Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Diet yang meragut nyawa


tengok tajuk pun dah seram. hari ini saya nak cerita tentang kisah benar. sebenarnya berlaku beberapa minggu lepas. dah taip panjang2 tiba2 pc hang plak... terus tadek mood nak tulis semula. so kali nih saya kongsi dengan pembaca tentang kisah program diet tanpa panduan yang meragut nyawa seorang bakal pengantin.

beberapa minggu lepas saya berkesempatan untuk makan tengahari dengan seorang teman lama yang dikenali sejak sekolah rendah. sedang menikmati makanan, beliau memberitahu bahawa baru sahaja pulang dari menziarahi seorang rakan pejabat yang meninggal dunia pada pagi hari tersebut. menurutnya, arwah baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan pada minggu sebelumnya. sedih dengar cerita kawan tu.

menurutnya lagi, mereka sepejabat tahu yang arwah sedang berdiet untuk persediaan hari bahagianya. mungkin program dietnya tanpa panduan pakar atau mengambil ubat langsing/kurus yang banyak di pasaran kini tanpa pengawasan dan nasihat doktor. beberapa hari sebelumnya arwah dikhabarkan tidak dapat membuang air besar selama seminggu. kalau bayi yang menyusu dengan ibunya, tak buang seminggu tu normal. tapi kalau orang dewasa, itu dah tahap kronik kerana toksin dah berkampung dalam badan. ini sudah tentu akan mengganggu sistem dalam badan. arwah dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia di hospital.

kisah berdiet meragut nyawa ini juga pernah terjadi pada sahabat sepejabat lama saya. mmg dia chubby. hubungan saya dengan dia cuma biasa2 saja tidak lah rapat sangat tapi sering terserempak di masjid negara atau kadang2 dia ada datang beli makanan di dayabumi. rupanya dia bekerja di kementerian kesihatan kat area masjid negara tu lah. pemergiannya selang beberapa hari selepas saya terserempak sewaktu lunch hour di dayabumi. tak sangka itu pertemuan terakhir. kalau laa saya tau itu pertemuan terakhir sudah tentu saya ambil kesempatan mohon maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa dan mintak halal makan minum. kalau tak silap berita kematiannya tersiar di akhbar.

menurut kawan yang menceritakan, arwah ada mengambil ubat diet. tak dapat dipastikan samada dengan pengawasan doktor atau suka2 beli di mydin. pada malam kejadian, beliau kelihatan letih kerana kerap kali memasuki tandas akibat berak2. mungkin kesan ubat kurus tersebut. tak lama kemuadian arwah tiba2 mengelupur dan mulutnya berbuih2. rakan2 serumah kemudian panik dan tidak sempat berbuat apa2. tak lama selepas itu arwah menghembuskan nafas terakhir. menurut rakan saya lagi, bopren arwah tak kisah pun keadaan fizikal arwah tapi mungkin sebab dah nak naik pelamin, itu yang arwah usahakan juga nak kurangkan berat badan. niat tu murni, tapi tak kesampaian. kesian...

untuk anda yang sedang berkira2 untuk menjalani program diet, suka saya ingatkan agar bijak membuat pilihan. jangan ambil ubatan yang tiada pengesahan dari kementerian kesihatan. pilih program yang berbaloi dengan wang yang anda laburkan. jika anda ingin menjalani program diet secara natural tanpa bantuan agen pelangsingan, anda sebenarnya memerlukan makanan tambahan. secara logiknya, bila anda mengurangkan kuantiti makanan atau menyekat makan, sudah tentu gizi seharian sudah tidak seimbang. apa yang ditakuti ialah program diet bertukar menjadi program makan2 setelah beberapa minggu menyekat makan. untuk mengurangkan pengambilan makanan mestilah secara teratur iaitu mengurangkan kuantiti sedikit demi sedikit. makan dengan kerap dan ambil snek yang sihat seperti buah2an pada antara waktu makan. kurangkan makanan bergula, air manis dan kawal pengambilan garam juga.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...