu, saya dapat agak parut tu ialah semasa bersalinkan anak mereka. sebenarnya saya tiada pengalaman menjalani pembedahan... makan jeli gamat dan ikan haruan pun tak pernah juga rasanyer... huhu... pengakuan rakan2 yang telah mengamalkan pengambilan zinc complex, vit E dan ESP sangat mengujakan. oleh kerana saya jarang nak sentuh tentang kelebihan zinc complex, jom kita tengok apa kelebihannya... Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak. Zinc berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak atau kulit yang melecet. ibu2 yang mempunyai sistem imun yang rendah akan mengambil masa yang lama untuk baikkan luka kelahiran baik normal mahupun ceaser. Kekurangan zinc adalah antara salah satu faktor penyebab kelewatan proses baikpulih tersebut. Zinc yang sangat penting dan banyak membantu pertumbuhan rambut serta menguatkan kutikel rambut selain bagus untuk mempercepatkan luka bersalin. Zinc membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting untuk mengawal kandungan gula dalam darah dan ia sangat membantu mengawal paras gula dalam darah pesakit kencing manis. apa kata Dr. Bruce Miller tentang zinc complex? buku tulisan Dr. Bruce Miller yang bertajuk A TREASURY OF MINERALS menyatakan bahawa: a. zinc plays a vital role in the body 's immune response. b. zinc supports the immune response by aiding in the production of certain white cells that proliferate to destroy attacking viruses and bacteria. c. zinc also funtions in the metabolisme of vitamin A and so may be a factor in the proactive effects of this vitamin against certain kind of cancer. d. zinc appears to play a role in the body 's immune "memory" system. Certain cellls in your immune system "remember" the disease you have had and protect against your having those disease again. This protection called "acquired immunity" and zinc seems to play an important role in it. "acquired immunity" is the principle behind vaccination and inoculations: a mild strain of virusses or bacteria is injected into the body so that without your having to suffer through a full-blown illness you get a mild dose and build up antibodies to the disease. The body then "remembers" your having had the illness and protects against your having it again. What researchers have found, however is that the immune "memory" sometimes doesn"t work. Sometimes it "forgets". And the reason it "forgets" is that the immune memory cells die off- due to zinc deficiency. Apparently a shortage of zinc can actually destroy immune memory cells, making it virtually impossible to vaccinate succesfully against common disease. *credit to anne. jika anda mengalami masalah kesihatan dan termasuk dalam kategeri yang tersebut diatas, anda mungkin memerlukan zinc dalam diet harian anda. cuba lah... anda tentu akan rasa lebih sihat dari sebelumnya.


Mula2 gemuk... kemudian obes...

saya tertarik dengan satu entry di blog cari duit. dulu saya pernah terfikirkan, kenapa makan sikit pun boleh jadi gemuk. pada andaian saya, ini disebabkan kadar metabolisme yang rendah. makan sedikit pun boleh gemuk... makan banyak apatah lagi. saya kongsikan entry dari blog yang saya nyatakan di atas.

Anda mungkin fikir disebabkan pemakanan anda yang kaya dengan lemak menyebabkan anda gemuk. Ini mungkin separuh benar tetapi yang sebetul-betulnya ialah respons badan anda terhadap karbohidrat yang berlebihan menyebabkan badan anda menjadi gemuk sehingga sukar dikawal lagi. Pemakanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat (seperti roti, tepung dan makanan ruji) meningkatkan perembesan hormon insulin dari kelenjar pankreas. Bila paras insulin itu tinggi, makanan yang dimakan lebih mudah ditukarkan menjadi lemak badan dalam bentuk trigliserida. (Paras trigliserida yang tinggi sebenarnya merupakan antara faktor yang penting bagi mendapat penyakit jantung).

Paras insulin yang tinggi bukan sahaja meningkatkan kolesterol dalam darah, malah ia menyumbangkan ke arah kegemukkan. Mengapa sedemikian? Kerana di dalam konteks ini, yang menjadikan anda gemuk bukan sahaja sekadar lemak, tetapi juga disebabkan oleh terlalu banyak gula di dalam pemakanan. Antara tugas hormon insulin ialah juga untuk menukarkan gula kepada glikogen, yakni sejenis bentuk penyimpanan gula di dalam badan. Glikogen disimpan di hati dan juga di bahagian otot badan. Apabila gula diperlukan oleh badan, glikogen akan ditukarkan kepada bentuk gula yang boleh digunakan oleh badan sebagai punca tenaga segera. Bila anda memakan gula dan karbohidrat, separuh dari gula itu digunakan untuk membekalkan tenaga pada badan, separuh lagi ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan. Hanya 2,000 kalori sahaja jumlah tenaga yang boleh disimpan sebagai glikogen, manakala lebihannya akan ditukarkan kepada lemak. Insulin juga akan menghalang lemak badan dari digunakan dari tempat simpanannya kerana badan anda sudah pun mendapat tenaga yang cukup dari pemakanan karbohidrat yang berlebihan itu.

