Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Ekzema, alergi dan kepentingan susuibu

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
Diam tak diam anak bongsu saya bakal mencecah usia 8 bulan. dah mula makan makanan pejal tapi masih lagi kerap menyusu. Alhamdulillah setakat ini tidak mengalami masalah kulit.


Hari ini saya ingin membawa anda untuk bersama2 memahami asas alergi makanan yang menjadi punca ekzema. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu melindungi anak anda daripada elergi yang bukan sahaja membawa penderitaan kepada anak anda tetapi seisi keluarga.pengurusanalergi memerlukan wang, masa dan tenaga. Mari kita terlebih dahulu memahami punca masalah elergi.

Asas alergi makananAdakah anak saya berisiko mengalami alergi makanan?
Alergi makanan semakin kerap terjadi dan amat merungsingkan. Walaupun alergi makanan tidak dibatasi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mencapai umur persekolahan akan tetap ramai yang mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yang mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Risiko menghidap alergi berdasarkan sejarah keluarga:
Kedua2 ibu bapa tiada alergi – anak hadapi 5-15% risiko alergi
Salah seorang ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 20-40% risiko alergi
Kedua2 ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 40-60% risiko alergi (50-80% jika ibu bapa mempunyai tanda alergi yang sama)

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?
Lazimnya, sistem imun akan menyerang bakteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

Apakah tanda2 alergi makanan?
Tandanya terdiri daripada gatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut.

Mengapa pencegahan alergi penting?
Tiada penawar sebenar pada elergi. Justeru itu adalah wajar untuk mencegah alergi terutamanya di kalangan bayi dan kanak2. Kes alergi semakin meningkat menunjukkan bahawa ia merupakan masalah besar pada peringkat kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 kepada alergi yang lain. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

Langkah melindungi anak daripada mengalami alergi.
Cara yang paling baik ialah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber penting antibodi yang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)
Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :
*tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda.
*sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
*susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.
*makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.
*kurangkan habuk di dalam rumah.
*jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.
*jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

Fakta dan hasil penyelidikan mengenai alergi.
Usus adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.
 Selain berfungsi sebagai organ penghadaman, usus kita mengandungi hampir 80% daripada semua sel penghasil antibody dalam tubuh,menjadikan usus kita organ imun yang terbesar. Usus kita juga diduduki oleh trillion bacteria yang merangkumi bacteria bermanfaat dan juga bacteria merbahaya. Kedua2nya membentuk mikroflora usus, yang selain daripada menjaga kesihatan am, ia juga memainkan peranan penting dalam pencegahan alergi.

Bifidobakteria, sejenis bacteria bermanfaat.
Pada masa kelahiran, usus bayi adalah steril tetapi selepas beberapa jam sahaja usus bayi tersebut akan diduduki oleh mikroorganisma dari salur kelahiran ibunya serta dari persekitaran. Bayi yang diberi susuibu secara eksklusif mendapat sejenis bacteria bermanfaat iaitu bifidobakteria, menjadi dominan dan akhirnya merangkumi 99% daripada jumlah bacteria pada usus.

Peranan penting Bifidobakteria dalam pencegahan alergi.
Semasa dilahirkan, sistem imun anak masih belum matang dan mudah diserang oleh jangkitan dan alergi. Bifidobakteria merangsang kematangan dan fungsi sistem imun usus anak anda. Didapati kanak2 kecil yang mengalami alergi mempunyai mempunyai kurang bifidobakteria berbanding dengan mereka yang tidak menghidap alergi.Tambahan lagi, bifidobakteria juga memberi perlindungan terhadap jangkitan usus yang disebabkan oleh bacteria merbahaya. Satu contoh jangkitan tersebut ialah gastroenteritis yang membawa kepada penyakit cirit- birit.Cirit –birit masih merupakan penyebab utama kematian bayi di kebanyakan negara yang kurang maju.

Antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti didalam menjejaskan populasi Bifidobakteria:
Cara kelahiran:
Flora yang terdapat pada usus, kulit dan vagina ibu merupakan sumber bacteria yang akan menduduki usus bayi yang baru lahir. Justeru, cara kelahiran mempengaruhi mikroflora bayi. Didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean, dimana tiada penyentuhan dengan flora yang terdapat pada vagina dan najis ibu, akan mengalami penangguhan dalam pembentukan mikroflora usus normal. Mikroflora ini tetap terganggu sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah caesarean juga mempunyai kurang bifidobakteria, terutamanya jika mereka tidak diberi susu ibu ataupun menerima susu ibu untuk jangkamasa yang amat singkat.

Memperkenalkan makan pejal:
Bilamana makanan pejal diperkenalkan, terdapat perubahan dalam mikroflora usus dan bilangan bifidobakteria didapati menurun. Semasa memperkenalkan makanan pejal kepada bayi,dimana peringkat ini merupakan peringkat yang berisiko tinggi kerana makanan baru yang diperkenalkan bayi secara lazimnya akan membawa kepada risiko alergi pada makanan.

