Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Peluang yang mesti direbut

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Bagaimana puasa hari pertama anda? Semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini sebaik2nya. Jgn lupa doakan agar kita dipanjangkan usia dan masih berpeluang utk bertemu Ramadhan seterusnya. Insya-Allah. 

Saya nak cerita tentang kelas yang saya kendalikan buat kali ke-3 khusus buat SID baru untuk memulakan biz shaklee. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. 


Kelas sebegini penting bg anda yang baru berjinak2 dengan dunia Shaklee. Ini bg memastikan setelah anda benar2 jatuh cinta dengan produk, anda perlu memahami pelan kenaikan pangkat, tawaran dan ganjaran yang boleh direbut serta peluang mengembangkan postensi diri. 

Di Shaklee, kami memegang teguh falsafah "help others to help others". Ini termasuklah dari segi kesihatan mahu pun peningkatan ekonomi individu. Saya percaya masih ramai diluar sana yang masih perlu dibantu. 

Saya akan mengendalikan kelas yang berikutnya dalam waktu terdekat dan masih lagi untuk anda yang ingin memulakan biz Shaklee. Jika ada yang berminat bolehlah maklumkan kepada saya dan saya akan hubungi semula untuk memberikan tarikh dan tempat utk sessi akan datang. 

Langkah kecil yang pertama pasti merubah kehidupan anda seterusnya. 

Cik Pau (846053)

Langkah kecil yang membawa perubahan besar dalam hidup

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. 

Bagaimana persiapan anda menjelang Ramadhan? Pastikan anda membuat persediaan terbaik bg mengekalkan tenaga sepanjang hari memandangkan keadaan cuaca sekarang agak panas dan keadaan berjerebu. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dlm leadaan sihat dan dipermudahkan utk melakukan solat sunat terawih serta amalan2 sunat yg lain. 

Hari ini saya nak kongsikan anugerah yang saya perolehi tempohari sewaktu berlangsungnya National Conference 2013/14 di Sunway Pyramid Convention Center. 


Saya rasa teruja kerana kebanyakannya atau boleh saya kata 3/4 pengunjung yang hadir adalah berbangsa Melayu. Master Parade dan poster2 Master Coordinator dipelopori orang2 Melayu. Satu perkembangan yang hebat kerana bangsa Melayu yang memilih MLM Shaklee telah mengorak langkah bijak, berdaya saing, berjiwa kental dan saling membantu antara satu sama lain. saya pasti semua SID mempunyai niat yang sama iaitu membantu anda meningkatkan taraf kesihatan serta membantu downlines meningkatkan taraf kehidupan. 



Berada di dalam kelompok jutawan memberikan rasa kelainan dan aura yang sukar diungkapkan. Alhamdulillah kini saya semakin hampir menuju ke tangga Master Coordinator. Mengimpikan satu empayar yang membawa nama Rakan Nutrisi ~ satu kelompok SID yang mantap dalam perjuangan berkongsi info tentang produk berkualiti tinggi jenama Shaklee. 

Sebelum ini saya senang dengan perniagaan konvensional. saya jual anda beli. habis cerita. dulu2 meriahnya saya dan suami berniaga menjelang Ramadhan. Dari menjual kerepek, kerongsang, tudung sehinggalah menjual daging dendeng. perniagaan ini mewujudkan satu pendapatan tambahan sehala. memang tak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam mana2 perniagaan MLM namun sistem Shaklee telah merubah persepsi saya terhadap perniagaan MLM. 

ternyata sistem yang shaklee tawarkan adalah adil. bila2 masa sahaja downline boleh memintas rank mahupun bonus upline. maka tiada istilah downline kerja teruk, upline goyang kaki. yang penting, siapa buat dia dapat. istimewanya sistem ini telah banyak membantu meningkatkan taraf kesihatan dan  ekonomi pengguna dan pengedar Shaklee.

Di Shaklee, menjadi jutawan adalah satu kemestian dan bukan pilihan. bila ada ketikanya kita rasa terhimpit, sesak, tak cukup... sudah tiba masanya untuk bertindak mengatasi segala kekurangan dan kesempitan tersebut. Persoalannya sampai bila mahu berada dalam keadaan cukup2 makan? bilakah masa yang sesuai untuk menjadi seorang yang menyumbang terhadap kepentingan agama dan masyarakat? atau setidak2nya dapat memberi percutian terbaik buat anda sekeluarga.

