Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

manfaat vitamin C untuk sistem imun

Pada bulan januari lepas saya menerima tempahan full pack set A dari seorang rakan blogger. hari ini, beliau membuat pesanan ulangan yang sama dan menambah vit C utk anak2nya, vit E untuk penjagaan kulit dan trial pack basic H. jom kita tengok apa kata puan myza tentang set A yang dikongsikan bersama en. suami.


apa kata kita tengok testimoni pelanggan laila pula tentang set A

“terima kasih kepada shaklee..
saya bkerja sbgai nurse yg memrlukan sya bkerja shift stiap hari+tanpa tido yg cukup+menjaga anak2+stress di tmpt keje dan dirumah mbuatkn sya makin tertekan...tambahan keje di waktu mlm yg mudah letih mbuatkn sya sering tertido pd waktu keje...sya juga ada mbuat bisness kecil2 yg mmerlukan sya lebih masa+komited shingga kan sya sering merasa letih...
alhamdulillah...
baru seminggu sya try vitamin ni mmg nampak sya lebih bsemangat skit keje harian sya mengurukan anak2+saya dpt tido yg cukup dan berkualiti di waktu mlm+stress yg saya sering alami agak berkurangan...alhamdulillah,sakit kepala sya alami dulu pn makin berkurangan...malah jika sya penat pd waktu siang...dan jika sya menyambungkan kerja pd waktu mlm pn sya tidak akan merase letih+lesu..kerja shift spanjang hari juga dpt sya lakukan...”..Pn. Elly, mom of 2.K.L


Alhamdulillah..supplemen ni ikhtiar kita sahaja dalam menjaga kesihatan kurniaan Allah dan juga ikhtiar kita menghadapi stress ujian Allah...Surah Al-Baqarah (2):155, Firman Allah yang bermaksud:“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil buah yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

mendapatkan hasil dari pemakanan tambahan ini memerlukan kesabaran. lebih2 lagi makanan tambahan untuk mengurangkan berat badan. banyak cabaran yang akan dihadapi sebelum kita mendapat hasil yang baik... hanya orang2 yang sabar sahaja akan menikmati hasilnya...


lagi testimoni penjagaan kulit

salam ceria untuk para pengunjung. berikut adalah testimoni tentang penggunaan shaklee secara dalaman untuk penjagaan kulit wajah.

Zuera MYzuera : 1week guna set d mmg kulit xkering...parut jerawat samar2...but still da jerawat lagi...mula2 mkn vit shaklee ni da satu jerawat timbul tang dahi tp sy wt dono je...terus mkn vits shaklee (vita C,B kompleks n E)..atas pandua...n oleh kak cery...arini dtg keja mmber opis tegur kulit nmpk lain sbb parut2 jerawat dh makin samar2...wow so amazing kan....suke suke suke...sy ke teruskan mkn vita shaklee utk kesan yg berterusan....n kulit sy pun xkering...n yg paling best susu sy pun maintain...n bby dpt nyusu smpai kenyang...ESP....huhu..:)...nyway tqvm buat kak cery yg sudi bg support kt sy...

Azlina Mohd Shafie : agreed with u zuera..saya pun sama.. dan Vit E...(gara-gara teruja baca citer kak arnie..hohoho) then bg tau dkt member saya tgh period..dia pelik eh selalu muka saya berjerawat time2 mcm nie..skrg tak plak..even my boss punya PA pun tegur..muka akak nampak makin cerah la...hehhe..anyway..jerawat yg kuar pun segan2 je..kuar sehari peh tu hilang..tak ada scar bagai..i really2 love vit E...

