Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Merawat masalah rambut gugur

wah... sekejapnya dah nak masuk tengah bulan jun. 20hb nih birthday abg long. dia dah mintak nak suh buat birthday party kat sekolah. insya-Allah kalau ada kelapangan rezeki boleh laa ditunaikan dengan syarat... jangan nakal2 dan blajar rajin2... boleh ker ikut syarat tu? alahai... kalau dah namanya bebudak...

beberapa hari yang lalu, ada customer call berminat nak cuba supplement utk penjagaan rambut sebab katanya rambut gugur. sebagai permulaan saya suka nak suggest rawatan dari dalam iaitu melalui pemakanan sihat. next, bila kulit kepala dah kaya dengan nutrien dan akar rambut pun dah sihat... boleh laa proceed untuk set lengkap penjagaan rambut untuk menguatkan lagi kulit kepala dan akar rambut.

Makanan yang baik untuk tubuh anda kekal sihat juga baik untuk kesihatan rambut anda. ini termasuk makanan yang tinggi protein, rendah karbohidrat dan mempunyai kadar lemak yang kurang. diet lain tak kurang pentingnya adalah asid lemak perlu, ditemui dalam makanan seperti kekacang, minyak canola, ikan, dan soya.

wanita sangat berpotensi untuk mengalami kekurangan zat besi yang sering terjadi selepas bersalin sehingga boleh menyebabkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah yang sering menjadi punca keguguran rambut dikalangan wanita. dengan menambah lebih banyak makanan kaya zat besi dlm diet anda - seperti brokoli boleh membantu mengawal masaalah keguguran rambut.

pertumbuhan rambut sihat dipengaruhi oleh kehadiran vitamin B12 yang terkandung dalam telur, daging, dan ayam. Menurut doktor kulit dan rambut gugur, Ted Daly, MD, vitamin B12 adalah nutrien terpenting untuk rambut sihat manakala wanita pula dengan mudah kemerosotan vitamin tersebut.

Ada 5 jenis asas nutrisi dan 2 dasar bukan nutrisi yang ditemui dalam makanan. 5 jenis nutrisi tersebut iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral; 2 jenis bukan nutrisi iaitu serat dan air. lobak merah, misalnya, mengandungi protein, lemak, karbohidrat, air, gula, serat serta mengandungi vitamin dan mineral seperti kalium, natrium, kalsium, besi, zic, vitamin B6, C dan E, asid folik, biotin dan asid pantothenic. gabungan kekesemua nutrien ini akan dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan termasuk merawat masalah keguguran rambut.

antara vitamin yang diperlukan untuk kesihatan rambut ialah
*Vitamin A atau beta karotene (jika diambil berlebihan akan mengakibatkan keguguran rambut) *Vitamin B yang mengandungi B12 dan B6, serta biotin.
*Vitamin C
*Vitamin E
*zinc
*Besi

jika anda berhasrat untuk merawat dengan makanan tambahan, biasanya akan mengambil masa dari 2 hingga 3 bulan untuk melihat hasilnya. ini bermakna bahawa kesabaran dan istiqamah sangat penting.

apakah makanan tambahan yang diperlukan untuk teman yang bermasalah keguguran rambut seperti diatas? saya telah mencadangkan untuk mencuba set A beserta zinc. walaubagaimana pun, beliau dengan rela hati telah menambah ostematrix & ESP. jom kita tengok mengapa saya mencadangkan set A beserta zinc.







Vitalea (multivitamin)

Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. meningkatkan kandungan zat besi untuk mengelakkan anemia. Zat besi membantu pengaliran darah yang lebih baik bagi menjamin penghantaran optimum nutrisi kepada folikel rambut. Tanpa tahap yang mencukupi rambut boleh menjadi rapuh, kering, dan kekurangan gizi. serta meningkatkan lagi tahap keguguran rambut.






B-Complex
1. Vitamin B3 atau Niasin meningkatkan peredaran darah sihat ke akar rambut.
2. Vitamin B5 atau asid Pantothenic untuk mencegah rambut yang mulai memutih dan rambut gugur dengan penghasilan rambut baru untuk menggantikan yang lama. Sebahagian besar diet khas yang terdiri daripada telur, biji-bijian dan daging sudah kaya B5.
3. Vitamin B6 atau Pyridoxine apabila digunakan bersama-sama dengan zinc telah ditunjukkan untuk mengawal pembentukan androgen DHT yang bertanggung jawab dalam melemahkan akar rambut.
4. Vitamin B7 atau biotin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit kepala. Anda sering melihat ini di shampo dan produk penjagaan rambut lain yang mendakwa biotin sebagai bahan aktif.
5. Vitamin B12 mempromosi dan mengekalkan tahap metabolisme pada peringkat sel untuk mengaktifkan folikel rambut untuk lebih menyerap nutrisi dari peredaran darah.

vitamin B3 dan B12 menggalakkan pertumbuhan folikel. vitamin B yang diambil secara gabungan ini dapat mengelakkan rambut gugur. Ia penting untuk memelihara ketahanan, warna dan kekuatan rambut.

Vitamin C
kekurangan elemen penting ini akan membuat rambut anda lebih terdedah kepada kerosakan, putus dan gugur. Hal ini kerana vitamin C bertanggung jawab untuk menjaga kekuatan dan ketahanan rambut anda terhadap persekitaran yang tidak sihat. kapilari darah yang sihat akan memudahkan darah disalurkan ke folikel rambut. stress juga akan mengakibatkan keguguran rambut.

Vitamin E
meningkatkan pertumbuhan serta kesihatan folikel rambut. ia juga berperanan untuk mengekalkan warna rambut dan mengelak pertumbuhan uban.





Zinc menggalakkan pertumbuhan rambut. kekurangan zinc menyebabkan protein rambut mengalami kecacatan/perubahan. ia juga mengakibatkan masalah kulit kepala yang tidak sihat sehingga membawa ke keadaan yang menyebabkan botak. Zinc juga mengelakkan rambut bertukar ke warna putih (uban).


Anda mengalami masalah rambut? sila hubungi saya untuk mendapatkan harga makanan tambahan diatas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...