Oleh itu kami ingin menjemput anda melapangkan masa untuk melakukan satu langkah kecil yang akan membawa perubahan yang besar dalam hidup anda. 





Hubungi saya untuk temujanji ini ya. Sementara kekosongan masih ada. 


Cik Pau (846053)
012.764.0760


Praktis puasa untuk ibu hamil

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

pejam celik pejam celik Ramadhan bakal menjelang. saya pasti ramai yang masih pulun untuk menggantikan puasa. tak kurang buat ibu2 hamil dan menyusukan inilah masanya untuk kita cuba2 praktis puasa supaya tak drastik sangat nak start puasa. untuk ibu2 yang menyusukan dan ibu2 hamil boleh cuba untuk dapatkan set mighty three gem. inilah set yang saya perlukan semasa bersahur dan kekal cergas hingga waktu berbuka.




Khasiat yang terkandung dalam mighty 3 gem.
ESP - memberi rasa lebih kenyang dan membantu menaham rasa apar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten disamping menyediakan tenaga berkekalan. saya suka gabungan ESP dan kurma. anda harus cuba dan rasai perbezaan bersahur dengan ESP berbanding tanpanya.

mealshakes - memberi khasiat 24 jenis vit dan mineral untuk keperluan tubuh dengan hanya sesudu mealshakes.

performance drink - minuman berelektrolit yang dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum. terbukti secara klinikal PD dapat mengurangkan kehilangan bendalir dan memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Jom cuba2 set mighty three gem untuk kecergasan anda di sepanjang menjalani ibadah puasa.
Resipi sahur saya mcm biasa ESP + buah kurma atau ESP + Performance drink.... Terbaekkk!

Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Selera makan dan alahan di awal kehamilan

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
apa perkembangan ibu hamil hari ini ya? hope sihat dan gembira di sepanjang tempoh kehamilan. hari ini saya nak share testimoni set utk ibu hamil yang masih dalam fasa trimester pertama. 

Cik pau hamil ke? haha... cepu emas sangat soalan tu. nanti saya cek ya. sejak kebelakangan ni rasa mual2 tapi tak cek lagi adakah positif hamil atau tidak. period pulak masih tak datang menjengah. suspend juga nih. yang last masa hamil tahun lepas, walaupun tiada masalah mual, muntah semua tu tapi selera makan tak berapa nak ada. perut lapar tapi tak ada selera nak makan. yang saya nak makan cuma buah2an dan sayur2an. yang saya perasan sejak kehamilan pertama lagi mmg tekak nak cari sayur.. sup sayur ker... sayur goreng ker... nak sayur banyak dan minum pun nak air jus... air buah... owh... masa anak kedua jer saya gila nak minum teh ais dan ABC... pergi kedai pun mintak itu jerk lah... kalau tak ABC... mesti teh ais. 

saya nak share testimoni lama saya nih. umur kehamilan dengan customer nih agak hampir sama laa... seorang customer sms bertanyakan set hamil. katanya mual, muntah tak tahan alahan. saya fikir biasa2 jerk... rupanya tahap teruk juga sampaikan terpaksa ambil cuti. kalau kena warded tu dah kira kronik dah tu. mungkin dia cuma berehat di rumah. tapi yer lah kan kalau dok rumah tapi melepek jerk tak syok jugak kan. 

nasib baik stok chew vit c saya masih ada at least boleh buat hilangkan mual tu. mcm ganti makan asam kecut laa.. aha... ok jugak chew vit C nih masuk dalam set awal kehamilan. rasa mcm nak loya jerk kemam sebiji.... nak loya jerk kemam sebiji... ok laa kan nak bagi hilang rasa meloya tu. lebih berkhasiat dari makan asam masin. so saya bagi customer set nih... kecuali vit C 500mg tu lah saya gantikan dengan chew vit C. 



Selepas seminggu saya kembali bertanya khabarnya. dengan happy dia menjawab sms saya.


