Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

lecitin - kurangkan berat badan, tingkatkan daya ingatan dan cegah nyanyuk


semalam dan hari ini saya menerima banyak tempahan trial set I khusus untuk pelangsingan dengan harga pakej yang paling rendah ditawarkan. ini mungkin disebabkan entry tentang menjalani diet hingga membawa maut tempohari. bukan niat saya untuk menakut2kan tetapi ia adalah kisah benar yang selayaknya diberi perhatian. hari ini cerita yang sama di kalangan rakan2 tentang fungsi lecithin dalam set pelangsingan.

"sejak amik lecithin..penyakit pelupa...terlupa nak singgah...memang bagus...", nur adha.

"lecithin bagaikan pelincir yang melawaskan pembuangan air besar. lecithin juga mendapat sambutan hangat dari pelajar2 baik di universiti mahu pun asrama kerana sangat membantu dalam meningkatkan kecekapan otak untuk berfikir. ia juga baik untuk kesihatan jantung dan perlu untuk program mengurangkan berat badan", anne.

jom kita tengok apa kata pengguna:
*credit to arnie

Personally, saya suka consume Shaklee Lecithin kerana...

(1) Saya masih belajar, sedang mengikuti Ijazah Sarjana (Masters) separuh masa di salah sebuah IPTA di tahun akhir, walaupun bakal mencecah 30-an tidak lama lagi. Dah lama tinggalkan alam persekolahan, kesibukan bekerja 8-5 setiap hari, dan kenyataan bahawa sudah pernah melahirkan 2 orang cahaya mata pastinya merisaukan saya, "Mampukah nak hafal semua fakta-fakta dan rumus nie?". Aisehhh...

Pernah dengar orang-orang tua kata, banyak urat dah putus setiap kali melahirkan? Kalau anak perempuan 1 urat. Kalau anak lelaki 2 urat. Kiranya saya dah putus 3 urat jugalah nie. Hehe! Betul atau tidak tue, belum dibuktikan secara saintifiknya. Namun, saya sedar bahawa mudah lupa semenjak melahirkan anak sulung. Nak hafal nombor telefon orang pun susah!

Sejak consume Shaklee Lecithin, memang terasa perubahannya, especially part "pelupa" tue. Dari segi pelajaran, oklah, Alhamdulillah. Yang paling ketara, analytical skills improve, dari segi kerja mahupun belajar - kerja saya memang memerlukan kemahiran analisis yang tinggi. Alhamdulillah.

(2) Sistem penghadaman juga semakin lancar. Saya tergolong dalam kumpulan yang kurang lawas sistem penghadamannya. Bukan sembelit! Tak sakit apa pun. Cuma, "nature call" tue kurang. Namun, sejak amalkan Lecithin selepas makan nie, ianya sangat smooth & naturally. Almost everyday! Hehe.
************************************************************

itu kata2 arnie. saya sangat setuju dengan kenyataannya yang kedua. kalau nak ikut pengalaman yang lepas, kehamilan yang kedua didatangkan dengan tanda sembelit. kehamilan ketiga juga begitu maka saya bleh agak dan membeli test kit... sangat benar tekaan saya. kehamilan yang keempat ini juga sembelit tapi lancar so saya tak jangka langsung sedang hamil. malas nak beli test kit sebab kitar haid saya asik kucar-kacir jerk kan... satu hari tu gi klinik nak mintak MC sebab letih sangat baru lepas jaga anak kat spital aritu. so ngadu jugak nih ngan doktor... saya sembelit nih kot laa preggy ker sebab sebelum nih mmg gitu gak... doktor pun... ohh... better check takut saya salah bagi ubat plak.... tup tup mmg betul... ahaha... tapi tu laa... sembelit kali ini tak menyakitkan dan menyiksakan... ini yang saya suka nih... selepas B complex... lecithin adalah peberet saya yang kedua.... :)

tahukah anda?
penyakit nyanyuk atau alzheimer boleh dirawat dengan supplement.
*credit to Trialpackshaklee

Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita.

Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.
Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.

Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.

Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.

Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.
Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?

Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.

Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan. Berikut adalah cadangan pemakanan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:

Vita-E Complex
Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.

B ComplexVitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.

Lecithin
Lecithin meningkatkan fungsi dan potensi otak.

Omega Guard
Minyak ikan Omega dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan.

Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:

Energizing Soy Protein
ESP mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.

Garlic ComplexGarlic membantu melambatkan proses penyusutan otak.

Omega Guard
Minyak ikan Omega memperbaikkan fungsi kognitif.

Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya ? segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.


semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk pembaca budiman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...