Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Vitalea - vitamin pertama yang menyediakan nutrien lengkap untuk tubuh

salam sejahtera dan terima kasih kerana masih sudi singgah mencari informasi di sini. sebelum saya kongsikan info tentang ESP sempena promosi bulan nih, saya bincangkan secara ringkas tentang vitalea.


Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta zat besi yang sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis hidangan bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan 40 jenis hidangan  lauk pauk.

Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya sejujurnya, keperluan B com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea. Kedua-duanya vitamin larut air dan mudah musnah.

Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vit dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi dalam pengambilan diet harian mereka. Zat besi banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hanya bergantung dengan sumber asli semata2. Apakah kekangan yang dimaksudkan? Dengan sumber yang terhad, harga kerang mahupun tiram adalah mahal disesetengah tempat. Ada juga yang alah kepada makanan laut dan ia juga mengandungi logam berat yang merosakkan sistem dalaman badan. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan mengambil makanan tambahan yang dapat diterima oleh tubuh agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.


untuk anda yang berminat mendapatkan vitalea dengan formula zat besi boleh hubungi saya melalui telefon atau email. Jom jaga kesihatan...


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Perhatian serius utk ibu hamil

salam sejahtera dan selamat datang kepada para pengunjung. 
hari ini saya masih lagi nak share tentang vitalea yang diformulasikan dengan zat besi dari Shaklee. 


masih ingat lagi tak tentang entry lepas yang mana saya rasakan tahap kesihatan tak memberangsangkan selepas melahirkan anak yang ke3? dalam paparan harian metro (7 Mei 2012) membincangkan tentang kekurangan zat besi yang perlu diambil serius oleh wanita hamil dan di panjangkan pula kepada ibu2 yang masih menyusukan. saya petik yang penting2 laa yer... nak salin semua nanti letih jari jemari saya... hihi... antaranya.

1. ramai ibu hamil terlepas pandang keadaan letih, pucat, jantung berdegup laju, emosi terganggu, lemah letih lesu dsb dalam tempoh hamil sebenarnya selain dari perubahan hormon, ia menandakan gangguan serius anemia (kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya).

2. kekurangan zat besi yang serius akan memberi kesan kepada ibu dan bayi yang dikandung. zat besi perlu di ambil sebelum mula hamil lagi dan semakin bertambah penting selepas melahirkan anak dan disepanjang tempoh penyusuan.

3. zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelansungan hidup maka adalah perlu wanita yang menghadapi risiko anemia merancang dan menjaga diri ketika hamil dan selepas melahirkan.

4. kekurangannya berpunca dari diet yang tidak seimbang, penyerapan nutrien yang rendah, kesan sampingan ubatan tertentu, faktor genetik, kehilangan darah yang teruk serta kehamilan. wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri juga utk tumbesaran bayi yang dikandung.

5. keadaan anemia ketika hamil dan selepas melahirkan sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu akan meninggal dunia.

6. bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, ketika tempoh hamil dan menyusukan bayi, disarankan mengambil makanan yang kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, bijirin penuh, buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu dan tauhu. kebanyakan kes doktor menyarankan pengambilan pil zat besi utk merawat anemia. pilih rumusan yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting utk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu menangani anemia semasa hamil serta mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

7. bagi mengoptimumkan penyerapan zat besi, adalah disyorkan supaya pengambilan vit C juga ditambah dalam diet harian. pengambilan ini perlu diteruskan sehingga berhenti menyusukan bayi. disarankan agar sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang utk hamil, semasa hamil serta antara 4 hingga 6 minggu selepas melahirkan anak.

okeh laa... itu serba sedikit yang saya dapat ringkaskan dari paparan harian metro tersebut. jelaslah mengapa Dr. Forest Shaklee mula mencipta vitamin yang pertama sekali ialah kumpulan vitamin yang mengandungi 28 jenis nutrien yang diformulasikan dengan zat besi. jika penting bagi wanita dan ibu2, ia juga penting buat lelaki. disebabkan wanita berperanan besar dalam melahirkan generasi yang sihat, adalah penting bagi ibu2 hamil juga berada dalam tahap kesihatan yang tip top!

saya rasa peristiwa saya nak tumbang tu mmg berkait rapat dengan kekurangan zat besi. maklumlah masuk anak ke3 barulah perasan badan mula bagi signal. alhamdulillah cepat juga saya sedar. kalau dibiarkan mmg bakal hadapi tahap kronik.

di sini saya nak menyeru kepada ibu2 yang baru kahwin... baru hamil... agar mengambil perhatian serius akan hal ini. masih terdapat ibu2 baru yang termakan cakap orang lama2 yang veteran... jangan makan vit nanti baby besar. jangan makan vit nanti badan naik. suka saya nak ingatkan... zaman dulu dengan sekarang tak sama. banyak hujah kelainan dulu dan sekarang kalau nak di kupas. nak saya kupas ker? aa... terpaksalah di lain entry. seronok juga nak diskusi tentang dulu dan kini.

oleh kerana masa tak mengizinkan, saya stop sini dulu tapi pastikan anda bersama saya lagi dalam entry akan datang. ehh... mcm dalam rancangan tv plak time nak commercial break... miahahaa...

jumpa lagi dengan lebih banyak info menarik... stay tuned.




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...