Alhamdulillah.... happy dapat tolong Milin tapi setiap penyembuhan tu datang dari Allah juga. bagi saya alahan ibu hamil nih mmg tak boleh pandang ringan juga takut menjejaskan kesihatan ibu dan ibu jadi stress. tak bagus untuk baby dalam kandungan tu kan. customer nih mujur sebulan setengah jer. kawan saya sampai 3 bulan duduk hospital pada awal kehamilan. mesti bosan kan... huhuhu... moga tak diuji mcm nih lah dan yang pasti setiap ujian yang Allah beri tu hanya untuk mereka yang mampu menanggungnya... Insya-Allah.

okehlah... nasihat saya agar Milin dan ibu2 diluar sana kalau ada selera makan tu sila2 laa kawal. bukan apa, takut terlebih naik beratnya nanti nurse marah pulak ker kan... haa... takut jerk laa... lagi satu kalau kita over weight nanti takut payah nak turun masa dalam pantang. so makan ikut keperluan laa ya...

aa... next entry saya citer tentang biz laa pulak. hoho... asik citer vitamin jerk kan. ada berita gembira dan peluang untuk anda di luar sana. esok ker.. bebila free saya share. semoga kita jumpa lagi di next entry. jgn lupa singgah di maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda...

adiosss...


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Learn to Lead 2

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. 

apa khabar hari ini? aha.... seminggu baru ada update. Alhamdulillah dah berakhir kelas leadership dengan jayanya. yang datang bukan setakat rank kecik2 tapi master2 pun join sama. learning process will never stop. sentiasa ada perkara baru yang nak dipelajari dan sentiasa cuba tambah nilai pada diri. lepas nih ilmu leadership disampaikan pada anak2 pulak. anak2 sampaikan pada cucu2... dan begitulah seterusnya.... barulah namanya duplicate. 




Geng iCu (atau dulu namanya gojes)
Master Zura, Sr. Coordi Rafaliah, Master Puteri, Sr. Coordi Ainee, Master Beeha, Master Alin, 
Master Herny, Master Izzati, Sr. Coordi Cik Pau dan Sr. Coordi Aula.
Tiada dalam gambar : Master Dila, Master Nurzahirah, Master Laila dan Presidential Master Cery.


Banyak yang dipelajari dari kelas dua hari ini. Semoga menjadi panduan dalam melebarkan empayar rakan nutrisi serta membimbing leaders yang sedia ada. Do you wanna be a leader or wanna be a millionaire? 

I want BOTH!
Come and join us today!



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Ramadhan pesta makanan

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta Makanan.. Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan 
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar...... 

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir, 

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa. 

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan

Nota kaki : 
Kawal pengambilan makanan agar tidak menjejaskan kesihatan. Pesta makanan bukan shj di bulan Ramadhan malah di bulan Syawal juga. Dapatkan Phytocol-ST dan omega guard supaya anda boleh makan dengan tenang tanpa rasa bersalah. 




Strok : langkah pencegahan dan peranan makanan tambahan

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Dalam entri yang lalu kita telah ketahui risiko strok terkawal dan tidak terkawal. walaubagaimana pun, masih tidak terlewat untuk kita lakukan langkah pencegahan supaya peratusan serangan terhadap diri kita masih kecil walaupun peningkatan usia tetap menjadi penyumbang risiko tak terkawal. kos mencegah pula lebih rendah berbanding dengan kos merawat. bukan dari faktor kewangan maksud saya tetapi dari segi nilai kesihatan yang tak dapat di tukar ganti dengan nilai wang ringgit.

terdapat empat faktor utama yang mendorong kepada berlakunya serangan strok iaitu

1. tekanan darah tinggi : 
Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang dipam oleh jantung anda dan jumlah rintangan aliran darah dalam arteri anda. Lebih banyak darah yang dipam oleh jantung melalui arteri yang sempit maka lebih tinggi tekanan darah anda. Anda boleh mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi) selama bertahun-tahun tanpa apa-apa petunjuk. Sungguhpun begitu, kerosakan saluran darah dan jantung anda masih dapat dikesan. tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang serius, termasuk serangan jantung dan strok.

