Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Perut sebu / Kembung ibu hamil

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar anda hari ini? baik ibu hamil, berpantang dan menyusukan saya titipkan doa agar beroleh kemudahan dalam menjalani tugas harian dan bersabar dengan segala dugaan dan rintangan. semoga kita menjadi ibu dan isteri yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam dan lebih bagus lagi pada hari esok.


hari ini sedikit perkongsian tentang penjagaan kesihatan ibu hamil. Isnin yang lalu saya agak sibuk jadi saya duduk makan tengahari jam 2.30 petang. saya tidak menghadapi masalah sehinggalah waktu makan malam selepas pulang dari kerja. oleh kerana dah lewat tak sempat masak maka makan di kedai sahaja. selepas makan bergegas pulang ke rumah untuk solat fardhu maghrib. di sinilah ceritanya bermula....

saya rasa sebu perut ketika sampai di rumah. nak solat pun rasa mengah. saya cadang nak solat isyak tapi perut masih sebu tak senang duduk dibuatnya. saya tangguhkan solat dan keluar utk urusan penghantaran tempahan shaklee pelanggan. pulang ke rumah setelah selesai urusan baru saya solat tapi masih sebu tak surut. biasanya kalau sebu/kembung nih boleh baik dengan sendawa dan kentut. mujur saya ada peppermint ginger plus jadi saya telan 2 biji. alhamdulillah lega sikit dan boleh tido.



walau pun sedikit lega tapi malam tu tido tak berapa lena. keesokan paginya gagah juga pergi klinik. kot laa dapat MC... hehehe... tak... tak... saya tak mintak MC pun cuma mintak khidmat nasihat. ini apa yang doktor pesan.

  • makan ikut waktu pada sela masa yang tidak terlalu lama
  • jika perut kosong atau sangat lapar elakkan makanan masam dan minuman sejuk
  • amalkan pengambilan air panas / suam ketika perut kosong
  • jangan makan makanan pedas, berlemak atau berminyak serta yang berempah
  • sentiasa ada snek sihat contoh buah, biskut jika terasa lapar
  • jangan skip waktu makan dan jika terlewat pastikan makanan / minuman masih panas
 itulah antara nasihat doktor yang boleh saya kongsikan. bila diingat semula memang salah saya pun. ketika perut mula terasa lapar saya biar jer sebab ada urusan. selesai urusan pada jam 2.30 ptg baru saya makan. saya mulakan makan dengan buah mangga lemak. mmg masam lemak manis sikit tapi ok jer. lepas tu makan rojak petis dan makan nasi. petang waktu dinner tu saya order air epal ais pulak... masam boleh tahan... itu yang seksa rasanya masa nak solat maghrib. sebu perut saya. sangatlah tidak selesa. mujur ada peppermint ginger plus utk kelegaan sementara.

perut ibu hamil dan berpantang lazimnya memang sensitif jadi mulai sekarang kena pantau makan apa dan waktu bila nak kena makan. semoga perkongsian ini dapat ibu2 jadikan panduan di sepanjang kehamilan, berpantang dan menyusukan lebih2 lagi di sepanjang Ramadhan.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...