Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Mudahnya berpantang dengan Shaklee

20 Jun 2006 (20.06.2006) adalah satu turutan angka yang cantik bagi saya. pada hari itulah saya menjadi ibu  kepada seorang bayi lelaki yang dinamakan Muhammad Kamal Rahimi bin Helmy. 6 hari saya di hospital menunggu kelahirannya. maklumlah anak pertama, bimbang tak sempat sampai hospital di waktu kecemasan dan saya merelakan diri di"warded". pada hari kelahiran Abg Long, bangun pagi tu keluar tanda lendir berdarah. orang tua2 kata kembar darah. sakit yang teramat menahan contraction. 6 jam juga saya menahan kesakitan di bilik bersalin menunggu sehingga jalan terbuka hingga 10 cm. nurse kata utk baby pertama satu jam bukaannya 1 cm maka kesimpulannya kena tunggu 7 jam sebab masa masuk labour room tu dah 3 cm.

maklumlah pertama kali berpantang mmg ikut betul2 pantang makan/minum dsb. dah nasib agaknya... tempat jahitan membengkak. mungkin doktor salah jahit kot. tak boleh duduk dan tak juga pergi betulkan. lama juga nak baik dan berpantang pada saya ketika itu amat menyiksakan dan tak best langsung. ada orang suka dalam tempoh pantang sebab tak buat apa kerja selain ulit si kecil. mungkin keadaan sakit itu yang membuatkan saya rasa serik (pada ketika itu...).

kini abg long dah pun berusia 6 tahun. beliau nampak lebih matang melalui cara percakapannya. sikap bertanggungjawabnya juga menyerlah terutama sekali terhadap keselamatan adik2nya bila berada di tempat awam. semoga abg long membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapa... aminnn... 

okeh... itu cerita berpantang saya 6 tahun lalu. kali ini saya nak cerita tentang berpantang tahun lalu ketika bersalinkan anak ke-4, Muhammad Arief Hakimi pada 14 Disember 2011. saya pendekkan cerita sajalah ya. dah rasa contraction dari ofis. lepas ofis hour terus pergi hosp serdang. sampai jam 7 mlm ditolak ke wad bersalin jam 10.35mlm dan bersalin jam 10.52mlm. tak koyak dan tak berjahit... semuanya kelihatan mudah dan ok. alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana dipermudahkan. 

kali ini saya benar2 jatuh cinta ketika berpantang. ohh... ini bukan cerita tipu kerana saya berpantang sendiri dan jauh dari orang tua membuatkan segalanya bagaikan tidak berpantang kecuali bab makan ada laa pantang sikit2. saya hanya berpilis. bengkung lilit pun tidak cuma berkorset lebih ringkas. saya rasa tahap kesihatan saya lain dari berpantang sebelumnya. mungkin kerana mengamalkan pengambilan shaklee ketika hamil sehingga dalam tempoh berpantang. saya rasa sihat dan kuat. tak percaya? jom baca testimoni. 




saya tak pelik dengan pengakuan ikhlas mereka sebab saya dah melaluinya. pendek kata saya bersyukur sangat2 kerana dikurniakan kesihatan yang baik semasa menjalani tempoh berpantang. mana nak layan anak2 yang besar.... mana nak layan anak yang kecil. dengan rahmat dan kasih sayang Allah saya bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan kebaikan shaklee. alhamdulillah.... 

untuk anda yang sedang membuat persediaan berpantang, berikut adalah set yang disyorkan. 


apa khasiatnya? saya akan panjangkan khasiat set ini pada entry akan datang.
untuk pertanyaan lanjut sila hububngi saya melalui email bibimie@gmail.com atau call/sms 012-7640760. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...