2. Tinggi kolesterol: 
Kolesterol adalah berasaskan minyak maka tidak bercampur dengan darah yang berasaskan air. Terdiri daripada LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). fungsi utama kolesterol ialah
- Menyumbang kepada struktur dinding sel
- Membentuk asid hempedu utk pencernaan dalam usus
- Membolehkan tubuh menghasilkan vitamin D
- Membolehkan tubuh menghasilkan hormon tertentu
Kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia adalah faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari dan penyebab serangan jantung. hehadiran LDL yang tinggi dlm darah menyumbang kepada pengumpulan kolesterol dalam arteri, manakala HDL membawa kolesterol ke hati untuk penyingkiran daripada badan. pengumpulan kolesterol membentuk sebahagian daripada proses yang menyempitkan arteri, yang dipanggil aterosklerosis di mana pembentukan plak akan menyebabkan sekatan aliran darah. Paras kolesterol boleh dikawal dengan merubah diet harian, melakukan senaman, mengawal berat badan dan mengehadkan pengambilan makanan yang berlemak.

3. kencing manis / diabetis:
Diabetes meningkatkan risiko strok kerana tahap glukosa dalam darah boleh merosakkan arteri yang mana saluran darah menjadi sempit (dipanggil aterosklerosis). Diabetes juga meningkatkan risiko
terbentuknya plak dari lemak di dalam arteri. keadaan ini meningkatkan gangguan pengaliran darah yang lebih lancar. Jika ini berlaku di arteri yang menuju ke otak, ia boleh menyebabkan yang stroke. Pesakit diabetes mempunyai dua hingga tiga kali lebih cenderung untuk mengalami serangan strok.

4. Merokok:
Bahan kimia dalam rokok termasuk karbon monoksida, arsenik, formaldehid dan sianida merosakkan dinding salur darah, mengakibatkan aterosklerosis (penyempitan arteri). Ini meningkatkan peluang darah beku terbentuk pada arteri ke otak dan jantung. Pembekuan darah secara tiba-tiba boleh menyekat arteri sepenuhnya dan menyebabkan strok apa bila otak dengan tiba2 terputus bekalan oksigen.

berbalik kepada cerita sahabat saya yang mengalami serangan strok tempohari. difahamkan ada pendarahan beku di otaknya yang hampir dengan saraf motor. oleh sebab itu beliau mengalami lumpuh sebelah kiri.


beliau telah bertanyakan kepada doktor tentang pengambilan supplement dan atas cadangan doktor, beliau boleh mengamalkan minyak ikan  Omega guard. untuk anda yang ingin mengambil langkah pencegahan saya mengesyorkan pengambilan makanan tambahan berikut :






Gabungan sempurna untuk gaya hidup sihat... 
1. Phytocol-ST
2. Omega Guard
3. B complex
4. Vita C Plus
5. CoQ Health

Perfect!


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Risiko strok terkawal & tidak terkawal

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

jika di entry yang lalu kita telah ketahui tentang jenis2 strok dan kesan2nya, kali ini mari kita lihat siapa yang berisiko terhadap serangan strok dan pencegahannya.


Faktor2 yang berisiko terhadap serangan strok terbahagi kepada dua iaitu faktor yang boleh dikawal serta faktor yang tak boleh dikawal. 

Faktor-faktor risiko yang boleh dikawal:

  • Tekanan darah tinggi (hipertensi): tekanan darah tinggi, bacaannya 140/90 atau lebih besar, adalah faktor risiko utama bagi strok. Apabila darah menolak terlalu kuat terhadap dinding arteri, ia boleh melemahkan mereka dan akhirnya membawa kepada strok. Dewasa perlu berusaha untuk mengekalkan tekanan darah mereka di bawah 140/90, yang mana bacaan ideal adalah 120/80 atau lebih rendah.
  • Aterosklerosis: plak lemak yang terbina di dalam dinding arteri akan menyekat atau menyempitkan salur darah.
  • Penyakit jantung: Penghidap penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, cardiomyopathy yg diluaskan, dan penyakit jantung yang lain berisiko strok yang lebih tinggi, berbanding dengan mereka yang mempunyai jantung yang normal.
  • Kolesterol tinggi: Lebihan kolesterol meninggikan peluang seseorang mendapat penyakit jantung dan aterosklerosis. Kolesterol tinggi menyumbang kepada pembentukan plak di dalam arteri, yang boleh menyekat aliran darah ke otak dan menyebabkan strok.
  • Merokok atau penggunaan tembakau : Merokok merendahkan tahap oksigen dalam darah, memaksa jantung bekerja lebih kuat dan membolehkan pembentukan darah beku lebih mudah. Asap rokok juga boleh memburukkan lagi aterosklerosis. perokok mempunyai dua kali risiko strok sebagai bukan perokok.
  • Fibrilasi atrium (Afib): degupan jantung yang tidak teratur berpeluang lima kali ganda lebih kemungkinan untuk mempunyai strok. dua ruang bahagian atas jantung mudah mengalami kegagalan tanpa diduga, yang membolehkan darah terkumpul di jantung. Darah yang dikumpulkan boleh membentuk gumpalan yang bersambung dengan otak dan menyebabkan strok.
  • Diabetes: Pesakit diabetes menghadapi risiko yang lebih tinggi strok kerana mereka sering mempunyai masalah kesihatan yang lain dan faktor-faktor risiko strok, termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan penyakit jantung.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti: berat bertambah seiring dengan tidak aktif, meningkatkan peluang tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Gangguan darah: gangguan darah seperti anemia yang teruk, boleh menyebabkan strok jika tidak dirawat.
  • Alkohol yang berlebihan: Beberapa penyelidikan telah dikaitkan terlalu banyak alkohol untuk peningkatan risiko strok. 
  • Dadah: Ubat-ubatan tertentu, seperti antikoagulan, boleh meningkatkan risiko strok. Pil perancang kelahiran meletakkan sesetengah wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk strok, terutamanya jika mereka berumur 35 tahun atau mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis, atau kolesterol tinggi, atau jika mereka merokok. Dadah seperti kokain, heroin, atau amfetamin juga menyumbang kepada faktor-faktor berisiko.


