Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Omega Guard pilihan ramai

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar? semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan terhindar dari bencana banjir.
salam takziah buat semua mangsa banjir. semoga ujian yang Allah turunkan ini diganti dengan ganjaran yang lebih baik. hati2 semasa pulang mengemas rumah dan kawasan sekitarnya. utamakan keselamatan dan kesihatan. pastikan kediaman anda kembali bersih untuk mengelakkan penyakit.

hari ini saya nak cerita tentang kepentingan asid lemak Omega-3 yang boleh didapati dari Omega Guard Shaklee. Setiap kapsul membekalkan 330mg Omega-3, 180mg EPA dan 120mg DHA.

Pengambilan omega-3 dalam diet harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. paras asid lemak yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah normal. Ia juga dapat memelihara kesihatan otak, saraf penglihatan dan kelancaran fungsi sendi.

Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi disamping menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan laut dalam.

jadi tidak hairanlah omega guard shaklee menjadi pilihan ramai kerana terbukti ianya bergred farmaseutikal.


jadilah pengguna bijak kerana pilihan di tangan anda… Dapatkan hanya di maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Makanan tambahan Shaklee dan keperluan ibu menyusu.

salam sejahtera salam 1 Malaysia dan selamat datang ke maipilihdotcom - rakan nutrisi anda.

apa khabar? saya masih lagi dalam tempoh berpantang tapi mcm tak berapa nak pantang. maklumlah bila siang tinggal berdua dengan baby kadang2 tak jadi kerja dibuatnya. dari segi pemakanan mmg tak ketat sangat dan selera nih tak boleh disekat2... haha... jenis tak sabar. ada ketikanya waktu makan pun tak tepat yang mana tak bagus biarkan perut kosong. walau bagaimanapun saya tak lupa mengalas perut dengan ESP dan Cinch Shake. Alhamdulillah disepanjang tempoh berpantang hingga kesaat ini mmg saya tak menghadapi masalah dan semoga kekal sihat... insya-Allah.

hari ini saya nak kongsi tentang kepentingan makanan tambahan utk ibu yang menyusukan bayi. berikut merupakan saranan makanan tambahan kepada ibu2 yang menyusukan diambil dari majalah Shaklee Today. boleh klik pada imej utk paparan lebih jelas.


Minggu yang lalu bayi saya genap usianya sebulan jadi seperti biasa saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin. pemeriksaan ke atas ibu... saya laa tu... mendapati bacaan Hb cuma 11.3 (unit apa tak tau). bacaan ini berada pada kedudukan boarder saya rasa dan kalau boleh berada di bacaan 12 ke atas adalah lebih baik.

saya syorkan pengambilan vitalea ketika tempoh berpantang diambil secara konsisten dengan dos 2 biji sehari. ini bagi memastikan zat besi yang cukup untuk penghasilan semula sel darah merah akibat kehilangan dengan banyak ketika proses bersalin dan dalam tempoh awal berpantang. selain dari keperluan ibu, bekalan zat besi juga penting bagi penghasilan sel darah merah buat bayi.

kita tidak dapat menafikan keperluan pengambilan makanan tambahan kerana faktor2 luaran boleh mengganggu keseimbangan nutrisi walaupun diet harian kita mengikut piramid makanan. bagi saya sendiri rasa amat bersyukur kerana pengambilan supplement shaklee ketika tempoh berpantang banyak menyokong kesihatan saya untuk pulih kadar segera dan membekalkan nutrisi bagi menampung kekurangan dari segi kepelbagaian nutrisi yang boleh diambil dalam diet harian. kalaulah berpantang ketat seperti zaman mak2 terdahulu, mana mungkin saya dapatkan nutrisi penting yang lain hanya dari nasi dan berlaukkan ikan kering sahaja. mujur zaman sekarang ada supplement... syukur sangat.

okeh... malam makin lanjut. di lain kesempatan saya share info lagi ya... jangan lupa singgah di maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda...


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Omega guard untuk ibu berpantang

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Terima kasih kerana sudi singgah dan menggali info tentang nutrisi yang terkandung dalam produk shaklee. 