Izza Fza : ada jerawat nak kluar..keesokan pgnya..trus xde jerawat tu..sakit pon xde..pelik bin ajiab..tp tu la yg fza alami..parut2 luka pun makin pudar..mmg beshh...now da msk bln ke2 pnggunaan...kulit muka pon bersih..sbb jerawat segan nak muncul..hehe..
many thnx 2 Ct Nusrat Raihan ^_~

Cery MamaFaiz : ‎Zuera MYzuera.. tu u baru try trial set d je... if u minum sekali ESP... perghh... pasti u jatuh cinta forever dgn shaklee. berbaloi2... meh baca kesan ESP ke kulit dan mcm2 lg kesannya http://www.mamafaiz.com/search/label/Soy%20Protein

Azlina Mohd Shafie : cery berry, i mkn vit e dgn esp...memula makan vit e sahaja...so dah nampak jerawat dah tak keluar..kalau keluar pun segan2 shj..anyway..nie masuk 5 hari makan esp..wallah la..flawless rasanya..eh eh perasan jap...rugi rasanya berkenalan dgn shaklee terlalu lambat..at least dah jumpa something yg serasi..syukur!

Zuera MYzuera : terbaekkk wok....jom ramai2 kita pakat jadi cantikkk.....hehee..hebat shaklee cantikk zuera..ahaks...pepun Syukur sgt2...

Chrysalis Nurul : sy pun baru amek esp...yg sy perasan,kulit muka sy nmpak mcm berseri jek,even berpeluh2 and tak pakai bedak...budak2 sekolah pun tegur,cikgu..cikgu lawa la..haha..sengih sampai telinga...

inilah set penjagaan kulit dari dalam yang mereka cuba.




dan untuk hasil yang lebih baik.. kalau ada kemampuan boleh tambah ini
sangat mengujakan...!!!



ibu yang gembira dengan kesan positif penyusuan

beberapa hari yang lalu, saya terima sms dari seorang pelanggan dari jengka, Pn. Huda. beliau kongsikan pengalaman menggunakan shaklee selama seminggu. jom tengok apa kata Pn. Huda :

"lepas mula makan shaklee, saya mula selesema n kuar jerawat. rasanya healing crisis sebab simptom sama yang mcm saya baca dalam blog maipilih.com. saya mmg ada resdung pun. mmg betul laa lepas minum ESP rasa kenyang. makan pun tak lebih had mcm dulu... hehehe... baby pun tido nyenyak dan tak bangun dua tiga kali di tengah2 malam. rasa mmg happy. nanti kalau ada perkembangan lain saya bgtau yer... thanks..."

alhamdulillah... seronok dengar bila orang enjoy dengan supplement yang best nih... sebenarnya, rahsia pengurangan berat badan saya datang dari penggunaan ESP. saya mmg suka ESP cuma nak kena rajin bancuh jerk laa... shake... shake... shake... sebab tak bleh guna air panas so kena shake nak bagi ESP tu larut dalam susu sejuk. setengah orang minum dengan susu low fat tapi saya suka full cream. kalau bulan puasa saya shake dengan buah kurma. kalau rajin bleh laa blend tapi blender kat rumah tu biasanya utk blend cili... pedas plak kang.


VITALEA (MULTIVIT)
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

B-COMPLEX
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat menjadikan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

ALFALFA
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang diserang kembung.

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. 

buku merah dan set ibu hamil

alhamdulillah.. semalam dengan jayanya telah mendaftarkan buku merah... err... buku pink laa kot yang paling tepatnya.. huhu... misi bgtau due date ialah pada 27 disember 2011. aku harap bb akan kuar pada 01.01.2012 sebabnya aku mmg plan nak berbudak tahun depan dan bukan ini tahun... huhuhu... lagi satu sebenonyer aku mmg tak ingat bila tarikh akhir first day peot. hantam jerk laa sebab seingat aku masa 26 mac hari sanding sepupu hb kat shah alam, aku dah bleh solat... so kira dalam 19 atau 20hb laa kot 1st day nyer tu. kalau nak tau soheh ker tidak mmg kena scan laa... so that bila tau saiz baby mungkin lebih tepat kot. insya-Allah...

