Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Mudahnya berpantang dengan Shaklee

20 Jun 2006 (20.06.2006) adalah satu turutan angka yang cantik bagi saya. pada hari itulah saya menjadi ibu  kepada seorang bayi lelaki yang dinamakan Muhammad Kamal Rahimi bin Helmy. 6 hari saya di hospital menunggu kelahirannya. maklumlah anak pertama, bimbang tak sempat sampai hospital di waktu kecemasan dan saya merelakan diri di"warded". pada hari kelahiran Abg Long, bangun pagi tu keluar tanda lendir berdarah. orang tua2 kata kembar darah. sakit yang teramat menahan contraction. 6 jam juga saya menahan kesakitan di bilik bersalin menunggu sehingga jalan terbuka hingga 10 cm. nurse kata utk baby pertama satu jam bukaannya 1 cm maka kesimpulannya kena tunggu 7 jam sebab masa masuk labour room tu dah 3 cm.

maklumlah pertama kali berpantang mmg ikut betul2 pantang makan/minum dsb. dah nasib agaknya... tempat jahitan membengkak. mungkin doktor salah jahit kot. tak boleh duduk dan tak juga pergi betulkan. lama juga nak baik dan berpantang pada saya ketika itu amat menyiksakan dan tak best langsung. ada orang suka dalam tempoh pantang sebab tak buat apa kerja selain ulit si kecil. mungkin keadaan sakit itu yang membuatkan saya rasa serik (pada ketika itu...).

kini abg long dah pun berusia 6 tahun. beliau nampak lebih matang melalui cara percakapannya. sikap bertanggungjawabnya juga menyerlah terutama sekali terhadap keselamatan adik2nya bila berada di tempat awam. semoga abg long membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapa... aminnn... 

okeh... itu cerita berpantang saya 6 tahun lalu. kali ini saya nak cerita tentang berpantang tahun lalu ketika bersalinkan anak ke-4, Muhammad Arief Hakimi pada 14 Disember 2011. saya pendekkan cerita sajalah ya. dah rasa contraction dari ofis. lepas ofis hour terus pergi hosp serdang. sampai jam 7 mlm ditolak ke wad bersalin jam 10.35mlm dan bersalin jam 10.52mlm. tak koyak dan tak berjahit... semuanya kelihatan mudah dan ok. alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana dipermudahkan. 

kali ini saya benar2 jatuh cinta ketika berpantang. ohh... ini bukan cerita tipu kerana saya berpantang sendiri dan jauh dari orang tua membuatkan segalanya bagaikan tidak berpantang kecuali bab makan ada laa pantang sikit2. saya hanya berpilis. bengkung lilit pun tidak cuma berkorset lebih ringkas. saya rasa tahap kesihatan saya lain dari berpantang sebelumnya. mungkin kerana mengamalkan pengambilan shaklee ketika hamil sehingga dalam tempoh berpantang. saya rasa sihat dan kuat. tak percaya? jom baca testimoni. 




saya tak pelik dengan pengakuan ikhlas mereka sebab saya dah melaluinya. pendek kata saya bersyukur sangat2 kerana dikurniakan kesihatan yang baik semasa menjalani tempoh berpantang. mana nak layan anak2 yang besar.... mana nak layan anak yang kecil. dengan rahmat dan kasih sayang Allah saya bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan kebaikan shaklee. alhamdulillah.... 

untuk anda yang sedang membuat persediaan berpantang, berikut adalah set yang disyorkan. 


apa khasiatnya? saya akan panjangkan khasiat set ini pada entry akan datang.
untuk pertanyaan lanjut sila hububngi saya melalui email bibimie@gmail.com atau call/sms 012-7640760. 


Manfaat ESP utk ibu menyusu

salam sejahtera
bagaimana hujung minggu anda? semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga. alhamdulillah kami sekeluarga dapat bercuti di cerengin hill, janda baik. sekali sekala menghiburkan hati anak2.

hari ini saya masih lagi ingin berkongsi tentang kebaikan ESP. memandangkan saya juga adalah seorang ibu yang menyusukan dan sejak akhir2 ini ramai yang risau tentang persediaan stok susu sempena nak sambut ramadhan ni jadi saya suka nak kongsikan kegembiraan ibu2 yang mendapat manfaat dari kebaikan ESP.



yang dibawah ini pula testi kawan seofis. masa saya start kerja abis tempoh pantang, dia pula cuti pantang... bersambung2 mcm pass baton gitu... hehehe... 


yang pasti ibu2 gembira dengan kebaikan yang mereka perolehi. ramai ibu2 yang memilih supplement berikut utk mengekalkan kuantiti dan kualiti susu. Alhamdulillah...terima kasih Allah... dengan rahmat dan kasih sayangMu, usaha ibu2 ini dalam perjuangan menyusukan anaknya masih dapat diteruskan. 