Kali ini saya mahu fokuskan keperluan omega guard khusus buat ibu berpantang. Sekiranya anda tidak sempat atau kurang bajet untuk menambah omega guard ketika kehamilan trimester kedua, anda boleh memgambilnya ketika tempoh berpantang. 

Seperti yang anda maklum, pengambilan omega guard ketika hamil adalah untuk membekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak. Pengambilan ketika tempoh berpantang bukan shj mampu membekalkan EPA  & DHA malah memberi bonus kedua buat anda omega bertindak sebagai agen pembakar lemak.  Dlm tempoh inilah ibu2 boleh kurangkan berat badan kembali ke bentuk asal. 


Jom ibu2 kembali langsing bak remaja... Hanya yang terbaik untuk anda.

Cik Pau (846053)
012.764.0760 | bibimie@gmail.com

Seronoknya berpantang dengan Shaklee

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar? saya sihat saja dan berdebar nak tunggu signal kelahiran bayi. seram walau pun dah masuk anak ke-5. harap2 dipermudahkanlah. sejak akhir2 ini kerap dapat perkhabaran kematian bayi dikalangan rakan2 ofis... sedikit sebanyak terganggu juga emosi. tapi saya cuba berada dalam keadaan positif.

minggu lepas ada sesuatu yang memotivasikan saya. customer yang sorang nih ofismet saya dan telah mencuba full set untuk berpantang. Pengambilannya cuma yang basic sahaja (bukan mcm saya yang plan berderet2 tu) tapi beliau cukup gembira. jom tengok apa kata beliau.


Alhamdulillah... teruja laa juga menengoknya. walaupun saya pengamal shaklee tapi tak pernah laa nak start pam selepas minggu kedua pantang. yang seronok time pantang tu mmg berehat2 jer kijenya... haha.... biasanya saya pam selepas sebulan. tapi kalau nak ikutkan dah lambat dah tu. lebih baik dimulakan sejak awal. insya-Allah berpantang kali ini mau rajin sikit. maklumlah kena buat stok banyak2. tahun depan  saya nak pergi US, reward untuk leader dibawah anjuran Shaklee. tinggal lah baby untuk seminggu mcm tu.. haa... mana nak korek stok tu nanti. dibuatnya masa nak pergi tu baby dah setahun rasanya production pun ada sikit kurang... so kena start stok dari awal. 

okeh lah... nanti sembang2 lagi. ada yang berminat dengan insentif lawatan luar negara ke? aha... ada sempat nanti saya kupas. tahun ni tripnya ke London tp saya tak dapat gi sebab tak cukup point. yang dapat insentif dalam negeri sahaja iaitu Kota Kinabalu. pun tak pergi juga sebab dah sarat tak lepas nak naik kapal terbang. jadi suami tercinta yang menggantikan trip tu. walau pun enjoy di sana tapi hatinya tetap bimbang akan keadaan saya yang menunggu hari nih... saper tak sayang bini ooiii... hahaha... 

okeh sehingga bertemu lagi. jgn lupa singgah yaa... daa...


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Berpantang dengan supplement Shaklee

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

pejam celik dah sampai hujung minggu. apa perancangan hujung minggu anda ya?
semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga tercinta.

dah lama saya tak update tentang kehamilan saya. sekarang telah pun memasuki minggu ke 34. persiapan barang2 untuk dibawa ke hospital masih lagi belum lengkap. rileks2 pula sedangkan bila2 masa pun baby dah boleh muncul nih... hehehe...

berpantang kali ini adalah pengalaman kedua bersama Shaklee. memang sangat teruja berdasarkan pengalaman pada kelahiran yang lalu mmg saya rasa sihat mcm tak dalam pantang pun ya juga. tapi apa pun jangan ambil remeh tentang perkara ini. ibu2 masih perlu berehat dari melakukan kerja2 rumah selain dari berpantang dari sudut pengambilan makanan. kali ini saya dah pilih supplement mengikut kesesuaian dan kehendak. Jom tengok set berpantang saya.