Bagi mengatasi masalah populasi Bifidobakteria, ianya dapat dipulihkan dengan zat-zat bifidogenik atau probiotik diamana susuibu mempuyai bifidogenik istimewa yang menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria. Sebagai contoh, susu ibu mengandungi laktosa tinggi, fosforus rendah dan kualiti protein yang baik. Dan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan dan seterusnya tidak dapat menyusukan bayi mereka, rumusan bayi yang telah ditambah zat-zat bifidogenik ini boleh diberikan kepada bayi mereka.

Probiotik adalah kultur hidup bacteria bermanfaat yang digunakan sebagai ramuan makanan. Bilamana ianya diambil, bakteria yang bermanfaat ini dapat menjaga kesihatan kepada hos, yang merangkumi:
Perlindungan terhadap penyakit-penyakit alergi.
• Perlindungan terhadap jangkitan usus yang mungkin membawa cirit-birit.
• Membantu dalam penyerapan mineral.
• Membantu dalam penghasilan vitamin B dan K.
Sebagai contoh yang baik bakteria probiotik ialah bifidobakteria, yang ditambah kedalam makanan kanak-kanak seperti susu, yogurt dan minuman yogurt. Kajian secara klinikal juga menunjukkan bahawa bifidobakteria telah mambantu memperbaiki kesihatan usus serta mengatasi masalah didalam pembuangan air besar bayi dan kanak-kanak kecil.

Apakah Asid Dokosaheksaeniok (DHA) dan peranannya dalam pencegahan alergi?Asid Dokosaheksaeniok atau singkatannya (DHA) adalah asid lemak politaktepu yang berangkaian panjang, dimana DHA juga bukan sahaja diperlukan untu perkembangan otak dan penglihatan yang optimum bahkan ianya juga membantu dalam respons imun anak dengan cirri-ciri anti-radangnya yang kuat. Didalam dua kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pemberian minyak ikan yang kaya dengan DHA kepada bayi pada tahun pertama,dapat mengurangkan risiko rhinitis alergik serta asma sehingga umur 4 tahun. (mujur ada Shaklee Omega Guard)
TRIVIA:Seratus tahun telah pun berlalu sejak perkataan “alergi” dicipta pada tahun 1906 tetapi kita masih belum menemui penawar untuknya. Justeru pencegahan adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk member anak-anak mereka kehidupan yang bebas daripada alergi.

sumber : artikel "alergy pemakanan" terbitan Malaysian Society of Allergy & Immunology

Selamat pengantin baru hanya untuk 2 minggu

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
walaupun agak terlewat tapi saya ingin berkongsi untuk tatapan ramai.

tak tau mana nak mula. saya nak cerita tentang model shaklee saya iaitu mak saya sendiri. Mac 2014 yang lalu, mak khabarkan kepada kami yang hatinya terbuka untuk berkahwin buat kali kedua setelah lama menyendiri sejak pemergian abah pada  Jan 2006. saya gembira dan menyambut baik niat mak saya. sekurang-kurangnya ada peneman sakit pening mak nanti. mak saya nampak sihat cergas sejak mengamalkan Ostematrix, Omega Guard, Vitalea dan B comp. ketika ke hospital untuk saringan HIV, nurse pun terkejut umur mak sebenarnya dah 69 tahun tapi gayanya mcm muda 10 tahun. Sepanjang pengetahuan saya, tekanan darah tinggi mak terkawal dan doktor beransur2 mengurangkan dos ubat darah tinggi. alhamdulillah satu perkembangan yang baik.

tanggal 19 April 2014 mak saya selamat diijab kabulkan dengan bak atau nama penuhnya bahtiar bin jalil. mak nampak gembira pada hari tersebut. bak control macho mungkin... yerlah malam pertama dengan orang baru. usai majlis pernikahan di masjid kempas, jamuan makan berlangsung di rumah skudai. hampir kesemua tetamu yang datang adalah warga emas. cuma sebuah kenduri kecil2an menjemput jiran2 setaman dan saudara mara terdekat. sahabat2 yang saya jemput pun hanya dua orang yang datang. nak jemput ramai2 nanti rasa bersalah pula sebab bukan majlis sendiri... huhuhu... tetamu yang hadir mengucapkan tahniah... mak kata rasanya mcm main pondok2 atau main mak2. tak pernah terjangka akan berkahwin sekali lagi pada usia yang agak lanjut. kuasa Allah... perancang yang maha hebat.

bersama mak ngah di luar masjid menanti kadhi. 


bersama adik-beradik tiri (all in red)

hari tersebut merupakan kali ketiga saya bertemu bak. pertemuan pertama adalah 3 minggu sebelum majlis berlangsung. kebetulan balik menjenguk mak jadi saya minta bak datang sebab nak berkenalan. kali kedua ketika beberapa hari sebelum majlis untuk berbincang seketika perihal hari bersejarah tersebut. pendek kata memang belum betul2 mengenali bak secara dekat.