akhirnya... apa yang aku idam2kan akan tercapai jua... masa mula2 kenal shaklee mmg aku tingin sangat nak consume masa preggy. so sikalang... sudah bleh start makan set untuk ibu hamil... sebelum nih ada ibu yang beli set menyusu tapi dia stop makan sebab disahkan hamil dua bulan. sebenarnya bleh teruskan makan set ibu menyusu tu sebab set ibu hamil dan menyusu terdiri daripada vitamin yang sama jugak... semalam misi tak bekalkan vitamin pun. dia tanya ada makan bitamin tak? aku jawab ada... B co, vit C dan multivit... peh tu dia kata kalau banyak lagi bleh makan yang tu dulu. kalau dah habis bleh mintak kat sini. nak jerk aku jawab... takpe2 tak payah bagi.... saya boleh beli bitamin sendiri... sila bagi pada yang lebih memerlukan... hehehe... oohh.. semalam ada jugak orang tanya, kalau doktor bagi jugak tapi tak makan rugi laa sebab apa2 pun kena bayar jugak termasuk duit ubat. nih kes yang gi check kat swasta rasanyer. imho, tak salah rasanya kalau nak bgtau yang kita ada pilihan sendiri so tak perlu nak caj duit ubat. tak kan doktor nak marah plak ek... bukan hak dia nak menidakkan tindakan kita.

saya percaya setiap ibu hamil pasti sangat menjaga pemakanannya sepanjang tempoh kehamilan. ini bagi memastikan kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang baik. jika ditanya kepentingan pengambilan vitamin oleh ibu hamil, sudah tentu ia sangat penting kerana jika kita hanya bergantung kepada pemakanan harian belum tentu ia mencukupi keperluan yang sepatutnya. jom tengok apa yang ada dalam set ibu hamil
*credit to blog arissazoela
kepentingan khasiat dari pemakanan harian memberi kesan pada ibu dan bayi dalam kandungan. contohnya seperti berikut :
•Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang•Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh•Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi•Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran•Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang•Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah:

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua.



lecitin - kurangkan berat badan, tingkatkan daya ingatan dan cegah nyanyuk


semalam dan hari ini saya menerima banyak tempahan trial set I khusus untuk pelangsingan dengan harga pakej yang paling rendah ditawarkan. ini mungkin disebabkan entry tentang menjalani diet hingga membawa maut tempohari. bukan niat saya untuk menakut2kan tetapi ia adalah kisah benar yang selayaknya diberi perhatian. hari ini cerita yang sama di kalangan rakan2 tentang fungsi lecithin dalam set pelangsingan.

"sejak amik lecithin..penyakit pelupa...terlupa nak singgah...memang bagus...", nur adha.

"lecithin bagaikan pelincir yang melawaskan pembuangan air besar. lecithin juga mendapat sambutan hangat dari pelajar2 baik di universiti mahu pun asrama kerana sangat membantu dalam meningkatkan kecekapan otak untuk berfikir. ia juga baik untuk kesihatan jantung dan perlu untuk program mengurangkan berat badan", anne.

jom kita tengok apa kata pengguna:
*credit to arnie

Personally, saya suka consume Shaklee Lecithin kerana...

(1) Saya masih belajar, sedang mengikuti Ijazah Sarjana (Masters) separuh masa di salah sebuah IPTA di tahun akhir, walaupun bakal mencecah 30-an tidak lama lagi. Dah lama tinggalkan alam persekolahan, kesibukan bekerja 8-5 setiap hari, dan kenyataan bahawa sudah pernah melahirkan 2 orang cahaya mata pastinya merisaukan saya, "Mampukah nak hafal semua fakta-fakta dan rumus nie?". Aisehhh...

Pernah dengar orang-orang tua kata, banyak urat dah putus setiap kali melahirkan? Kalau anak perempuan 1 urat. Kalau anak lelaki 2 urat. Kiranya saya dah putus 3 urat jugalah nie. Hehe! Betul atau tidak tue, belum dibuktikan secara saintifiknya. Namun, saya sedar bahawa mudah lupa semenjak melahirkan anak sulung. Nak hafal nombor telefon orang pun susah!