ini merupakan set yang paling asas untuk berpantang. 
Vitalea untuk tambah darah dan membekalkan zat besi utk ibu dan bayi
Vit C utk imun sistem dan membina kolagen
B comp sebagai penawar anti stress
Zink utk membolehkan luka cepat sembuh dan menyampaikan nutrien ke seluruh bahagian badan
Ostematrix utk mengelakkan sembelit dan mengelakkan sakit pingang serta mendapatkan kerehatan yang cukup

Alfalfa untuk menggalakkan penghasilan susu serta baikpulih bahagian intim. 
Omega guard untuk mengaktifkan pembakaran lemak disamping utk baik pulih saraf otak dan mata, kesihatan jantung dan kesihatan kulit. 
Peppermint ginger plus berfungsi untuk membuang angin dalam badan . 


penagmbilan vivix untuk memperbaiki sel2 dan melindungi kerosakan DNA
pengambilan colagen pula untuk mengembalikan keremajaan kulit. gabungan kedua2 produk ini berfungsi untuk melewatkan proses penuaan. 

pengambilan protein sebagai makanan sel. selain daripada menghasilkan sel yang lebih sihat, ia juga membantu penghasilan susuibu. gabungan cinch dan esp memberikan rasa lebih kenyang disamping pembakaran lemak tak perlu dan masih mengekalkan otot2 penting. 

wahh... banyak benda nak kena makan nih. okeh nanti saya sambung lagi ya... dah nak maghrib nih... jumpa lagi di lain entry... da... 


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

GLA Complex : Usaha untuk hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera
selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
semoga anda semua berada dalam rahmat Allah di sepanjang Ramadhan yang mulia ini... aminn...

Terima kasih kerana sudi menjengah. hari ini saya rasa teruja nak kongsikan berita kehamilan sahabat saya. pada usia 36 tahun sekarang ini diberi peluang kedua selepas keguguran kali pertama beberapa tahun yang lampau. Sesungguhnya Allah maha mendengar permintaan hambanya.


Pada mulanya kawan saya agak sangsi untuk mencuba. mungkin dah berasa bosan mencuba tapi tak berjaya namun saya pujuk dia agar bersabar dengan ujian ini. anda bayangkan dalam semua empat adik beradik perempuannya yang berkahwin tiada satu zuriat pun yang lahir dari mereka. adakah berkaitan dengan  mistik? saya pun tak tau nak kata. Puas berubat moden dan tradisional serta ke pusat rawatan Islam. akhirnya kawan saya ini bersetuju untuk mencuba set kehamilan yang paling ringkas saya cadangkan kepadanya iaitu B comp, GLA complex serta ESP.

Perkhabaran pertamanya iaitu "sudah lewat seminggu haid belum datang" memang mendebarkan saya. saya faham perasaan orang yang berharap tetapi hasilnya hampa. katanya masih belum buat ujian air kencing takut hasilnya mengecewakan. saya berdoa agar positif dan menunggu berita selanjutnya. selepas seminggu dia menghantarkan gambar UPT dengan berbelang dua... saya sebak... gembira... masakan tidak... saya kini hampir 5 tapi dia baru nak bermula. Saya sangat bersyukur dan tumpang gembira dengan berita ini. Semoga berita kehamilan ini juga disambut gembira oleh ahli keluarga yang lain serta dapat mendoakan kandungannya sihat, selamat sehingga melahirkan... Ya Allah... berilah peluang buat hambaMu... amin...



Sempena promosi GLA complex masih lagi berlangsung, jangan lepaskan peluang sekiranya anda masih mencuba untuk hamil. Selain dari untuk kesuburan anda juga boleh dapatkan GLA complex untuk fungsi yang saya sebutkan di atas.