tanggal 1 May 2014 mak memberitakan bak ditahan di CCU (coronary care unit) hosp sultan ismail. kebetulan saya berada di rumah mertua di muar untuk meneruskan perjalanan ke kota tinggi menghadiri majlis kawen sepupu suami. doa saya bak segera sembuh. sampai di hospital rupanya bak ditidurkan. mak kata doktor suruh rest. bak didapati tertekan. tak pasti apa yang bak risaukan dan banyak fikiran. bak bernafas menggunakan bantuan mesin dan pernafasannya seperti direnggut sehingga terangkat dadanya dari katil. seksa benar saya rasa pernafasannya bagai dipaksa2. sedih... speechless... saya tanya nurse apa kemungkinan yang ada... katanya dah bagi ubat dengan dos paling tinggi, ubat paling kuat... tunggu saja. apa yang boleh dibuat sekarang baca yassin. termenung sekejap.... otak mcm tak boleh nak proses. penat berkenduri masih terasa2 namun saya pasrah apa jua keadaanya cuma saya amat berharap dan berdoa bak akan sihat dan dapat pulang ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa di samping mak saya.

sebaik mana kita merancang namun Allah jua yang menentukan. Bak menghembuskan nafas terakhir pada 3 May jam 10++ mlm yang mana ketika itu saya sudah berada di muar semula. usai subuh keesokkannya saya dan suami kembali semula ke johor bahru utk menatap wajah bak buat kali terakhir. walaupun perkenalan terlalu singkat dan tak sempat nak bermesra tapi saya pasti ada hikmah diatas pernikahan ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana adik-beradik tiri bersedia menerima tanggunjawab menjaga mak saya sebaiknya. Maha suci Allah yang telah mengaturkan hari2 tua mak saya insya-Allah ada orang terdekat yang akan mengambil berat tentangnya. semoga hanya Allah jua yang membalas segala budi baik saudara2 tiri saya. Insya-Allah...

akhir kata, saya mohon anda yang meniti sehingga ke bait terakhir ini untuk sedekahkan alfatihah buat ayah tiri saya, bahtiar bin jalil dan arwah ayah saya hamzah bin ahmad. semoga mereka tergolong dalam golongan orang2 beriman dan beramal soleh... insya-Allah... al-Fatihah.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

tempoh keberkesanan vitamin shaklee

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
semoga anda sentiasa dalam rahmat Allah. cuti sekolah bakal bermula dan apa rancangan anda sekeluarga? semoga kita dapat mengisi masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

hari ini saya ingin kongsikan tempoh masa untuk supplement bertindak di dalam badan pengguna.
Sekilas fakta:Shaklee adalah antara vitamin yang terawal dalam sejarah supplement. Ianya diperkenalkan oleh doctor yang bernama Dr. Forest C. Shaklee. Beliau mengkaji kepentingan tumbuh2an dan kebaikannya ke atas manusia.

1. Forest C. Shaklee is the founder of vitamin in year 1951- vitamin mineralized
2. Shaklee melakukan klinikal test untuk setiap produknya...
3. Telah lebih 50 tahun dalam pasaran dan ianya diyakini selamat.
4. Ianya murah setanding dengan kualiti...
5. Amalan istiqamah akan membuahkan hasil dan kesan yang ketara.
Supplemen Shaklee adalah vitamin.. yang bertindak secara natural..mari saya share sekali lagi entry lama saya yg menyentuh kenapa ambil supplemen / vitamin perlu diperingkat awal dan perlu kesabaran?

1. Penyerapan vitamin oleh sel akan menjadikan sel itu perlu masa untuk merangsang dan menghasilkan sel yang kuat dan membentuk antibodi.
2. Supplement akan mengisi ruang kekosongan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian.
3. Tindakbalas yang berlaku dalam badan untuk proses penyembuhan adalah secara semulajadi oleh sistem antibodi badan yang secara perlahan2 dibentuk dari pemakanan dan yang dilengkapi melalui makanan tambahan.

kalau ubat pula?..efeknye cepat…(mcm telan panadol tu..cepat surut panas and sakit kepala…kenapa saya kata ubat ade kelemahannya walaupun efeknye cepat?
1. Proses penyembuhan berlaku adalah secara paksaan melalui suntikan ubat kedalam sistem antibodi tubuh.
2. Saraf akan menjadi lemah kerana terlalu bergantung dengan ubat.
3.dalam jangka panjang, antibodi dan saraf kita akan mula lali dengan ubat tersebut maka dos yang lebih tinggi diperlukan oleh memastikan penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.
4. Boleh memberikesan dan impak yang besar kepada buah pinggang serta hati.


Sebab tu saya kataShaklee ni best..dan yang penting kene consistent mkn berterusan.. yelahkan ..kita bukan nak sihat sehari dua jer..jadi pastikan anda sabar di awal2 pengambilannya.dan teruskan lah setia bersama Shaklee...Hasilnya?..berbaloi baloi..

tak perlu saya hurai panjang lebar.. hanya yang dah rasa pasti akan over2 excited.....hihi..bak kata Pn Fida ni..selepas 5 bulan sabar mengambil Shaklee........ Pn Fida,kenalan cyber saya...... besar jugak ujian dan cabaran beliau dlm penyusuan susu ibu.. tak tercerita kat sini.. tapi saya yakin beliau seorang yang tabah... supplemen ni hanya sebahagian dari checklist ..selebihnya terserah kat sendiri.. dan yang pasti rezeki susu ibu itu dari Allah SWT jua..beliau bermula dengan SET B ..kemudian sedikit demi sedikit add on ESP, Omega, Vitamin E, Nutriferon..dan sekarang baru nampak kesannya.. kesannya yang amat mengujakan si ibu dan si anak.....

