Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Perhatian serius utk ibu hamil

salam sejahtera dan selamat datang kepada para pengunjung. 
hari ini saya masih lagi nak share tentang vitalea yang diformulasikan dengan zat besi dari Shaklee. 


masih ingat lagi tak tentang entry lepas yang mana saya rasakan tahap kesihatan tak memberangsangkan selepas melahirkan anak yang ke3? dalam paparan harian metro (7 Mei 2012) membincangkan tentang kekurangan zat besi yang perlu diambil serius oleh wanita hamil dan di panjangkan pula kepada ibu2 yang masih menyusukan. saya petik yang penting2 laa yer... nak salin semua nanti letih jari jemari saya... hihi... antaranya.

1. ramai ibu hamil terlepas pandang keadaan letih, pucat, jantung berdegup laju, emosi terganggu, lemah letih lesu dsb dalam tempoh hamil sebenarnya selain dari perubahan hormon, ia menandakan gangguan serius anemia (kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya).

2. kekurangan zat besi yang serius akan memberi kesan kepada ibu dan bayi yang dikandung. zat besi perlu di ambil sebelum mula hamil lagi dan semakin bertambah penting selepas melahirkan anak dan disepanjang tempoh penyusuan.

3. zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelansungan hidup maka adalah perlu wanita yang menghadapi risiko anemia merancang dan menjaga diri ketika hamil dan selepas melahirkan.

4. kekurangannya berpunca dari diet yang tidak seimbang, penyerapan nutrien yang rendah, kesan sampingan ubatan tertentu, faktor genetik, kehilangan darah yang teruk serta kehamilan. wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri juga utk tumbesaran bayi yang dikandung.

5. keadaan anemia ketika hamil dan selepas melahirkan sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu akan meninggal dunia.

6. bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, ketika tempoh hamil dan menyusukan bayi, disarankan mengambil makanan yang kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, bijirin penuh, buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu dan tauhu. kebanyakan kes doktor menyarankan pengambilan pil zat besi utk merawat anemia. pilih rumusan yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting utk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu menangani anemia semasa hamil serta mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

7. bagi mengoptimumkan penyerapan zat besi, adalah disyorkan supaya pengambilan vit C juga ditambah dalam diet harian. pengambilan ini perlu diteruskan sehingga berhenti menyusukan bayi. disarankan agar sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang utk hamil, semasa hamil serta antara 4 hingga 6 minggu selepas melahirkan anak.

okeh laa... itu serba sedikit yang saya dapat ringkaskan dari paparan harian metro tersebut. jelaslah mengapa Dr. Forest Shaklee mula mencipta vitamin yang pertama sekali ialah kumpulan vitamin yang mengandungi 28 jenis nutrien yang diformulasikan dengan zat besi. jika penting bagi wanita dan ibu2, ia juga penting buat lelaki. disebabkan wanita berperanan besar dalam melahirkan generasi yang sihat, adalah penting bagi ibu2 hamil juga berada dalam tahap kesihatan yang tip top!

saya rasa peristiwa saya nak tumbang tu mmg berkait rapat dengan kekurangan zat besi. maklumlah masuk anak ke3 barulah perasan badan mula bagi signal. alhamdulillah cepat juga saya sedar. kalau dibiarkan mmg bakal hadapi tahap kronik.

di sini saya nak menyeru kepada ibu2 yang baru kahwin... baru hamil... agar mengambil perhatian serius akan hal ini. masih terdapat ibu2 baru yang termakan cakap orang lama2 yang veteran... jangan makan vit nanti baby besar. jangan makan vit nanti badan naik. suka saya nak ingatkan... zaman dulu dengan sekarang tak sama. banyak hujah kelainan dulu dan sekarang kalau nak di kupas. nak saya kupas ker? aa... terpaksalah di lain entry. seronok juga nak diskusi tentang dulu dan kini.

oleh kerana masa tak mengizinkan, saya stop sini dulu tapi pastikan anda bersama saya lagi dalam entry akan datang. ehh... mcm dalam rancangan tv plak time nak commercial break... miahahaa...

jumpa lagi dengan lebih banyak info menarik... stay tuned.




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...