Jangan malu jangan segan... lai lai lai... sementara stok masih ada.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Perut sebu / Kembung ibu hamil

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar anda hari ini? baik ibu hamil, berpantang dan menyusukan saya titipkan doa agar beroleh kemudahan dalam menjalani tugas harian dan bersabar dengan segala dugaan dan rintangan. semoga kita menjadi ibu dan isteri yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam dan lebih bagus lagi pada hari esok.


hari ini sedikit perkongsian tentang penjagaan kesihatan ibu hamil. Isnin yang lalu saya agak sibuk jadi saya duduk makan tengahari jam 2.30 petang. saya tidak menghadapi masalah sehinggalah waktu makan malam selepas pulang dari kerja. oleh kerana dah lewat tak sempat masak maka makan di kedai sahaja. selepas makan bergegas pulang ke rumah untuk solat fardhu maghrib. di sinilah ceritanya bermula....

saya rasa sebu perut ketika sampai di rumah. nak solat pun rasa mengah. saya cadang nak solat isyak tapi perut masih sebu tak senang duduk dibuatnya. saya tangguhkan solat dan keluar utk urusan penghantaran tempahan shaklee pelanggan. pulang ke rumah setelah selesai urusan baru saya solat tapi masih sebu tak surut. biasanya kalau sebu/kembung nih boleh baik dengan sendawa dan kentut. mujur saya ada peppermint ginger plus jadi saya telan 2 biji. alhamdulillah lega sikit dan boleh tido.



walau pun sedikit lega tapi malam tu tido tak berapa lena. keesokan paginya gagah juga pergi klinik. kot laa dapat MC... hehehe... tak... tak... saya tak mintak MC pun cuma mintak khidmat nasihat. ini apa yang doktor pesan.

  • makan ikut waktu pada sela masa yang tidak terlalu lama
  • jika perut kosong atau sangat lapar elakkan makanan masam dan minuman sejuk
  • amalkan pengambilan air panas / suam ketika perut kosong
  • jangan makan makanan pedas, berlemak atau berminyak serta yang berempah
  • sentiasa ada snek sihat contoh buah, biskut jika terasa lapar
  • jangan skip waktu makan dan jika terlewat pastikan makanan / minuman masih panas
 itulah antara nasihat doktor yang boleh saya kongsikan. bila diingat semula memang salah saya pun. ketika perut mula terasa lapar saya biar jer sebab ada urusan. selesai urusan pada jam 2.30 ptg baru saya makan. saya mulakan makan dengan buah mangga lemak. mmg masam lemak manis sikit tapi ok jer. lepas tu makan rojak petis dan makan nasi. petang waktu dinner tu saya order air epal ais pulak... masam boleh tahan... itu yang seksa rasanya masa nak solat maghrib. sebu perut saya. sangatlah tidak selesa. mujur ada peppermint ginger plus utk kelegaan sementara.

perut ibu hamil dan berpantang lazimnya memang sensitif jadi mulai sekarang kena pantau makan apa dan waktu bila nak kena makan. semoga perkongsian ini dapat ibu2 jadikan panduan di sepanjang kehamilan, berpantang dan menyusukan lebih2 lagi di sepanjang Ramadhan.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Cuti tanpa gaji dan beranak...

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

fuuhhh...!!! settle closing hari nih. owh... offer nutriferon berakhir hari ini. ada 3 kotak lagi yang masih dijual pada harga promosi. jika anda berhajat silalah hubungi saya.

aha... baru dapat bernafas. sebenarnya yang berlama2 saya tak update blog nih sebab sedikit sibuk dengan kerja2 pejabat dan urusan keluarga. bulan lepas saya sibuk "beranak". aha... belum rasa contraction tiba2 dah beranak... maksud saya, bulan lepas saya telah lahirkan seorang lagi leader yang mana jumlah keseluruhan ialah 3 orang supervisor. kelahiran leader yang ketiga ini melayakkan saya naik ke rank Coordinator. sekarang tumpuan saya adalah untuk setiap supervisor naik ke rank senior supervisor yang mana mereka memerlukan seorang anak yang menjadi supervisor. (husin hantu kak limah kata supervisa... hahaha...)