Mari baca SMS,Puan Fida..

"hi kak..sihat alhamdulillah.. baby pun sihat..fida punya eczema getting better..susu hari2 dpt 150z..alhamdulillah tak pernah kurang dari tu...tulah kak...rasanya dah dekat 5bulan mkn shaklee..baru rasa kesannya..lega sangat.memang tak menyesal pun beli shaklee nih..hihi..dan fida akan teruskan guna sampai bila2... "

Alhamdulillah... semakin ramai yang gembira dengan hasilnya. Jom... sama2 rasai khasiat Shaklee.


Cik Pau (846053)
012.764.0760
bibimie@gmail.com


Mealshake mengimbangi keperluan tubuh si manja.

salam sejahtera salam satu malaysia... selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.  seronoknya berhujung minggu dengan keluarga. paling penting dapat spend more time dengan anak2.

bercakap tentang anak2 yang sedang meningkat dewasa, seringkali kita ditemukan dengan ibu2 yang mengeluh tentang anak2 yang tiada selera makan. hari ini saya kongsikan tentang mealshake yang mana ia sangat membantu untuk meningkatkan selera makan anak2 anda. jom kita baca testimoni rakan saya...

Pn. Yana - anak yang kedua tu tak berapa nak makan. lepas tambah mealshake dalam susu dia pandai minta nak makan. alhamdulillah dah ada selera makan cuma tak larat nak layan tengah2 malam pun minta nak makan nasi. dah nak masuk 3 canister nih tengok budak2 okeh jerk. kalau bagus mmg akan teruskan beli mealshake.




jom kita tengok apa menarik tentang mealshake

Apa itu MealShake?
Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.

Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..
•a wholesome instant breakfast
•a delicious,inexpensive meal in hurry
•a nutrition packed meal supplement
•a detectable snack any time
•an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium


Siapa yang perlukan MealShake?

Basically,ia sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung, menyusu, pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka yg inginkan kulit cantik,ingin kekal sihat) terutamanya yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat. MealShake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

untuk anda yang mengalami masalah kurang berat badan juga boleh mengambil mealshake dalam diet harian. bagi anda yang kurang gemar menelan tablet, mealshake adalah pilihan yang tepat kerana mengandungi vitamin dan zat galian sebagaimana anda mengambil multivitamin.

dapatkan mealshake beli 6 percuma 1 di sepanjang Mei dan nikmati penjimatan yang berbaloi2

Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com


Omega Guard untuk anak2 pintar cerdas.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Pengasih.

selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
sempena 16 Mei 2014 saya nak ucapkan selamat hari pendidik buat pengunjung blog, sahabat handai, saudara mara dll. semoga usaha anda dalam mendidik anak bangsa akan menambahkan pahala berpanjangan.

sempena hari pendidik nih saya nak share tentang Omega. menjadi tenaga pengajar terutama kanak2 yang masih kecil dan perlu dibantu memang sangat2 mencabar. ada yang sampai stress bila anak murid tak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan. sebagai ibu bapa seharusnya kita siap sediakan anak2 kita agar sel2 otak mudah berhubung dan dapat menyerap ilmu bagaikan span... kalau anak2 pintar cerdas mudah laa sikit kerja guru... tak gitu?




Sekilas fakta~Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium. Namun, kenapa kita masih perlu ambil fish oil dalam bentuk kapsul?
1. Ikan2 laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
2. Kita memasak ikan dalam suhu tinggi yang boleh merosakkan khasiat minyak ikan itu sendiri.


gabungan Omega guard dan Mealshakes adalah pilihan terbaik untuk anak anda.semoga dengan perkongsian ini kita dapat membuat pilihan yang terbaik untuk keluarga dan seterusnya untuk masyarakat. insya-Allah...


Cik Pau (846053)
012.764.0760


Omega-3 Fatty Acids: A Novel Fat Burner

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.







hari ini saya nak share satu artikel yang ditulis oleh seorang fitness trainer, Brad Schoenfeld tentang tajuk kat atas nih. boleh baca kat sini. artikel ini membincangkan bagaimana asid lemak omega-3 bertindak mengurangkan lemak2 dalam badan kita serta panduan pengambilan asid lemak omega-3 yang optimum.

ada beberapa testimoni tentang pengurangan berat badan menggunakan omega-3 ini. teman seperjuangan telah sudi berkongsi ceritanya mengurangkan berat badan. sebelum ini mmg beliau fokuskan pada penggunaan lecithin utk mengurangkan berat badan tetapi kesan lebih baik diperolehi bila mula menggantikan lecithin kepada omega guard stelah mendapat maklumbalas dari pelanggan beliau sendiri.

