Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Gejala mual, mabuk & muntah di awal kehamilan.


Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
Hari ini saya ingin bincangkan tentang gejala mual, mabuk dan muntah diawal kehamilan. Kebiasaannya di panggil "morning sickness" dan berlangsung pada awal kehamilan.  ada juga sesetengah ibu yang mengalami gejala mual, mabuk dan muntah ini sehingga menjejaskan kesihatan dan terpaksa bermalam di hospital untuk pengawasan doktor. Mujur dalam tempoh hamil kelima-lima anak saya, hanya sekali sahaja saya mengalami simptom tersebut iaitu ketika hamil anak pertama. pada awal kehamilan tersebut saya alah pada bau menumis, wap nasi panas dan berasa mual pada waktu petang. kebanyakan masanya makan di kedai jadi hanya beberapa kali dapur berasap. yang peliknya bila tukang masak kedai menumis, tak ada pun rasa mual tu... hahaha... memang saja nak makan di luar agaknya tu. alhamdulillah keadaan mual dan mabuk hanya berlangsung dalam trimester pertama.

Punca gejala ini mungkin akibat dari perubahan hormon yang menyebabkan deria bau berasa sensitif terhadap aroma. ada beberapa cara untuk mengurangkan rasa mual, mabuk dan muntah tersebut.
Antaranya ialah tidak membiarkan perut terlalu kosong dan sentiasa bersedia dengan snek seperti roti atau biskut. ramai ibu2 yang selesa dengan makanan atau minuman yang sedikit masam sebagai penawar situasi tersebut tetapi anda perlu mengelakkan pengambilan asam atau jeruk kerana ia tidak berkhasiat. anda boleh jadikan cadangan dibawah sebagai panduan :


  • Keep food in your stomach but not too much. An empty stomach can make nausea worse. Eat several small meals every day instead of three large meals.
  • For morning nausea, eat a small snack (like crackers) before you get out of bed. Allow a few minutes for the snack to digest, then get out of bed slowly.
  • Stay hydrated. Drink a lot of fluids. Try a sports hydration drink, as well as water, broth, or juice.
  • Eat more protein, and cut your fatty food intake.
  • Avoid smells and foods that make you feel nauseated. Citrus juice, milk, coffee, and caffeinated tea commonly make nausea worse.
  • If you are taking iron supplements, ask your doctor if they are necessary. Iron can make nausea worse.
  • Get lots of rest. Stress and fatigue can make morning sickness worse.


atau di sini dan sini

ketika hamil anak kedua, saya cuba yakinkan diri saya bahawa gejala tersebut boleh dikawal secara psikologi. ia berlaku kerana kita telah lama dimomokkan bahawa permulaan hamil akan disertai gejala mual, mabuk dan muntah. ia hanyalah mainan perasaan. jika kita tidak memikirkan tentangnya, ia tidak akan terjadi pada kita. alhamdulillah... saya benar2 dapat menepis tanggapan kebiasaan ibu hamil dan tidak pernah lagi mengalami situasi mual, mabuk dan muntah sejak anak kedua sehingga sekarang, anak ke 5.

Bagaimana pula pengalaman anda? Yang pasti kehadiran si comel dalam rahim memberi pengalaman terindah dalam hidup sebagai seorang ibu. setuju?



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Sejauh mana kepentingan kalsium dalam kehamilan



salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. 
hari ini dah masuk 8 minggu kehamilan. masih belum pergi scan dan daftar buku merah. kalau boleh nak scan awal nih utk tahu di mana letak duduknya janin kita samada di tempat yang betul atau di tempat yang tidak sepatutnya. Next biasanya minggu ke 18 hingga 21. masa ni dah boleh tengok jantina lelaki atau perempuan. biasanya doktor dah boleh tengok tahap kesihatan janin waktu ini dan akan ulang scan pada usia 31 minggu jika ada sebarang masalah. jika tak ada masalah pada janin maksudnya formation jantung ok dll jadi tak ada scan 31 minggu tu. tapi saya mesti buat pada waktu tu kerana ada history anak OKU sebelum ini jadi setiap anak selepas itu akan diwajibkan detail scan pada minggu 31. 

okeh kita berbalik pada cerita kepentingan kalsium utk hamil... sejauh mana kepentingan kalsium dalam kehamilan biasanya jarang diberi penekanan. biasa yang kita dengar ialah asid folik. adakah kalsium tidak memainkan peranan penting? 
Ketika perkembangan janin berlaku, kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, jantung serta saraf berfungsi dengan sempurna dan juga membina otot yang sihat. selain dari itu ia berperanan utk mengawal degup jantung yang normal serta  membantu keupayaan darah utk membeku. 


Sejauh mana kepentingan kalsium dalam kehamilan?
pembentukan tulang janin memerlukan kalsium yang diambil dari tulang ibu. maka kekurangan bekalan kalsium ketika hamil menyebabkan kalsium si ibu sendiri terhakis, jisim tulang menyusut dan akan menjejaskan kesihatan ibu iaitu berisiko menghidap osteoporosis. tulang akan lemah, rapuh dan mudah patah. dikatakan kehamilan merupakan tempoh kritikal dimana ibu perlu mengambil lebih sumber kalsium utk mengelakkan kekurangan bekalan kalsium utk tumbesaran janin dan mengelakkan risiko osteoporosis di masa akan datang. jika bekalan kalsium langsung tidak mencukupi untuk menampung keperluan ibu dan janin maka kesihatan kedua2nya akan terjejas untuk jangkamasa panjang. 


Apakah tanda kekurangan kalsium berlaku ketika hamil? 
Dari pengalaman saya sendiri apa yang berlaku ialah kekejangan kaki yang biasanya berlaku ketika tidur waktu malam dan jika keadaan sejuk. selain dari itu merasa kebas dari pergelangan tangan hingga ke hujung jari-jemari. ini menyukarkan saya untuk menulis dalam tempoh yang lebih lama. 
Gigi mudah rosak dan mereput lebih2 lagi ketika memakan makanan keras seperti kekacang, liat seperti daging dll. selepas bayi lahir, hilang gigi sebatang. kalau 5 orang bayi dah lahir, hilang 5 batang... rongak gigi bila beranak ramai2. susah pula nak makan. lain2 kesan kekurangan kalsium boleh baca di sini





Mengapa Ostematrix menjadi pilihan hati?
- mengandungi vitamin D dan magnesium yang berfungsi utk penyerapan kalsium yang lebih optimum.
- sebatian calcium citrate kerana lebih mudah diserap oleh tubuh


okeh... sekarang sudah jelas kepentingan kalsium dalam tempoh kehamilan. jika sebelum ini kita sering tertumpu kepada perkembangan otak janin tapi kita lupa ada perkara asas yang tidak kurang pentingnya untuk perkembangan janin dan ibu untuk jangkamasa panjang.

sementara promosi ostematrix masih berlangsung anda boleh merebut peluang keemasan ini di sepanjang bulan MAC. owh yaa... selagi stok masih ada... cepat... cepat... cepat.. buat tempahan hari ini juga!





Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...