Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Krisis Penyembuhan / Healing crisis

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

saya nak citer sedikit tentang krisis penyembuhan atau healing crisis. kebanyakan mereka yang baru pertama kali mengambil makanan tambahan akan mengalami gejala seperti pening, mengantuk, ditumbuhi jerawat... dan beberapa hal lagi yang mana menimbulkan rasa kurang senang. berikut adalah penjeleasan tentang krisis penyembuhan dari buku nutrisi Shaklee :


Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. makanan tambahan dalam diet harian membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

jom tengok tanda2 krisis penyembuhan.



Anda tak perlu bimbang dengan krisis penyembuhan. ia bukanlah kesan berpanjangan. bagi menadapatkan kelegaan segera, anda dicadangkan agar meningkatkan kadar pengambilan air masak sehingga 3L sehari atau lebih... mengikut keperluan dan kesesuaian anda. beri masa untuk penyesuaian khasiat makanan tambahan ke seluruh badan anda. selepas itu anda tentu akan rasa lebih sihat dan ceria.



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...