apa yang buat saya happy ialah mereka telah pun ke tahap pendapatan 4 angka dan dengan rank ini juga mereka bakal mengejar program bonus kereta yang ditawarkan oleh pihak shaklee. selain dari itu leader juga berpeluang untuk melayakkan diri ke percutian bertaraf 5 bintang. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memenuhi kelayakan bonus kereta tersebut serentak dengan kenaikan rank Coordinator pada bulan lepas... maknanya double celebration laa nih. so saya bakal dapat dua cek... satu cek bonus kereta dan satu lagi cek naik rank. Alhamdulillah...



apa yang menarik tentang biz shaklee ini ialah anda boleh jangka dan set target berapa banyak bonus yang anda mahu. sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan dan keep on moving walaupun anda rasa perjalanan anda terlalu perlahan untuk sampai ke tahap yang anda impikan. perjalanan masing2 dalam biz ini tak sama sebab rezeki masing2 juga tak sama. semua di dalam perancangan Allah cuma bahagian kita ialah yakin dan berusaha untuk mencapainya.

saya telah mengambil cuti tanpa gaji selama dua minggu pada bln ini yang mana seminggu berada di rumah mertua kerana membantu beliau menyiapkan keperluan kenduri sambut menantu dan seminggu lagi saya sibuk mengemas rumah. alhamdulillah walaupun semasa berada di kampung dan tiada kemudahan internet, kurang membuat promosi, update blog dan terputus hubungan dengan promosi di fb, 3 orang kenalan menghubungi saya menyatakan hasrat ingin menyertai kumpulan saya. insya-Allah selepas ini akan lahir lebih ramai leader dan sama2 menuju puncak jaya. aminnn...

akhir kata, untuk anda yang berminat menceburi biz shaklee terutama surirumah sepenuh masa yang ingin mencari pendapatan sampingan, anda boleh mencuba peluang biz ini. walau berapa pun yang akan anda dapat, at least dari titik peluh sendiri. buat dari hati dan bukan kerana terpaksa. insya-Allah... anda pasti berjaya.

Psstt... jgn malu2 nak cuba yer... cepat... bleh hubungi saya...



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Keunikan ESP yang perlu anda tahu

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda..

wah kemain bersawang blog nih. sebulan tinggal. huhuhu... bukan dah tak berminat tapi ada sedikit bizi. mana nak siapkan kije opis... tolong MIL buat persiapan kenduri kawen adik ipar, duduk kampung tak ada line internet, bizi beranak... owh... bukan beranak baby laa... beranak anak biz... nanti i citer selanjutnya.

rini saya sambung tentang ciri2 soya yang perlu anda tahu... berzaman nyer laa... tak per... yang penting info ini sampai pada anda... jom baca.




  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik ~ Kenapa  mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  2. kacang soya tu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? sebab secara umumnya..kacang soya yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  3. Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol-Alkohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alkohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan - Amino acids sgt sensitif dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.
okeh lah... tak hairanlah kalau ESP nih menjadi pilihan ramai sebab penyediannya so special dan sangat teliti untuk menjaga kualiti nutrisi yang terkandung di dalamnya.

nanti saya sambung lagi yaa... dah lama tak share tentang kehamilan saya nih... banyak nak citer.. 
ibu2 yang hamil, berpantang dan menyusukan do take care of yourself. sayangi diri hiasi peribadi... eh... apsal plak bagi motivasi nih... hehehe... just teruja dapat siap satu entry... huhu...

okeh all... jumpa lagi ya... senyum selalu... daaa...




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Gejala mual, mabuk & muntah di awal kehamilan.


Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
Hari ini saya ingin bincangkan tentang gejala mual, mabuk dan muntah diawal kehamilan. Kebiasaannya di panggil "morning sickness" dan berlangsung pada awal kehamilan.  ada juga sesetengah ibu yang mengalami gejala mual, mabuk dan muntah ini sehingga menjejaskan kesihatan dan terpaksa bermalam di hospital untuk pengawasan doktor. Mujur dalam tempoh hamil kelima-lima anak saya, hanya sekali sahaja saya mengalami simptom tersebut iaitu ketika hamil anak pertama. pada awal kehamilan tersebut saya alah pada bau menumis, wap nasi panas dan berasa mual pada waktu petang. kebanyakan masanya makan di kedai jadi hanya beberapa kali dapur berasap. yang peliknya bila tukang masak kedai menumis, tak ada pun rasa mual tu... hahaha... memang saja nak makan di luar agaknya tu. alhamdulillah keadaan mual dan mabuk hanya berlangsung dalam trimester pertama.