*** This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

untuk anda yang berminat sila hubungi saya melalui email bibimie@gmail.com atau di talian 012.764.0760 utk sebarang info tentang produk atau membuat pesanan. 


Kenapa ESP dicadangkan dalam setiap set Shaklee?

salam sejahtera...
selamat kembali bertugas dan selamat kembali ke sekolah. maka bermulalah jalan jammed dan tugas2 menyiapkan anak2 ke sekolah... saya juga tak terkecuali.

di hari yang berbahagia ini saya nak share tentang ESP sebabnya ada pelanggan yang tanya kenapa dalam setiap set, distributor mesti nak cadangkan ESP. dah ler harganya mahal.. mungkin pada anggapan mereka, distributor nak kejar sale tapi sebenarnya kalau tak bagus kami pun tak cadang dan tak jual. dan kalau tak bagus takkan ada orang repeat order lagi dan lagi dan lagi.... dan tak akan ada testimoni tentang ESP tu... logik kan? hari nih saya citer  sket kenapa mesti ada ESP selain dari cerita buat masker seperti entry sebelum ini.

kredit

protein adalah komponen utama yang paling asas utk benda hidup. kepentingan protein adalah utk mengawal selia fungsi sistem badan seperti kawalan hormon, sistem imun dan juga sebagai pemangkin secara biologi. protein perlu utk sintesis tulang, gigi, rambut, kulit dan tisu organ yang lain. Bekalan protein dalam diet harian adalah utk memungkinkan pertumbuhan sel secara berterusan maka dengan ini boleh dikatakan protein sebagai asas utk membina tubuh.

secara umumnya badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ dan dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel dan jika  sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang  sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama yang telah mati. Kekurangan protein boleh menyebabkan kegagalan pertumbuhan, kehilangan jisim otot, imuniti tubuh yang rendah, melemahkan sistem jantung dan pernafasan serta kematian.

Sebagai pemangkin secara biologi, protein membentuk enzim yang akan bertindakbalas secara biokimia di dalam badan kita. enzim ini adalah utk memastikan proses berlaku pada kadar biasa. tindakbalas biokimia yang biasa adalah pernafasan, penghadaman, penghasilan tenaga dan perkumuhan. contohnya hati yang menyingkirkan toksin dengan menggunakan enzim. kekurangan protein ini boleh menyebabkan fungsi hati terjejas dan bahan2 toksik terkumpul dalam badan kita dan akhirnya akan mengganggu kesihatan badan kita.

Protein juga digunakan oleh sel2 otot semasa pergerakan badan. Aktin dan myosin adalah antara protein yang memudahkan tindakbalas pengecutan otot. protein ini membolehkan pergerakan seperti putaran tangan dan kaki. tambahan lagi protein juga memudahkan pergerakan luar kawal seperti gerakan berulang otot jantung.

Protein penting utk kawalan hormon. hormon merupakan bahan yang dikeluarkan dalam aliran darah sebagai hasil tindakbalas kimia tertentu. sebagai contoh protein dalam bentuk hormon pertumbuhan menandakan transformasi dan pembangunan sel ketika menginjak usia remaja / akil baligh.

Protein juga diperlukan utk  mengekalkan ketahanan sistem imun badan terhadap penyakit berjangkit. immuniglobulins adalah protein yang melepaskan antibodi utk membunuh bakteria, virus atau toksin yang memasuki aliran darah. contohnya seperti habuk dan kotoran yang memasuki mata akan mencetuskan pembentukan air mata yang mengandungi antibodi.


TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein  berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah  dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an.  Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah  membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein  soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka  panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan  minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu  paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang  berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia  mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi  mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak  dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini  adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya,  iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan  melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang  digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak  mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk meningkatkan penghasilan susuibu.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung,
setiap hidangan membekalkan kalsium 50% daripada Nilai Harian untuk menyokong tulang yang kuat,
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous,
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Siapakah yang memerlukan ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : terhindar dari penyakit (heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
Wanita : keanjalan  kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan  ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna  hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan  menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Jadi... apa tunggu lagi? pada entry yang akan datang saya kongsikan tentang kepentingan protein dalam program diet. untuk anda yang berminat utk membuat pesanan atau sebarang pertanyaan boleh emailkan melalui bibimie@gmail.com atau di talian 012.764.0760. semoga anda mendapat pencerahan tentang keperluan ESP  dan mengapa distributor sering mencadangkan ESP dalam setiap pembelian.... tentulah yang terbaik... berbaloi dengan nilai wang anda... jumpa lagi... daaa....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...