Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Gejala mual, mabuk & muntah di awal kehamilan.


Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
Hari ini saya ingin bincangkan tentang gejala mual, mabuk dan muntah diawal kehamilan. Kebiasaannya di panggil "morning sickness" dan berlangsung pada awal kehamilan.  ada juga sesetengah ibu yang mengalami gejala mual, mabuk dan muntah ini sehingga menjejaskan kesihatan dan terpaksa bermalam di hospital untuk pengawasan doktor. Mujur dalam tempoh hamil kelima-lima anak saya, hanya sekali sahaja saya mengalami simptom tersebut iaitu ketika hamil anak pertama. pada awal kehamilan tersebut saya alah pada bau menumis, wap nasi panas dan berasa mual pada waktu petang. kebanyakan masanya makan di kedai jadi hanya beberapa kali dapur berasap. yang peliknya bila tukang masak kedai menumis, tak ada pun rasa mual tu... hahaha... memang saja nak makan di luar agaknya tu. alhamdulillah keadaan mual dan mabuk hanya berlangsung dalam trimester pertama.

Punca gejala ini mungkin akibat dari perubahan hormon yang menyebabkan deria bau berasa sensitif terhadap aroma. ada beberapa cara untuk mengurangkan rasa mual, mabuk dan muntah tersebut.
Antaranya ialah tidak membiarkan perut terlalu kosong dan sentiasa bersedia dengan snek seperti roti atau biskut. ramai ibu2 yang selesa dengan makanan atau minuman yang sedikit masam sebagai penawar situasi tersebut tetapi anda perlu mengelakkan pengambilan asam atau jeruk kerana ia tidak berkhasiat. anda boleh jadikan cadangan dibawah sebagai panduan :


  • Keep food in your stomach but not too much. An empty stomach can make nausea worse. Eat several small meals every day instead of three large meals.
  • For morning nausea, eat a small snack (like crackers) before you get out of bed. Allow a few minutes for the snack to digest, then get out of bed slowly.
  • Stay hydrated. Drink a lot of fluids. Try a sports hydration drink, as well as water, broth, or juice.
  • Eat more protein, and cut your fatty food intake.
  • Avoid smells and foods that make you feel nauseated. Citrus juice, milk, coffee, and caffeinated tea commonly make nausea worse.
  • If you are taking iron supplements, ask your doctor if they are necessary. Iron can make nausea worse.
  • Get lots of rest. Stress and fatigue can make morning sickness worse.


atau di sini dan sini

ketika hamil anak kedua, saya cuba yakinkan diri saya bahawa gejala tersebut boleh dikawal secara psikologi. ia berlaku kerana kita telah lama dimomokkan bahawa permulaan hamil akan disertai gejala mual, mabuk dan muntah. ia hanyalah mainan perasaan. jika kita tidak memikirkan tentangnya, ia tidak akan terjadi pada kita. alhamdulillah... saya benar2 dapat menepis tanggapan kebiasaan ibu hamil dan tidak pernah lagi mengalami situasi mual, mabuk dan muntah sejak anak kedua sehingga sekarang, anak ke 5.

Bagaimana pula pengalaman anda? Yang pasti kehadiran si comel dalam rahim memberi pengalaman terindah dalam hidup sebagai seorang ibu. setuju?



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...