Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Supplement asas utk ibu hamil.

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom - rakan nutrisi anda.

kebelakangan ini saya banyak menerima pertanyaan tentang kepentingan supplement dari ibu2 hamil dan ibu2 yang sedang bersedia menghadapi tempoh berpantang. secara jujurnya saya gembira dengan perkembangan ini dimana ibu2 telah membuka minda utk mengamalkan pengambilan supplement atas kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan demi bayi yang dikandung.

penerimaan ibu2 masa kini semakin baik memandangkan banyak info tentang kepentingan supplement utk ibu hamil yang dikongsi di internet dan bahan bacaan lain. berbanding dengan ibu2 zaman ibu dan tok nenek kita, mereka telah mengandaikan pengambilan supplement akan menjadikan baby gemuk sehingga menyukarkan kelahiran dan mengakibatkan pembedahan. walaupun masih ada segelintir ibu2 yang masih berpegang pada kenyataan ini tetapi sedikit demi sedikit ianya berjaya dikikis dan akhirnya lebih ramai ibu2 yang mengambil langkah positif tentang pengambilan supplement sewaktu tempoh kehamilan.

semasa anda menghadiri check-up di sepanjang tempoh hamil, anda akan dibekalkan dengan vitamin seperti asid folik, vit c dan zat besi. ini bagi memastikan ibu berada dalam keadaan sihat serta dapat menyalurkan kebaikan semua khasiat vitamin tersebut kepada bayi disepanjang tempoh kehamilan iaitu

asid folik : mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida (penutupan saraf tunjang pada tulang belakang yang tidak lengkap), anencephaly (otak yang tidak terangsang utk berkembang) dan encephalocele (tisu otak menonjol kepada kulit dari pembukaan abnormal dalam tengkorak).

vitamin C : diperlukan utk menukar asid folik ke bentuk aktif serta meningkatkan penyerapan zat besi. ia juga bertindak menghasilkan kolagen yang memberi struktur kepada rawan, otot dan tulang janin utk terbentuk. apa yang lebih penting ialah ia juga merangsang antibodi yang membantu melawan jangkitan dan penyakit. ia juga bagi memastikan bayi lahir dengan berat badan yang mencukupi. kekurangan vit C boleh mengakibatkan kelahiran bayi pramatang.

zat besi : berfungsi sebagai pengangkut oksigen di dalam badan. semasa hamil keperluan zat besi berganda untuk menampung keperluan ibu dan bayi terutama utk trimester ke dua dan tiga. kekurangan zat besi mengakibatkan ibu hamil letih, pucat dan terdedah kepada jangkitan penyakit. ibu yang mengalami anemia kerana kekurangan zat besi boleh mendapat serangan sawan ketika melahirkan. kekurangan zat besi ini akan merangsang naluri "mengidam" si ibu hamil.




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...