Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

buku merah dan set ibu hamil

alhamdulillah.. semalam dengan jayanya telah mendaftarkan buku merah... err... buku pink laa kot yang paling tepatnya.. huhu... misi bgtau due date ialah pada 27 disember 2011. aku harap bb akan kuar pada 01.01.2012 sebabnya aku mmg plan nak berbudak tahun depan dan bukan ini tahun... huhuhu... lagi satu sebenonyer aku mmg tak ingat bila tarikh akhir first day peot. hantam jerk laa sebab seingat aku masa 26 mac hari sanding sepupu hb kat shah alam, aku dah bleh solat... so kira dalam 19 atau 20hb laa kot 1st day nyer tu. kalau nak tau soheh ker tidak mmg kena scan laa... so that bila tau saiz baby mungkin lebih tepat kot. insya-Allah...

akhirnya... apa yang aku idam2kan akan tercapai jua... masa mula2 kenal shaklee mmg aku tingin sangat nak consume masa preggy. so sikalang... sudah bleh start makan set untuk ibu hamil... sebelum nih ada ibu yang beli set menyusu tapi dia stop makan sebab disahkan hamil dua bulan. sebenarnya bleh teruskan makan set ibu menyusu tu sebab set ibu hamil dan menyusu terdiri daripada vitamin yang sama jugak... semalam misi tak bekalkan vitamin pun. dia tanya ada makan bitamin tak? aku jawab ada... B co, vit C dan multivit... peh tu dia kata kalau banyak lagi bleh makan yang tu dulu. kalau dah habis bleh mintak kat sini. nak jerk aku jawab... takpe2 tak payah bagi.... saya boleh beli bitamin sendiri... sila bagi pada yang lebih memerlukan... hehehe... oohh.. semalam ada jugak orang tanya, kalau doktor bagi jugak tapi tak makan rugi laa sebab apa2 pun kena bayar jugak termasuk duit ubat. nih kes yang gi check kat swasta rasanyer. imho, tak salah rasanya kalau nak bgtau yang kita ada pilihan sendiri so tak perlu nak caj duit ubat. tak kan doktor nak marah plak ek... bukan hak dia nak menidakkan tindakan kita.

saya percaya setiap ibu hamil pasti sangat menjaga pemakanannya sepanjang tempoh kehamilan. ini bagi memastikan kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang baik. jika ditanya kepentingan pengambilan vitamin oleh ibu hamil, sudah tentu ia sangat penting kerana jika kita hanya bergantung kepada pemakanan harian belum tentu ia mencukupi keperluan yang sepatutnya. jom tengok apa yang ada dalam set ibu hamil
*credit to blog arissazoela
kepentingan khasiat dari pemakanan harian memberi kesan pada ibu dan bayi dalam kandungan. contohnya seperti berikut :
•Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang•Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh•Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi•Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran•Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang•Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah:

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...