Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Vitamin C utk kesihatan tubuh secara keseluruhan

selamat pagi salam satu malaysia. syukur alhamdulillah hari ini masih dapat bernafas dan menjalani kehidupan seperti biasa. memandangkan promosi vitamin C akan berlangsung di sepanjang bulan julai, saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan keperluan vitamin C dalam diet harian.

Apakah vitamin C? menurut cik wikipedia



Apakah kepentingan pengambilan vitamin C?
terdapat beberapa fungsi penting vitamin C utk menjamin kesihatan anda.
1. sebagai antioksidan
apabila vit C dihadam, ia menjadi antioksidan larut air yang secara langsung boleh menjejaskan aktiviti radikal bebas dalam badan. Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuatkan ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semulajadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebasNamun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

2. mensistesis kolagen
Kolagen adalah bahagian penting di dalam tisu penghubung. Tisu penghubung diperlukan utk membentuk tubuh, kulit, tulang, gigi, saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen dan kesemua ini bergantung kepada kolagen. sekiranya kekurangan kolagen, penyakit skurvi boleh berlaku. ia adalah hasil kemerosotan saluran darah. kekurangan vitamin C juga boleh mengakibatkan pendarahan, gusi berdarah, lebam, gigi longgar dan kecenderungan keretakan tulang. maka adalah penting utk kita mendapatkan jumlah vitamin C yang cukup bagi mengelakkan keadaan tersebut berlaku.

3. kesihatan sistem kardiovaskular
apabila arteri tersumbat, tiada pengaliran darah yang cukup utk sampai ke jantung dan ini mengakibatkan serangan jantung. oleh kerana vitamin C bersifat sebagai antioksidan, ia diserap kedalam darah gan menguraikan pengumpulan plak pada arteri, membersihkan arteri dan membolehkan  pengaliran darah melalui jantung dengan lancar.

4. kesihatan sistem imun
ia adalah fungsi yang sangat penting dalam tubuh badan kita yang mana melindungi tubuh dari bahan toksin atau bahan asing. Vitamin C amat penting kerana ia terlibat dengan sel T dan sel2 darah putih. fungsi sel2 darah putih secara asasnya adalah utk menghalang penyakit berjangkit oleh itu pengambilan vitamin C yang secukupnya mengurangkan kemungkinan utk jatuh sakit.

kredit http://students.depaul.edu/~svonk/linkone.html


Apakah keistimewaan Vitamin C shaklee berbanding vitamin C di pasaran?
Shaklee Sustained Release Vita C 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan yang mana pelepasan berlaku mengikut masa. ini bermaksud kandungan vitamin C dilepaskan secara berperingkat selama 5 jam dan setiap sejam pelepasannya bersamaan dengan khasiat satu setengah biji buah oren. ia juga dihasilkan dengan kaedah terbaik yang masih dapat mengekalkan keaslian sumber vitamin c yang menjadikan ia mudah diserap oleh sistem tubuh. ia juga mengandungi bioflavanoid (Bioflavonoids termasuk isoflavones, anthocyanidins, flavonols, flavans, flavones, and flavanones), 100% dari sumber asli dan pembungkusannya tidak mengandungi silika gel.

Apakah simptom kekurangan vitamin C?
Sekiranya anda kekurangan vitamin C anda akan lebih mudah dijangkiti penyakit, mudah demam, tertekan/stress, kulit kusam dan kering, berjerawat, luka lambat sembuh, kulit bersisik, kerap selesema dan bersin, keletihan, sakit2 sendi, mood swing - mudah marah, kemerosotan gusi - skurvi, rambut rosak dan kering dll.




Siapa yang memerlukan vitamin C?
Anda dan saya juga. disebabkan kepentingan kesihatan sistem imun tubuh, tidak kira samada lelaki atau perempuan vitamin C ternyata satu elemen asas yang penting utk kesihatan yang baik. jika anda dengan mudah di serang penyakit berjangkit ternyata anda kekurangan vitamin C. anda perokok tegar? atau pasangan anda merokok? vitamin C mudah termusnah dan perokok serta 2nd hand smoker memerlukan kadar pengambilan vitamin C yang lebih tinggi. begitu juga pengamal minuman keras yang mana pengambilan alkohol boleh mencairkan asid askorbik dan dibuang melalui air kencing.

vitamin C juga mudah termusnah akibat tekanan/stress. apabila seseorang berada di bawah tekanan, kelenjar adrenal kehabisan vitamin C. ketika itu, darah mengalami tahap pengoksidaan yang tinggi dan menjadikan kelenjar adrenal tidak mampu melawan toksin. oleh sebab itu mereka yang kerap mengalami tekanan memerlukan kadar pengambilan vitamin C yang lebih tinggi.

vitamin C adalah vitamin utama utk anda sekeluarga... utk ibu, ayah, suami, isteri, ibu hamil dan menyusukan, pengamal pil2 perancang keluarga, pesakit, kanak2, remaja dan dewasa serta ramai lagi.... yang penting mulakan dengan diri anda... dan sebarkan kebaikannya kepada orang2 terdekat yang anda sayangi.


 untuk membuat pesanan atau pertanyaan sila hubungi saya bibimie@gmail.com atau sms/call di talian 012-7640760 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...