Punca gejala ini mungkin akibat dari perubahan hormon yang menyebabkan deria bau berasa sensitif terhadap aroma. ada beberapa cara untuk mengurangkan rasa mual, mabuk dan muntah tersebut.
Antaranya ialah tidak membiarkan perut terlalu kosong dan sentiasa bersedia dengan snek seperti roti atau biskut. ramai ibu2 yang selesa dengan makanan atau minuman yang sedikit masam sebagai penawar situasi tersebut tetapi anda perlu mengelakkan pengambilan asam atau jeruk kerana ia tidak berkhasiat. anda boleh jadikan cadangan dibawah sebagai panduan :


  • Keep food in your stomach but not too much. An empty stomach can make nausea worse. Eat several small meals every day instead of three large meals.
  • For morning nausea, eat a small snack (like crackers) before you get out of bed. Allow a few minutes for the snack to digest, then get out of bed slowly.
  • Stay hydrated. Drink a lot of fluids. Try a sports hydration drink, as well as water, broth, or juice.
  • Eat more protein, and cut your fatty food intake.
  • Avoid smells and foods that make you feel nauseated. Citrus juice, milk, coffee, and caffeinated tea commonly make nausea worse.
  • If you are taking iron supplements, ask your doctor if they are necessary. Iron can make nausea worse.
  • Get lots of rest. Stress and fatigue can make morning sickness worse.


atau di sini dan sini

ketika hamil anak kedua, saya cuba yakinkan diri saya bahawa gejala tersebut boleh dikawal secara psikologi. ia berlaku kerana kita telah lama dimomokkan bahawa permulaan hamil akan disertai gejala mual, mabuk dan muntah. ia hanyalah mainan perasaan. jika kita tidak memikirkan tentangnya, ia tidak akan terjadi pada kita. alhamdulillah... saya benar2 dapat menepis tanggapan kebiasaan ibu hamil dan tidak pernah lagi mengalami situasi mual, mabuk dan muntah sejak anak kedua sehingga sekarang, anak ke 5.

Bagaimana pula pengalaman anda? Yang pasti kehadiran si comel dalam rahim memberi pengalaman terindah dalam hidup sebagai seorang ibu. setuju?



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Sejauh mana kepentingan kalsium dalam kehamilan



salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. 
hari ini dah masuk 8 minggu kehamilan. masih belum pergi scan dan daftar buku merah. kalau boleh nak scan awal nih utk tahu di mana letak duduknya janin kita samada di tempat yang betul atau di tempat yang tidak sepatutnya. Next biasanya minggu ke 18 hingga 21. masa ni dah boleh tengok jantina lelaki atau perempuan. biasanya doktor dah boleh tengok tahap kesihatan janin waktu ini dan akan ulang scan pada usia 31 minggu jika ada sebarang masalah. jika tak ada masalah pada janin maksudnya formation jantung ok dll jadi tak ada scan 31 minggu tu. tapi saya mesti buat pada waktu tu kerana ada history anak OKU sebelum ini jadi setiap anak selepas itu akan diwajibkan detail scan pada minggu 31. 

okeh kita berbalik pada cerita kepentingan kalsium utk hamil... sejauh mana kepentingan kalsium dalam kehamilan biasanya jarang diberi penekanan. biasa yang kita dengar ialah asid folik. adakah kalsium tidak memainkan peranan penting? 
Ketika perkembangan janin berlaku, kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, jantung serta saraf berfungsi dengan sempurna dan juga membina otot yang sihat. selain dari itu ia berperanan utk mengawal degup jantung yang normal serta  membantu keupayaan darah utk membeku. 