Dengan kata lain, insulin ialah hormon yang membuatkan anda menjadi gemuk. Ia pada dasarnya sejenis 'hormon penyimpan' yang menyimpan kemas lemak pada badan anda. Ia menukarkan separuh dari karbohidrat pada lemak untuk disimpan, membuatkan badan anda semakin susah untuk memecahkan atau menghilangkan lemak yang sedia ada. Kitaran makan berlebihan karbohidrat dan tindakan hormon insulin inilah sebenarnya penyebabnya anda gemuk di samping gaya hidup moden yang membuatkan anda leka dan tidak menjalankan cukup pergerakkan yang boleh membakar karbohidrat yang dimakan itu sehingga ianya disimpan sebagai lemak.

Manusia sekarang ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menjadi mesin penghasil lemak jika terlibat dalam kitaran tersebut. Pemakanan yang tinggi karbohidrat dan gula akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak. Untuk mengatasi peningkatan tersebut, insulin dirembeskan ke dalam pengaliran darah untuk menurunkan semula paras gula yang tinggi tadi. Akan tetapi disebabkan insulin ini pada dasarnya merupakan 'hormon penyimpan', disebabkan ianya dirangsang oleh paras gula yang tinggi itu, akan menyebabkan insulin menggerakkan dengan agresifnya proses penukaran gula kepada lemak yang seterusnya disimpan. Di sini hampir separuh dari pemakanan karbohidrat yang dimakan akana ditukarkan kepada lemak badan. Peningkatan hormon insulin bukan sahaja menukar gula yang tidak digunakan kepada lemak, ianya juga memberitahu sel lemak badan anda agar tidak membebaskan lemak yang telah tersimpan. ini membuatkan hampir mustahil untuk anda menggunakan lemak badan anda untuk penghasilan tenaga.

Kesimpulan di sini, lebihan karbohidrat tadi bukan sahaja ditukarkan menjadi lemak tetapi juga memastikan lemak yang sedia ada kekal disimpan pada sel lemak badan anda. Seperkara lagi, paras insulin yang tinggi turut akan merencatkan penghasilan hormon glukagon (sejenis hormon yang bertentangan kesan hormon insulin iaitu menggalakkan pembakaran gula dan lemak). Akhir sekali insulin juga menyebabkan anda berasa lapar setelah ia menurunkan paras gula tadi secara mendadak. Ini berlaku mungkin selang beberapa jam dari waktu anda makan sebelumnya. Jika anda mengalah pada perasaan lapar, maka anda akan makan semula dan kitaran ini berlaku berulang-ulang sehingga anda boleh diumpamakan sebagai mesin penghasil lemak.

***********************************************************

sebelum ini, saya pernah terbaca yang keinginan untuk makan terbit akibat badan kurang zat dan nutrien. sekiranya badan dilengkapi dengan nutrien yang cukup, keinginan untuk makan hampir2 tidak wujud. sedikit sebanyak kenyataan ini ada kebenarannya. dalam entry terdahulu, saya ada kongsikan 8 jenis supplement Shaklee yang saya ambil. sepanjang pengambilan 8 jenis supplement tersebut, saya rasa selera makan terkawal. ada ketikanya terasa kenyang dan tak perlu makan makanan yang berat. walaupun nafsu makan saya nih kadang2 sukar juga dikawal (lagi2 kalau offer nasi arab) namun kerap juga berasa kenyang dan tertutup nafsu makan. sebab tu kalau nak gi shopping kena isi perut dulu pastu baru gi jalan2. kalau berada dalam keadaan lapar... sudah tentu perkara yang tak perlu pun terbeli juga... nafsu punya kerja lah tu... huhu...

jadi, apa tindakan kita sekarang? kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula agar terhindar dari menjadi mesin penghasil lemak. nak buang lemak? Dapatkan Lecithin yang bertindak sebagai pengurai lemak dan digandingkan dengan B complex iaitu agen pembakar lemak dalam badan.  jom jaga kesihatan sebelum terlambat... jangan tunggu sakit baru nak cari penawarnya.... renung2kan dan selamat beramal.



vitamin E dan C utk rawatan kulit

hoh.. asik citer tentang slimming set jerk kan... hari nih nak citer tentang customer yang happy lepas consume trial pack set D untuk penjagaan kulit. jom baca testimoni...

"after almost a month consuming vit E, vit C and B comp, all i can say is......i'm satisfied! less breakouts n skin pun moist..alhamdulillah!itupun saya skip 1-2 hari jugak kadang2... alhamdulillah! u r right,consume vits ni kena disiplin.. jgn skip2 sbb i can notice dia punya effect if makan @ tak"

aha... itu laa pesan orang2 yang dah nampak kesannya... jangan skip2 makan sebab effect tak makan tu mmg ketara. bila nak cantik kena laa usaha... yer tak? disiplin makan supplement mmg penting untuk kita pantau kesannya... kalau tak disiplin asyik dapat healing crisis jerk nanti... jangan salahkan supplement yer... huhu...



set D mengandungi :-

a) Vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam. membantu pengaliran darah dengan lebih lancar juga membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

b) B Complex Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein serta Anti stress (sebagai penenang), Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga, menstabilkan hormon dan merawat keletihan. membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..) so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam. B complex juga penting untuk program diet.

c) Vitamin C Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. pengambilan Vitamin C juga membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik dan memudahkan penyembuhan luka2 kecil. alhamdulillah... happy dengar customer dapat hasil yang menggembirakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...