Sejak consume Shaklee Lecithin, memang terasa perubahannya, especially part "pelupa" tue. Dari segi pelajaran, oklah, Alhamdulillah. Yang paling ketara, analytical skills improve, dari segi kerja mahupun belajar - kerja saya memang memerlukan kemahiran analisis yang tinggi. Alhamdulillah.

(2) Sistem penghadaman juga semakin lancar. Saya tergolong dalam kumpulan yang kurang lawas sistem penghadamannya. Bukan sembelit! Tak sakit apa pun. Cuma, "nature call" tue kurang. Namun, sejak amalkan Lecithin selepas makan nie, ianya sangat smooth & naturally. Almost everyday! Hehe.
************************************************************

itu kata2 arnie. saya sangat setuju dengan kenyataannya yang kedua. kalau nak ikut pengalaman yang lepas, kehamilan yang kedua didatangkan dengan tanda sembelit. kehamilan ketiga juga begitu maka saya bleh agak dan membeli test kit... sangat benar tekaan saya. kehamilan yang keempat ini juga sembelit tapi lancar so saya tak jangka langsung sedang hamil. malas nak beli test kit sebab kitar haid saya asik kucar-kacir jerk kan... satu hari tu gi klinik nak mintak MC sebab letih sangat baru lepas jaga anak kat spital aritu. so ngadu jugak nih ngan doktor... saya sembelit nih kot laa preggy ker sebab sebelum nih mmg gitu gak... doktor pun... ohh... better check takut saya salah bagi ubat plak.... tup tup mmg betul... ahaha... tapi tu laa... sembelit kali ini tak menyakitkan dan menyiksakan... ini yang saya suka nih... selepas B complex... lecithin adalah peberet saya yang kedua.... :)

tahukah anda?
penyakit nyanyuk atau alzheimer boleh dirawat dengan supplement.
*credit to Trialpackshaklee

Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita.

Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.
Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.

Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.

Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.

Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.
Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?

Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.

Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan. Berikut adalah cadangan pemakanan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:

Vita-E Complex
Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.

B ComplexVitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.

Lecithin
Lecithin meningkatkan fungsi dan potensi otak.

Omega Guard
Minyak ikan Omega dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan.

Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:

Energizing Soy Protein
ESP mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.

Garlic ComplexGarlic membantu melambatkan proses penyusutan otak.

Omega Guard
Minyak ikan Omega memperbaikkan fungsi kognitif.

Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya ? segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.


semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk pembaca budiman.

kitaran haid tidak teratur dan haid melampau

masalah kitaran haid tidak teratur bukan masalah baru buat saya. seorang rakan sekerja yang lain pula mengalami haid melampau sehingga over bleeding. bahaya juga tu. untuk anda diluar sana yang mengalami keadaan yang sama, ini adalah disebabkan faktor hormon yang tidak stabil. pernah dengar orang kata evening primrose oil bagus untuk bahagian peranakan termasuk bab2 kitar haid nih tapi tak pernah pula saya cuba sebab harganya mahal kalau kita tengok di farmasi. so saya mengamalkan pengambilan maajun anggun bistari. sama juga... masih lagi tunggang terbalik. dalam shaklee, pati evening primrose oil terkandung dalam GLA complex. jom kita tengok apa keistimewaan GLA complex.
credit to hadha





GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

*Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
*Menyokong sistem imun
*Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
*Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel

Cadangan pengambilan GLA Complex untuk :

~ Diabetes
~ Haid tidak teratur
~ Mencantikkan kulit

Asid lemak untuk wanita

Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan


Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.

Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.

Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.

Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

sumber : http://utusan.adamantsys.com/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

**************************************************************************

oleh kerana kitar haid tunggang langgang, saya kini tidak tahu bila waktu subur. tau2 saja kini sudah 6 minggu mengandungi budak... ahahaha.. suka... suka... suka... kalau ikut plan, mmg nak tapi rancangnya tahun 2012. tiba2 tercepat plak... aa... tak per lah tu... dah rejeki.... cuma kalau baby nak kuar lambat ker.. dapat laa kot baby tahun baru... insya-Allah... nanti saya kongsikan tentang supplement untuk ibu mengandung plak yer... tungguuuu...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...