Pengambilan omega guard ialah 3 biji sehari selepas sarapan pagi. tengaharinya beliau cuma mengalas perut dengan ESP + meal shake + performance drink. malam masih lagi kekenyangan kerana kerap minum air. bagaimana boleh kerap minum air? omega guard bersifat panas maka anda akan berasa kehausan. jika anda kekurangan cecair, penggunaan omega guard akan mengakibatkan anda demam. sebab tu untuk kanak2 hanya disarankan seminggu 2 atau 3 kali sahaja. jika ditambah dengan sedikit senaman, pembakaran lemak akan berlaku lebih cepat lagi.










sila hubungi saya melalui email bibimie@gmail.com atau di talian 012.764.07.60 untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut tentang produk... sehingga ketemu lagi...


Promosi istimewa bulan ini

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Sementara promosi beli 6 percuma 1 disepanjang Mei, jom kita tengok khasiat mealshakes untuk keperluan seisi keluarga.



Hanya yang terbaik untuk si manja.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Gabungan mealshake dan omega utk tingkatkan sistem imunisasi tubuh anak2

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
alhamdulillah...dah sampai bulan Rejab kita nih. tak lama lagi datang bulan syaaban dan kemudian menjelmalah ramadhan. dah abis ganti puasa ker bagi yang berkenaan? ramai pelanggan2 shaklee mengamalkan pengambilan supplement 3 serangkai iaitu ESP, Mealshake dan Performance drink diwaktu sahur bagi mengekalkan kecergasan dan stamina hingga ke waktu berbuka. biasalah berpuasa dikala orang lain boleh minum dan makan depan kita mmg satu cabaran besar nak melawan nafsu. macam budak2 pun ada juga dah besar2 pun tak tahan... hahaha...

okehlah... cerita tentang tiga serangkai tu nanti saya kongsikan di lain kesempatan. kali ini saya celah dululah tentang imun sistem anak2 kecil nih yang masih "fragile". sebagai ibu bapa kita cubalah beri yang terbaik utk anak2 supaya dia sihat hati kita pun senang.

 tak lama dahulu saya terbaca status seorang teman di fb tentang keadaan anaknya yang sering sesak nafas dan komplikasi lain. anak2 nih kalau sakit sedikit pun kita dah cuak sebabnya dia kecil lagi tak pandai nak cakap apa. nak luahkan kita pun tak faham tentulah risau dengan keadaannya tu kan.

untuk anak2 saya sangat mengesyorkan pengambilan mealshake dalam diet harian. mealshake merupakan makanan tambahan yang dilengkapi dengan zat galian dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. jom kita tengok apa kata ibu yang telah mencuba utk anaknya.


ada seorang teman sepejabat anaknya eczema. sebelum nih ada cuba herbal blend cream dan bulan depan baru nak cuba mealshake. kebetulan ada juga ibu2 yang merawat eczema anaknya dengan mealshake so boleh laa kita kongsikan kegembiraan mereka.



walaupun telah banyak kita usahakan tapi jangan terlalu cepat mengalah. mungkin penawar penyakitnya dengan shaklee... siapa tahu? kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukannya. segala puji bagi Allah yang maha penyembuh. semoga segala usaha yang dilakukan akan ditemukan dengan penawarnya... insya-Allah.

untuk anda yang ingin mendapatkan produk shaklee sila email saya di bibimie@gmail.com atau sms/call di talian 012.7640.760. semoga kita sama2 mendapat manfaat dari perkongsian ini. insya-Allah...

Panduan memilih supplement

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

hari ini saya ingin bersetuju dengan entry yang dibuat oleh master hadhatina. jom sama2 baca panduan memilih supplement yang beliau kongsikan.

Dewasa ini, pengambilan suplemen (makanan tambahan) bukanlah satu perkara asing bagi kita. Suplemen bertindak untuk membantu mereka yang ada kekangan dalam mengendalikan pembahagian nutrisi yang sihat dan lengkap kepada tubuh. Bukanlah maksudnya mereka ini malas, namun lifestyle masakini yang hectic, ditambah dengan pencemaran di sana sini, cara masak yang kurang betul, menyukarkan kita untuk mendapat nutrisi lengkap tersebut .. bukan kepada kita, malah kepada ahli keluarga kita!

Justeru, suplemen menjadi pilihan. Namun, tahukah anda bagaimana mahu memilih suplemen terbaik buat anda dan keluarga anda? Yelah .. semua brand pun claim diri masing-masing bagus kan? Nah! Jom baca dan fahamkan panduan-panduan berikut :-

1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrum 

Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.


2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi)

Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan.
Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. Bagaimana mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam botol vitamin natural.

3. Reputasi pengeluar jenama vitamin
Sebagai orang kebanyakan kita mungkin tak dapat nak lakukan lab test ke atas setiap vitamin yang kita nak ambil. Oleh itu, reputasi syarikat pengeluar vitamin adalah penting. Misalnya, bila menyebut tentang Shaklee, kebanyakan orang mengenali syarikat yang dah lebih 50 tahun memberi kebaikan kepada masyarakat sejagat. Analoginya, bila Nike keluarkan kasut yang dikatakan ‘mengikut aluran kaki Micheal Jordan’, tak ada orang nak pegi ukur kaki Micheal Jordan untuk pastikan sama ke tidak dengan design kasut Nike sebelum membelinya.
Kesimpulannya, semakin lama sesuatu produk itu berada dalam pasaran, bermakna reputasinya semakin kukuh.


4. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil halal yang disahkanPastikan produk yang dipilih mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mendapat sijil halal yang disahkan oleh JAKIM. Ini bagi memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang diragukan. Maklumlah, benda makan-makan ni jadi darah daging.


SHAKLEE mempunyai kedua-duanya :)Kita juga boleh mendapatkan maklumat dari pihak berkenaan tentang kajian-kajian yang telah dibuat terhadap produk mereka. Pastikan bertanya kepada orang yang betul, i.e. pakar dalam sesuatu produk itu. Misalnya untuk mengetahui tentang produk Shaklee Malaysia, bertanya lah kepada pengedar/cawangan Shaklee Malaysia. Mereka pasti mempunyai jawapan terhadap kemusykilan kita. Jangan pula bertanya kepada pihak yang tak berkaitan, kerana jawapan yang diberi mungkin dari tanggapan semata-mata. Maklumat yang betul hanya ada pada orang2 yang betul.


Oh ye! Sekadar peringatan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia suplemen .. supaya tidak berlaku salah faham di kemudian hari.

Supplement tidak boleh menggantikan makanan kita. Kita mesti kena makan juga.

Menyediakan makanan mengikut gizi tidak menentukan bahawa keperluan nutrient tubuh kita dipenuhi. Ini kerana cara penyediaan makanan, persekitaran dan sebagainya boleh merosakkan vitamin dan mineral.

Pengambilan vitamin bukan hanya semasa sakit, kerana apabila sudah sakit baru nak ambil vitamin, kesan healing crisis akan menjadi lebih teruk.

Wanita hamil, ibu menyusu, perokok, mereka yang menjalani cara hidup stress, warga tua, memerlukan supplement bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka.

Pengambilan ubat-ubatan (drug) dan antibiotik boleh menghalang penyerapan vitamin2 perlu. Jadi kita perlukan vitamin tambahan untuk memberikan badan kita keperluan vitaminnya.


Saya amat berharap sedikit perkongsian maklumat ini dapat membantu kawan-kawan memahami tentang konsep suplemen serta menjadi panduan untuk memilih suplemen yang terbaik buat anda. InshaALLAH.




Cik Pau (846053)
012.764.0760


Majlis ilmu

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Semalam telah berlangsung kelas pertama saya iaitu majlis ilmu untuk pengedar baru sehingga rank sr. Supervisor. Berlangsung di Faizland sdn. Bhd. yg terletak di belakang Giant Equine Park. Terima kasih kerana sudi datang walaupun ada yg sesat nak sampai ke sini. 


Kelas yg diadakan bertujuan membimbing ahli2 baru agar mereka mendapat asas yg kuat dlm mengharungi cabaran perniagaan Shaklee ini. Masing2 teruja memberi perkongsian tentang bagaimana mereka bermula untuk menjalankan biz Shaklee. 

Mereka semua mempunyai impian ingin berjaya dan melangkah lebih jauh dalam bisnes Shaklee terutamanya dari segi meningkatkan ekonomi keluarga dan bebas cengkaman hutang. Saya pasti dengan ketekunan dan keinginan yg kuat, mereka akan mencapai impian dengan jayanya. 

Di akhir kelas, acara memotong kek dilakukan bg meraikan kehadiran para peserta. Semoga segala perkongsian dapat dimanfaatkan sebaiknya. Insya-Allah. 




Krisis Penyembuhan / Healing crisis

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

saya nak citer sedikit tentang krisis penyembuhan atau healing crisis. kebanyakan mereka yang baru pertama kali mengambil makanan tambahan akan mengalami gejala seperti pening, mengantuk, ditumbuhi jerawat... dan beberapa hal lagi yang mana menimbulkan rasa kurang senang. berikut adalah penjeleasan tentang krisis penyembuhan dari buku nutrisi Shaklee :


Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. makanan tambahan dalam diet harian membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

jom tengok tanda2 krisis penyembuhan.



Anda tak perlu bimbang dengan krisis penyembuhan. ia bukanlah kesan berpanjangan. bagi menadapatkan kelegaan segera, anda dicadangkan agar meningkatkan kadar pengambilan air masak sehingga 3L sehari atau lebih... mengikut keperluan dan kesesuaian anda. beri masa untuk penyesuaian khasiat makanan tambahan ke seluruh badan anda. selepas itu anda tentu akan rasa lebih sihat dan ceria.



