Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Ekzema, alergi dan kepentingan susuibu

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
Diam tak diam anak bongsu saya bakal mencecah usia 8 bulan. dah mula makan makanan pejal tapi masih lagi kerap menyusu. Alhamdulillah setakat ini tidak mengalami masalah kulit.


Hari ini saya ingin membawa anda untuk bersama2 memahami asas alergi makanan yang menjadi punca ekzema. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu melindungi anak anda daripada elergi yang bukan sahaja membawa penderitaan kepada anak anda tetapi seisi keluarga.pengurusanalergi memerlukan wang, masa dan tenaga. Mari kita terlebih dahulu memahami punca masalah elergi.

Asas alergi makananAdakah anak saya berisiko mengalami alergi makanan?
Alergi makanan semakin kerap terjadi dan amat merungsingkan. Walaupun alergi makanan tidak dibatasi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mencapai umur persekolahan akan tetap ramai yang mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yang mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Risiko menghidap alergi berdasarkan sejarah keluarga:
Kedua2 ibu bapa tiada alergi – anak hadapi 5-15% risiko alergi
Salah seorang ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 20-40% risiko alergi
Kedua2 ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 40-60% risiko alergi (50-80% jika ibu bapa mempunyai tanda alergi yang sama)

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?
Lazimnya, sistem imun akan menyerang bakteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

Apakah tanda2 alergi makanan?
Tandanya terdiri daripada gatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut.

Mengapa pencegahan alergi penting?
Tiada penawar sebenar pada elergi. Justeru itu adalah wajar untuk mencegah alergi terutamanya di kalangan bayi dan kanak2. Kes alergi semakin meningkat menunjukkan bahawa ia merupakan masalah besar pada peringkat kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 kepada alergi yang lain. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

Langkah melindungi anak daripada mengalami alergi.
Cara yang paling baik ialah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber penting antibodi yang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)
Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :
*tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda.
*sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
*susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.
*makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.
*kurangkan habuk di dalam rumah.
*jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.
*jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

Fakta dan hasil penyelidikan mengenai alergi.
Usus adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.
 Selain berfungsi sebagai organ penghadaman, usus kita mengandungi hampir 80% daripada semua sel penghasil antibody dalam tubuh,menjadikan usus kita organ imun yang terbesar. Usus kita juga diduduki oleh trillion bacteria yang merangkumi bacteria bermanfaat dan juga bacteria merbahaya. Kedua2nya membentuk mikroflora usus, yang selain daripada menjaga kesihatan am, ia juga memainkan peranan penting dalam pencegahan alergi.

Bifidobakteria, sejenis bacteria bermanfaat.
Pada masa kelahiran, usus bayi adalah steril tetapi selepas beberapa jam sahaja usus bayi tersebut akan diduduki oleh mikroorganisma dari salur kelahiran ibunya serta dari persekitaran. Bayi yang diberi susuibu secara eksklusif mendapat sejenis bacteria bermanfaat iaitu bifidobakteria, menjadi dominan dan akhirnya merangkumi 99% daripada jumlah bacteria pada usus.

Peranan penting Bifidobakteria dalam pencegahan alergi.
Semasa dilahirkan, sistem imun anak masih belum matang dan mudah diserang oleh jangkitan dan alergi. Bifidobakteria merangsang kematangan dan fungsi sistem imun usus anak anda. Didapati kanak2 kecil yang mengalami alergi mempunyai mempunyai kurang bifidobakteria berbanding dengan mereka yang tidak menghidap alergi.Tambahan lagi, bifidobakteria juga memberi perlindungan terhadap jangkitan usus yang disebabkan oleh bacteria merbahaya. Satu contoh jangkitan tersebut ialah gastroenteritis yang membawa kepada penyakit cirit- birit.Cirit –birit masih merupakan penyebab utama kematian bayi di kebanyakan negara yang kurang maju.

Antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti didalam menjejaskan populasi Bifidobakteria:
Cara kelahiran:
Flora yang terdapat pada usus, kulit dan vagina ibu merupakan sumber bacteria yang akan menduduki usus bayi yang baru lahir. Justeru, cara kelahiran mempengaruhi mikroflora bayi. Didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean, dimana tiada penyentuhan dengan flora yang terdapat pada vagina dan najis ibu, akan mengalami penangguhan dalam pembentukan mikroflora usus normal. Mikroflora ini tetap terganggu sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah caesarean juga mempunyai kurang bifidobakteria, terutamanya jika mereka tidak diberi susu ibu ataupun menerima susu ibu untuk jangkamasa yang amat singkat.

Memperkenalkan makan pejal:
Bilamana makanan pejal diperkenalkan, terdapat perubahan dalam mikroflora usus dan bilangan bifidobakteria didapati menurun. Semasa memperkenalkan makanan pejal kepada bayi,dimana peringkat ini merupakan peringkat yang berisiko tinggi kerana makanan baru yang diperkenalkan bayi secara lazimnya akan membawa kepada risiko alergi pada makanan.

Bagi mengatasi masalah populasi Bifidobakteria, ianya dapat dipulihkan dengan zat-zat bifidogenik atau probiotik diamana susuibu mempuyai bifidogenik istimewa yang menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria. Sebagai contoh, susu ibu mengandungi laktosa tinggi, fosforus rendah dan kualiti protein yang baik. Dan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan dan seterusnya tidak dapat menyusukan bayi mereka, rumusan bayi yang telah ditambah zat-zat bifidogenik ini boleh diberikan kepada bayi mereka.

Probiotik adalah kultur hidup bacteria bermanfaat yang digunakan sebagai ramuan makanan. Bilamana ianya diambil, bakteria yang bermanfaat ini dapat menjaga kesihatan kepada hos, yang merangkumi:
Perlindungan terhadap penyakit-penyakit alergi.
• Perlindungan terhadap jangkitan usus yang mungkin membawa cirit-birit.
• Membantu dalam penyerapan mineral.
• Membantu dalam penghasilan vitamin B dan K.
Sebagai contoh yang baik bakteria probiotik ialah bifidobakteria, yang ditambah kedalam makanan kanak-kanak seperti susu, yogurt dan minuman yogurt. Kajian secara klinikal juga menunjukkan bahawa bifidobakteria telah mambantu memperbaiki kesihatan usus serta mengatasi masalah didalam pembuangan air besar bayi dan kanak-kanak kecil.

Apakah Asid Dokosaheksaeniok (DHA) dan peranannya dalam pencegahan alergi?Asid Dokosaheksaeniok atau singkatannya (DHA) adalah asid lemak politaktepu yang berangkaian panjang, dimana DHA juga bukan sahaja diperlukan untu perkembangan otak dan penglihatan yang optimum bahkan ianya juga membantu dalam respons imun anak dengan cirri-ciri anti-radangnya yang kuat. Didalam dua kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pemberian minyak ikan yang kaya dengan DHA kepada bayi pada tahun pertama,dapat mengurangkan risiko rhinitis alergik serta asma sehingga umur 4 tahun. (mujur ada Shaklee Omega Guard)
TRIVIA:Seratus tahun telah pun berlalu sejak perkataan “alergi” dicipta pada tahun 1906 tetapi kita masih belum menemui penawar untuknya. Justeru pencegahan adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk member anak-anak mereka kehidupan yang bebas daripada alergi.

sumber : artikel "alergy pemakanan" terbitan Malaysian Society of Allergy & Immunology

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...