Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Vitamin C dengan harga hebat dan penuh khasiat

cik pau... tadek citer lain ker asik vit C jerk....?
hahaha... masih lagi nak citer tentang vit C sebab ianya termurah di pasaran dan paling berkhasiat dengan ciri2 istimewa oleh Shaklee. 

semalam dapat sms customer nak set kulit yang ada B comp, vit C dan vit E. pastu bgtau kat dia yang B comp dan vit E tu utk 4 bulan tapi vit C utk 6 bulan. so dia pun pelik kenapa vit C utk 6 bulan. dah lama menjual saya pun baru nak terfiir kenapa... huhuhu... so saya browse.. berapa dos pengambilan yang optimum dan saya jumpa jadual ini...


tu tengok petak last skali. sepatutnya saya amalkan 4 biji sehari... (mak ai... banyak nyer...) tapi lepas nih saya akan tambah sebiji lagi bermakna sehari 2 biji iaitu 1000 mg. cukup laa tu kan. selain dari manfaat kesihatan  ia juga dapat memutihkan kulit. bukan nak putih melepak sangat sebab hb saya tak cerah (dalam erti kata lain hitam tapi manis) jadinyer kang nampak tak padan pulak kalau saya terlebih putih... hahaha... 

oohh... cerita tentang vit C nih saya ada nak share sikit. anak saya tak sihat ritu. memula batuk selesema. tak berapa lama lepas tu dada dia wheezing... tau wheezing? mcm orang semput tu kan dada dia mcm ada bunyi tu... kalau dengar mcm sempit nyer nak bernafas. berat jerk rasa. saya pergi klinik dan anak saya kena nebulizer (gas hidung) 2 round. sekali tu dada depan ok dada belakang tak ok. so lepas dua round tu baru laa dada dia okeh. 

balik rumah tanya geng2 shaklee derang tak bagi makan ubat batuk. kalau klinik gomen mmg tadek bagi ubat batuk utk baby bawah setahun. apa yang derang advice mak kena makan vit C lebih sikit dan omega. vit C nih kan utk kesihatan sistem keimunan so kalau nak demam atau selesema kena ambil 2 biji vit C patahkan dua dan telan so tak jadi nak demam dan selesema. ini melalui pengalaman laa yer... tapi kebanyakan pengamal vit C mmg akan buat benda yang sama. saya amalkan selama 2 hari. sebelum tidur telan 2 biji vit C dan omega. omega pula bersifat panas dan biasanya selesema dan asma nih sebab dada sejuk. so omega akan memanaskan badan... selepas dua hari anak saya sihat dah tak ada bunyi dada wheezing. lepas nih tau dah ubatnyer... tak payah gi klinik kecuali kalau nak minta MC. sebelum nih pernah ada ibu2 yang sering berulang alik klinik sebab anak tak sihat. pada pendapat saya kalau ubat tak jalan, baik lah kita berbalik kepada sumber natural. dan untungnya ibu yang menyusukan kerana dapat menyalurkan kebaikannya melalui susu ibu. 

skang nih azam saya ialah tambah pengambilan vit C dan takmo missed. sebabnya lagi satu vit C mudah musnah bila anda merokok. saya tak merokok tapi sebab cik suami merokok, saya jadi 2nd hand smoker. oleh kerana perokok nih mudah sangat nak kena kanser, pengambilan vit C yang bertindak sebagai antioksidan dapat menghalang radikal bebas mengaktifkan sel2 kanser. apa pun yang terbaik ialah berhenti merokok... tapi itu yang payah nak buat tu kan... huhu...

okeh lah... nanti saya sembang lagi... tentang vit C lagi... semoga anda tak boring. best per citer vit C... huhu... 

RP : RM92.50


untuk anda yang berminat boleh email kepada saya di bibimie@gmail.com atau sms di talian 012-7640760. semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. 


Berapa skor kulit anda? Jom putihkan kulit dengan vitamin C

masih lagi teruja degan promosi vitamin C. masih ada masa lagi utk putihkan kulit sebelum hari raya. sebenarnya teruja nak dapatkan set kecantikan nutriwhite. sedang browsing tetiba terjumpa pula info tentang putihkan kulit dengan vitamin C. apa lagi... sementara vitamin C masih lagi sedang dalam promosi... jom baca  info dulu sebelum membeli.


Para saintis telah mendapati bahawa cara perbaki kulit antara pigmen cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) bergantung kepada glutation, L-sisteina dan enzim TYRP1.Sejak Vitamin C telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, kita boleh katakan bahawa Vitamin C membantu mencerahkan warna kulit.

Glutation boleh ditemui di hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran mentah. Memasak akan memusnahka glutation. walaupun glutation boleh didapati dalam banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan daging, tetapi keupayaan usus untuk menyerap glutation adalah pada kadar yang sangat sedikit.

oohh... kalau sebelum ini saya ambil sebiji sehari, kini boleh tingkatkan lagi kadar pengambilannya kepada 2 biji sehari. jangan risau kerana vit C larut air dan sekiranya berlebihan, sisa2 vitamin C akan dikeluarkan melalui air kencing.
selain dari vitamin C saya dah set target nak dapatkan yang ini utk bulan julai ni. kiranya penjagaan luaran dan dalaman gitu. lagi pun set enfuselle saya dah nak habis... haruslah borong set kecantikan yang menjadi idaman saya selama ini... jeng jeng jeng... 








tak sabar nak mendapatkannya. tapi tunggu turn sehingga set enfuselle dihabiskan... huhu...

ada tak rahsia lain utk putihkan kulit? aha... saya terjumpa yang ini juga...







untuk anda yang berminat mendapatkan produk shaklee sila hubungi saya melalui email bibimie@gmail.com atau sms/call di talian 0127640760. 