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

berkenalan dengan alfalfa & herb lax




ALFALFA (Overall Body Cleanser) is Arabic for the “Father of All Foods”. The roots of this amazing herb grow very deep into the ground bringing up vital nutrients and trace minerals from deep within the earth. Alfalfa is known as a natural diuretic, body cleanser and detoxifier. It stimulates bile flow, and binds with heavy metals and removes them from your system. It also helps protect from radiation and helps control body odor.Besides its highly beneficial attributes as a body cleanser and detoxifier, alfalfa also has many other benefits. According to David Mulvain, M.S. Nutrionist, alfalfa also aids in digestion, is anti-inflammatory, anti-arthristic*, anti-bacterial. It helps aid in the healing of ulcers, gout, heel spurs, upset stomach, allergies and back disc repair. It even regulates blood sugar levels and helps lower cholesterol. It’s truly an amazing herb! Only the finest quality alfalfa is used in Shaklee’s Alfalfa supplement. Grown without pesticides, herbicides, or inorganic fertilizers, it provides the highest quality alfalfa available on the market today


Originally formulated by Dr. Forrest C. Shaklee, Herb-Lax® encourages a mild cleansing action to aid the body's natural processes. Herb-Lax® contains senna leaf, a traditional herb used for more than 3,500 years as a natural laxative.


Functions of Senna: -
Encourages a mild cleansing action to aid body's natural processes, particularly during occasional bouts of irregularity
Herb-Lax naturally stimulates contraction of muscles with the colon. This allows for better removal of trapped waste and shortens the transit time, giving toxins less time to harm healthy colon tissues and be reabsorbed and circulated throughout the body. Herb-Lax can help improve regularity, reduce body odor*, clear acne*, relieve constipation, expel gas from the stomach and intestines, and normalizes the colon function while it nourishes the bowel.

Testimoni penghidap Psoriasis

salah seorang rakan blogger saya rupanya penghidap penyakit kulit Psoriasis. kat ofis nih pun ada sorang so he should read this. sekurang2nya kita cuba untuk merawat sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi. kita ikuti kisah yus dalam menangani penyakit ini.

Ada yang tahu saya menghidap psoriasis. Namun ada juga yg belum tahu. Jadi, di sini saya nak buat pengumuman. Ya, saya seorang pesakit psoriasis. Menjadi pesakit psoriasis bukan mudah. Saya telah didiagnos pada tahun 2001. Masa itu, baru sahaja memulakan kuliah di UKM. Tetapi, rasanya sakit itu sudah saya dapat sejak dari matrikulasi lagi.



Semasa di matrikulasi, ada satu peta di pipi saya. Nasib baik saya ni bukan jenis penyegan sangat. Jadi saya buat tidak tahu sahaja bila ada yang asyik melihat peta di muka. Yang lebih mencabar, peta itu bukan satu warna. Ada 3 lingkaran warna padanya. Yang paling dalam berwarna kemerahan seperti terbakar. Ramai yang mengatakan ia panau. Saya hanya mengiyakannya. Malas nak layan.

Mak mana yang tidak risau dengan keadaan anaknya. Sudahla anak dara, muka tidak cantik pula. Dibawanya saya ke mana sahaja untuk mendapatkan rawatan. Sampai sekarang, masih juga bergitu niatnya. Tetapi disebabkan saya berdegil tidak mahu, dipendamkan sahaja hasrat hatinya itu. Bukan apa, bukan setakat ke klinik kulit, bahkan ke dukun mana, pawang mana tah dibawanya. Saya bukan tidak percaya pada alam ghaib. Tapi setiap kali berjumpa dengan 'doktor-doktor pakar' ni, diagnosis penyakit saya pasti berbeza!







Saya pernah berpantang selama satu semester di matrikulasi. Ia telah menyebabkan berat badan saya turun sebanyak 5kg. Syukur ia tidak mengganggu pembelajaran saya. Ya lah, saya hanya mendapat sumber protein dari sayuran dan karbohidrat dari nasi. Vitamin pula dari buah-buahan. Masa itu, manalah pikir cukupkah, tak cukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya. Saya hanya fikir untuk cantikkan muka! hahahaha

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010.

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk. Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain.

Antaranya ialah :
1. Saya cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan saya.
2. Memastikan diri saya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah
3. Minum air secukupnya.

Selain Nutrifeon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan Bcomplex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.


Vit C - mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.
Bcomplex - membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.
Performance Drink - untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Alhamdulillah, atas usaha yang dibuat sedikit sebanyak membantu juga. Perlu diingat, psoriasis tidak dapat sembuh sepenuhnya. Tapi usaha ini adalah untuk membantu untuk mengawal dari ia berlaku lebih teruk. Ada penyakit berkait lain yang pesakit psoriasis akan dapat sekiranya ia mengawalnya seperti arthitis, heart problem dan multiple sclerosis.

Usaha akhir ialah bertawakal dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Saya menganggap penyakit ini adalah hadiah dariNya. Bahawa saya sentiasa dalam peliharaanNya. InsyaAllah...
Betapa cekalnya cik yus dalam menghadapi permasalahan ini. semoga dapat disembuhkan dengan jayanya... Insya-Allah...

dari pemerhatian dapatlah saya simpulkan cara pengambilan makanan tambahan yang terpilih untuk merawat psoriasis ini.