Sejauh mana kepentingan kalsium dalam kehamilan?
pembentukan tulang janin memerlukan kalsium yang diambil dari tulang ibu. maka kekurangan bekalan kalsium ketika hamil menyebabkan kalsium si ibu sendiri terhakis, jisim tulang menyusut dan akan menjejaskan kesihatan ibu iaitu berisiko menghidap osteoporosis. tulang akan lemah, rapuh dan mudah patah. dikatakan kehamilan merupakan tempoh kritikal dimana ibu perlu mengambil lebih sumber kalsium utk mengelakkan kekurangan bekalan kalsium utk tumbesaran janin dan mengelakkan risiko osteoporosis di masa akan datang. jika bekalan kalsium langsung tidak mencukupi untuk menampung keperluan ibu dan janin maka kesihatan kedua2nya akan terjejas untuk jangkamasa panjang. 


Apakah tanda kekurangan kalsium berlaku ketika hamil? 
Dari pengalaman saya sendiri apa yang berlaku ialah kekejangan kaki yang biasanya berlaku ketika tidur waktu malam dan jika keadaan sejuk. selain dari itu merasa kebas dari pergelangan tangan hingga ke hujung jari-jemari. ini menyukarkan saya untuk menulis dalam tempoh yang lebih lama. 
Gigi mudah rosak dan mereput lebih2 lagi ketika memakan makanan keras seperti kekacang, liat seperti daging dll. selepas bayi lahir, hilang gigi sebatang. kalau 5 orang bayi dah lahir, hilang 5 batang... rongak gigi bila beranak ramai2. susah pula nak makan. lain2 kesan kekurangan kalsium boleh baca di sini





Mengapa Ostematrix menjadi pilihan hati?
- mengandungi vitamin D dan magnesium yang berfungsi utk penyerapan kalsium yang lebih optimum.
- sebatian calcium citrate kerana lebih mudah diserap oleh tubuh


okeh... sekarang sudah jelas kepentingan kalsium dalam tempoh kehamilan. jika sebelum ini kita sering tertumpu kepada perkembangan otak janin tapi kita lupa ada perkara asas yang tidak kurang pentingnya untuk perkembangan janin dan ibu untuk jangkamasa panjang.

sementara promosi ostematrix masih berlangsung anda boleh merebut peluang keemasan ini di sepanjang bulan MAC. owh yaa... selagi stok masih ada... cepat... cepat... cepat.. buat tempahan hari ini juga!





Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Impak kekurang vit C pada bayi dan ibu hamil

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengunjungi maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. terdahulu saya kongsikan tentang keperluan vit C untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. hari ini kita lihat bagaimana kekurangan vit C memberi impak buruk buat ibu dan bayi



Keperluan vit C yang cukup sangat penting ketika hamil kerana dalam satu kajian oleh University of Copenhagen mendapati perkembangan otak bayi akan terjejas dan tidak dapat dibaikpulih selepas kelahiran. vit C sangat pentind dalam diet ibu hamil kerana ia memainkan peranan utk membentuk  kesihatan bayi sejak dalam kandungan lagi. kekurangan vit c juga dikatakan boleh menjurus kepada kelahiran pramatang. 

bagi ibu hamil pula, kekurnagan vit C akan mengakibatkan keletihan, luka yang lambat sembuh serta tahap kesihatan yang menyusut selain mudah diserang penyakit berjangkit. ibu2 hamil juga mungkin mengalami bengkak gusi atau gusi berdarah sekiranya kekurangan vit C.

keistimewaan vit C shaklee ialah bersifat sustained release dimana khasiat 100mg vit C dirembeskan setiap sejam sekali. ini bagi memastikan tubuh sentiasa berupaya melawan penyakit berjangkit dan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. 

oleh kerana keperluan vit C amat penting untuk perkembangan otak bayi sejak dalam rahim lagi maka sewajarnya ibu2 hamil mengambil berat tentnag keperluan vit C dalam diet harian. tiba2 pulak seram. sebelum ini saya cuma concern tentang kekurangan asid folik terhadap bayi tapi tidak menyedari yang kekurangan vit C juga akan beri impak buruk pada bayi. saya juga concern tentang keperluan vit C utk kesihatan peparu bayi kerana ramai ibu2 bersuamikan perokok jadi kekerapan menghidu asap rokok akan mengakibatkan peparu bayi bermasalah. 

sekian dulu untuk entry kali ini. next saya cerita tentang vitalea dan kepentingannya utk ibu hamil. 
mai singgah tau... daa... 


