Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Selamat pengantin baru hanya untuk 2 minggu

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
walaupun agak terlewat tapi saya ingin berkongsi untuk tatapan ramai.

tak tau mana nak mula. saya nak cerita tentang model shaklee saya iaitu mak saya sendiri. Mac 2014 yang lalu, mak khabarkan kepada kami yang hatinya terbuka untuk berkahwin buat kali kedua setelah lama menyendiri sejak pemergian abah pada  Jan 2006. saya gembira dan menyambut baik niat mak saya. sekurang-kurangnya ada peneman sakit pening mak nanti. mak saya nampak sihat cergas sejak mengamalkan Ostematrix, Omega Guard, Vitalea dan B comp. ketika ke hospital untuk saringan HIV, nurse pun terkejut umur mak sebenarnya dah 69 tahun tapi gayanya mcm muda 10 tahun. Sepanjang pengetahuan saya, tekanan darah tinggi mak terkawal dan doktor beransur2 mengurangkan dos ubat darah tinggi. alhamdulillah satu perkembangan yang baik.

tanggal 19 April 2014 mak saya selamat diijab kabulkan dengan bak atau nama penuhnya bahtiar bin jalil. mak nampak gembira pada hari tersebut. bak control macho mungkin... yerlah malam pertama dengan orang baru. usai majlis pernikahan di masjid kempas, jamuan makan berlangsung di rumah skudai. hampir kesemua tetamu yang datang adalah warga emas. cuma sebuah kenduri kecil2an menjemput jiran2 setaman dan saudara mara terdekat. sahabat2 yang saya jemput pun hanya dua orang yang datang. nak jemput ramai2 nanti rasa bersalah pula sebab bukan majlis sendiri... huhuhu... tetamu yang hadir mengucapkan tahniah... mak kata rasanya mcm main pondok2 atau main mak2. tak pernah terjangka akan berkahwin sekali lagi pada usia yang agak lanjut. kuasa Allah... perancang yang maha hebat.

bersama mak ngah di luar masjid menanti kadhi. 


bersama adik-beradik tiri (all in red)

hari tersebut merupakan kali ketiga saya bertemu bak. pertemuan pertama adalah 3 minggu sebelum majlis berlangsung. kebetulan balik menjenguk mak jadi saya minta bak datang sebab nak berkenalan. kali kedua ketika beberapa hari sebelum majlis untuk berbincang seketika perihal hari bersejarah tersebut. pendek kata memang belum betul2 mengenali bak secara dekat.

tanggal 1 May 2014 mak memberitakan bak ditahan di CCU (coronary care unit) hosp sultan ismail. kebetulan saya berada di rumah mertua di muar untuk meneruskan perjalanan ke kota tinggi menghadiri majlis kawen sepupu suami. doa saya bak segera sembuh. sampai di hospital rupanya bak ditidurkan. mak kata doktor suruh rest. bak didapati tertekan. tak pasti apa yang bak risaukan dan banyak fikiran. bak bernafas menggunakan bantuan mesin dan pernafasannya seperti direnggut sehingga terangkat dadanya dari katil. seksa benar saya rasa pernafasannya bagai dipaksa2. sedih... speechless... saya tanya nurse apa kemungkinan yang ada... katanya dah bagi ubat dengan dos paling tinggi, ubat paling kuat... tunggu saja. apa yang boleh dibuat sekarang baca yassin. termenung sekejap.... otak mcm tak boleh nak proses. penat berkenduri masih terasa2 namun saya pasrah apa jua keadaanya cuma saya amat berharap dan berdoa bak akan sihat dan dapat pulang ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa di samping mak saya.

sebaik mana kita merancang namun Allah jua yang menentukan. Bak menghembuskan nafas terakhir pada 3 May jam 10++ mlm yang mana ketika itu saya sudah berada di muar semula. usai subuh keesokkannya saya dan suami kembali semula ke johor bahru utk menatap wajah bak buat kali terakhir. walaupun perkenalan terlalu singkat dan tak sempat nak bermesra tapi saya pasti ada hikmah diatas pernikahan ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana adik-beradik tiri bersedia menerima tanggunjawab menjaga mak saya sebaiknya. Maha suci Allah yang telah mengaturkan hari2 tua mak saya insya-Allah ada orang terdekat yang akan mengambil berat tentangnya. semoga hanya Allah jua yang membalas segala budi baik saudara2 tiri saya. Insya-Allah...

akhir kata, saya mohon anda yang meniti sehingga ke bait terakhir ini untuk sedekahkan alfatihah buat ayah tiri saya, bahtiar bin jalil dan arwah ayah saya hamzah bin ahmad. semoga mereka tergolong dalam golongan orang2 beriman dan beramal soleh... insya-Allah... al-Fatihah.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...