ESP - protein sebab asas untuk membina sel. ini untuk menggantikan sel kulit pesakit yang berganda terlalu cepat.
ostematrix - mengandungi vit D dan bagus diamalkan untuk pesakit yang kurang minum susu.
vit B - melegakan tekanan dan mengawal emosi
vit C - membina kolagen untuk keanjalan kulit. membantu mempercepatkan proses baik pulih kulit
carotomax - mengandungi vit A yang banyak membantu mengekalkan tahap kesihatan kulit kerana mengandungi antioksidan
GLA complex - membantu mengawal hormon dalam badan serta mengandungi vit E yang juga baik untuk memelihara kulit.
Omega guard - terbukti membantu mengawal keradangan sel. boleh rujuk entry tentang eczema dan alergi.
zink - baik pulih sistem penyerapan nutrien dan mengekalkan kesihatan sistem imun badan
nutriferon - baik pulih sistem keimunan
basic H - untuk mandian
herbal blend - untuk sapuan

pengambilan makanan tambahan ini adalah secara berjadual dan bukan semua perlu di telan setiap hari. oleh sebab itu ada produk yang boleh bertahan sehingga setahun... sudah pasti menjimatkan wang anda.

anda boleh hubungi saya di talian 0127640760 atau emailkan pertanyaan lanjut ke bibimie@gmail.com. semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Masalah berat badan ibu yg menyusukan bayi kini boleh diatasi

berita ini bakal membuat ibu2 yang menyusukan bayi menguntum senyum. masakan tidak... selalunya ibu2 yang masih giat memperjuangkan penyusuan mengeluh dengan masalah penambahan berat badan yang mencanak2. orang kata jangan sekat makan kala masih menyusukan nanti tak cukup zat. mmg betul tapi apa2 pun kena laa pantau dan kawal juga pengambilan makanan harian tu kan. berusahalah mendapatkan gizi seimbang supaya kesihatan anak dan ibu seimbang juga.... mmg comel anak2 yang tembam... ibu pun sama naik bagai di pam2... hehehe... gurau ajer jangan mare... alhamdulillah masa menyusukan anak2 dulu tak pernah laa pulak naik berat badan.

info nih saya petik setelah dari sini tapi saya translate laa senang sket ibu2 nak baca bahasa ibunda... hehehe... jom ibu2 senyum sampai ke telinga baca sesama...

ScienceDaily (12 MAC 2009) - Meningkatkan pengambilan kalsium mendorong penurunan berat badan, mengikut kajian yang disiarkan dalam isu terbaru Journal Pemakanan British, tetapi hanya pada orang yang kekurangan kalsium dalam diet harian.

Angelo Tremblay dan pasukannya di Fakulti Perubatan Université Laval, telah membuat penemuan di dalam program 15 minggu penurunan berat badan yang dijalankan ke atas wanita yang obes. Para sukarelawan mengambil secara purata kurang daripada 600 mg kalsium setiap hari, manakala pengambilan harian yang disyorkan adalah 1000 mg. Di samping itu untuk mematuhi diet kalori yang rendah, wanita telah diarahkan untuk mengambil dua tablet sehari yang mengandungi sama ada sebanyak 1200 mg kalsium atau plasebo. Orang-orang yang mengambil tablet kalsium kehilangan hampir 6 kg sepanjang program ini, berbanding dengan 1 kg bagi wanita dalam kumpulan kawalan/piawai.

"Hipotesis kami adalah bahawa otak boleh mengesan kekurangan kalsium dan mengakibatkan rangsangan terhadap pengambilan makanan secara berlebihan, yang mana sangat bercanggah dengan mana2 program penurunan berat badan," kata Angelo Tremblay, pemegang Kerusi Penyelidikan Kanada Alam Sekitar dan Imbangan Tenaga . "Pengambilan kalsium yang cukup seolah-olah menyekat keinginan untuk makan lebih banyak," katanya.

Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk memastikan kejayaan mana-mana program penurunan berat badan. Menurut penyelidik, lebih daripada 50% wanita gemuk yang datang ke klinik yang dikendalikan oleh pasukan kajian beliau tidak mengambil pengambilan harian yang disyorkan.

Profesor Tremblay dan pasukannya mengkaji hubungan antara kalsium dan obesiti selama beberapa tahun. Penemuan pertama mereka yang diterbitkan pada tahun 2003, menunjukkan bahawa wanita yang mengamalkan diet kurang kalsium mempunyai lebih banyak lemak badan, ukur lilit pinggang yang lebih besar, dan paras kolesterol "jahat" yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengamalkan jumlah kalsium yang sederhana atau besar. Kajian yang kedua menunjukkan bahawa ramai orang yang didapati mengurangkan pengambilan produk tenusu sepanjang tempoh enam tahun, berat dan lemak badan mereka meningkat dan ukur lilit pinggang mereka juga lebih besar. Pada tahun 2007, Angelo Tremblay dan pasukannya telah menubuhkan hubungan langsung antara kalsium dan profil risiko kardiovaskular yang lebih rendah di kalangan pelaku diet.




*****



Retail price : RM296


semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda. sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada saya di bibimie@gmail.com atau menghubungi saya di talian 0127640760 untuk membuat pesanan. jumpa lagi di lain entry... daa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...