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Supplement asas utk ibu hamil.

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom - rakan nutrisi anda.

kebelakangan ini saya banyak menerima pertanyaan tentang kepentingan supplement dari ibu2 hamil dan ibu2 yang sedang bersedia menghadapi tempoh berpantang. secara jujurnya saya gembira dengan perkembangan ini dimana ibu2 telah membuka minda utk mengamalkan pengambilan supplement atas kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan demi bayi yang dikandung.

penerimaan ibu2 masa kini semakin baik memandangkan banyak info tentang kepentingan supplement utk ibu hamil yang dikongsi di internet dan bahan bacaan lain. berbanding dengan ibu2 zaman ibu dan tok nenek kita, mereka telah mengandaikan pengambilan supplement akan menjadikan baby gemuk sehingga menyukarkan kelahiran dan mengakibatkan pembedahan. walaupun masih ada segelintir ibu2 yang masih berpegang pada kenyataan ini tetapi sedikit demi sedikit ianya berjaya dikikis dan akhirnya lebih ramai ibu2 yang mengambil langkah positif tentang pengambilan supplement sewaktu tempoh kehamilan.

semasa anda menghadiri check-up di sepanjang tempoh hamil, anda akan dibekalkan dengan vitamin seperti asid folik, vit c dan zat besi. ini bagi memastikan ibu berada dalam keadaan sihat serta dapat menyalurkan kebaikan semua khasiat vitamin tersebut kepada bayi disepanjang tempoh kehamilan iaitu

asid folik : mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida (penutupan saraf tunjang pada tulang belakang yang tidak lengkap), anencephaly (otak yang tidak terangsang utk berkembang) dan encephalocele (tisu otak menonjol kepada kulit dari pembukaan abnormal dalam tengkorak).

vitamin C : diperlukan utk menukar asid folik ke bentuk aktif serta meningkatkan penyerapan zat besi. ia juga bertindak menghasilkan kolagen yang memberi struktur kepada rawan, otot dan tulang janin utk terbentuk. apa yang lebih penting ialah ia juga merangsang antibodi yang membantu melawan jangkitan dan penyakit. ia juga bagi memastikan bayi lahir dengan berat badan yang mencukupi. kekurangan vit C boleh mengakibatkan kelahiran bayi pramatang.

zat besi : berfungsi sebagai pengangkut oksigen di dalam badan. semasa hamil keperluan zat besi berganda untuk menampung keperluan ibu dan bayi terutama utk trimester ke dua dan tiga. kekurangan zat besi mengakibatkan ibu hamil letih, pucat dan terdedah kepada jangkitan penyakit. ibu yang mengalami anemia kerana kekurangan zat besi boleh mendapat serangan sawan ketika melahirkan. kekurangan zat besi ini akan merangsang naluri "mengidam" si ibu hamil.




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

shaklee istimewa... lain dari yang lain.

salam sejahtera salam satu malaysia
sudah petang baru nak update blog. hoho... jadi saya tak hidangkan entry berat lah yer... dah mood nak balik rumah nih. nak celoteh pepanjangkan terlepas komuter plak nanti. topik ringan hari ini ialah keistimewaan shaklee yang menjadikan ia lain dari yang lain.

saya pasti anda telah jelas mengapa Shaklee menjadi pilihan ramai kini. Shaklee dijamin sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan semulajadi. Bukti kajian klinikal yang telah di jalankan terhadap setiap produk menunjukkan betapa Shaklee menjaga kualiti setiap produknya. 


bagi anda yang berminat utk mendapatkan khidmat nasihat pemakanan atau pandangan tentang keperluan makanan tambahan boleh hubungi saya utk info lanjut.
akhir kata ..." changing brands can change your life... " semoga kita mendapat manfaat darinya... insya-Allah.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...