Vitamin C utk kesihatan tubuh secara keseluruhan

selamat pagi salam satu malaysia. syukur alhamdulillah hari ini masih dapat bernafas dan menjalani kehidupan seperti biasa. memandangkan promosi vitamin C akan berlangsung di sepanjang bulan julai, saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan keperluan vitamin C dalam diet harian.

Apakah vitamin C? menurut cik wikipedia



Apakah kepentingan pengambilan vitamin C?
terdapat beberapa fungsi penting vitamin C utk menjamin kesihatan anda.
1. sebagai antioksidan
apabila vit C dihadam, ia menjadi antioksidan larut air yang secara langsung boleh menjejaskan aktiviti radikal bebas dalam badan. Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuatkan ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semulajadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebasNamun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

2. mensistesis kolagen
Kolagen adalah bahagian penting di dalam tisu penghubung. Tisu penghubung diperlukan utk membentuk tubuh, kulit, tulang, gigi, saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen dan kesemua ini bergantung kepada kolagen. sekiranya kekurangan kolagen, penyakit skurvi boleh berlaku. ia adalah hasil kemerosotan saluran darah. kekurangan vitamin C juga boleh mengakibatkan pendarahan, gusi berdarah, lebam, gigi longgar dan kecenderungan keretakan tulang. maka adalah penting utk kita mendapatkan jumlah vitamin C yang cukup bagi mengelakkan keadaan tersebut berlaku.

3. kesihatan sistem kardiovaskular
apabila arteri tersumbat, tiada pengaliran darah yang cukup utk sampai ke jantung dan ini mengakibatkan serangan jantung. oleh kerana vitamin C bersifat sebagai antioksidan, ia diserap kedalam darah gan menguraikan pengumpulan plak pada arteri, membersihkan arteri dan membolehkan  pengaliran darah melalui jantung dengan lancar.

4. kesihatan sistem imun
ia adalah fungsi yang sangat penting dalam tubuh badan kita yang mana melindungi tubuh dari bahan toksin atau bahan asing. Vitamin C amat penting kerana ia terlibat dengan sel T dan sel2 darah putih. fungsi sel2 darah putih secara asasnya adalah utk menghalang penyakit berjangkit oleh itu pengambilan vitamin C yang secukupnya mengurangkan kemungkinan utk jatuh sakit.

kredit http://students.depaul.edu/~svonk/linkone.html


Apakah keistimewaan Vitamin C shaklee berbanding vitamin C di pasaran?
Shaklee Sustained Release Vita C 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan yang mana pelepasan berlaku mengikut masa. ini bermaksud kandungan vitamin C dilepaskan secara berperingkat selama 5 jam dan setiap sejam pelepasannya bersamaan dengan khasiat satu setengah biji buah oren. ia juga dihasilkan dengan kaedah terbaik yang masih dapat mengekalkan keaslian sumber vitamin c yang menjadikan ia mudah diserap oleh sistem tubuh. ia juga mengandungi bioflavanoid (Bioflavonoids termasuk isoflavones, anthocyanidins, flavonols, flavans, flavones, and flavanones), 100% dari sumber asli dan pembungkusannya tidak mengandungi silika gel.

Apakah simptom kekurangan vitamin C?
Sekiranya anda kekurangan vitamin C anda akan lebih mudah dijangkiti penyakit, mudah demam, tertekan/stress, kulit kusam dan kering, berjerawat, luka lambat sembuh, kulit bersisik, kerap selesema dan bersin, keletihan, sakit2 sendi, mood swing - mudah marah, kemerosotan gusi - skurvi, rambut rosak dan kering dll.




Siapa yang memerlukan vitamin C?
Anda dan saya juga. disebabkan kepentingan kesihatan sistem imun tubuh, tidak kira samada lelaki atau perempuan vitamin C ternyata satu elemen asas yang penting utk kesihatan yang baik. jika anda dengan mudah di serang penyakit berjangkit ternyata anda kekurangan vitamin C. anda perokok tegar? atau pasangan anda merokok? vitamin C mudah termusnah dan perokok serta 2nd hand smoker memerlukan kadar pengambilan vitamin C yang lebih tinggi. begitu juga pengamal minuman keras yang mana pengambilan alkohol boleh mencairkan asid askorbik dan dibuang melalui air kencing.

vitamin C juga mudah termusnah akibat tekanan/stress. apabila seseorang berada di bawah tekanan, kelenjar adrenal kehabisan vitamin C. ketika itu, darah mengalami tahap pengoksidaan yang tinggi dan menjadikan kelenjar adrenal tidak mampu melawan toksin. oleh sebab itu mereka yang kerap mengalami tekanan memerlukan kadar pengambilan vitamin C yang lebih tinggi.

vitamin C adalah vitamin utama utk anda sekeluarga... utk ibu, ayah, suami, isteri, ibu hamil dan menyusukan, pengamal pil2 perancang keluarga, pesakit, kanak2, remaja dan dewasa serta ramai lagi.... yang penting mulakan dengan diri anda... dan sebarkan kebaikannya kepada orang2 terdekat yang anda sayangi.


 untuk membuat pesanan atau pertanyaan sila hubungi saya bibimie@gmail.com atau sms/call di talian 012-7640760 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...