Faktor-faktor risiko yang tidak terkawal:

  • Umur: Strok boleh berlaku pada sebarang usia, walaupun pada kanak-kanak, tetapi ia menjadi lebih biasa apabila seseorang meningkat umur. Bagi setiap dekad selepas umur 55 tahun, peluang strok meningkat dua kali ganda.
  • Jantina: Strok lebih biasa di kalangan lelaki, tetapi wanita membentuk lebih separuh daripada julah kematian akibat strok.
  • Bangsa: Afrika-Amerika lebih cenderung untuk mati dari strok daripada orang kulit putih, sebahagiannya kerana Afrika-Amerika mempunyai risiko yang lebih tinggi tekanan darah tinggi, kencing manis, dan obesiti.
  • Sejarah keluarga: risiko strok meningkat jika ibu bapa seseorang, nenek, atau adik-beradik telah mengalami strok atau jika ahli keluarga mempunyai serangan jantung pada usia yang awal.
  • Serangan strok atau serangan jantung terdahulu: Risiko strok kedua adalah lebih tinggi jika seseorang telah mengalami strok atau serangan jantung terdahulu.
  • Serangan iskemia sementara (TIA): TIA, yang kadang-kadang dipanggil "mini strok," boleh menjadi pelopor kepada strok iskemia. TIA berpunca daripada terputus sementara bekalan darah ke otak. Tanda-tanda yang serupa dengan strok sebenar, tetapi biasanya berlangsung hanya beberapa minit atau jam, tanpa sebarang kesan berkekalan. Tetapi ia adalah satu tanda amaran yang serius. orang-orang yang mengalami "mini strok" akan lebih mudah mendapat serangan strok yang lebih teruk.
  • Keabnormalan Arteri: Peluang strok berdarah meningkat jika seseorang mempunyai bonjolan di kawasan lemah dinding arteri. Kecacatan arteriovenous (sambungan yang tidak normal antara arteri dan vena) adalah satu lagi faktor risiko untuk strok berdarah.
Apakah langkah pencegahan dan peranan makanan tambahan dlm mengatasi kebarangkalian serangan strok? kita sambung di entri seterusnya.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
 Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Serangan Stroke dan kesannya

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda
terima kasih kerana sudi singgah menggali info di sini. hari ini saya nak kongsikan info mengenai strok.

Pada awal bulan ini saya dikejutkan dengan berita serangan strok oleh salah seorang sahabat lama saya di bangku sekolah. katanya beliau berada dalam keadaan stress dan tiba2 tumbang di satu lokasi kerana ketika kejadian beliau sedang menjalani tugasan luar. beliau mengalami lumpuh sebelah kiri dan kini menjalani fisioterapi di hospital. sebelum saya bercerita lebih lanjut mari kita kenali apa itu strok.

Strok boleh berlaku jika aliran darah yang membawa oksigen ke bahagian otak tersekat/disekat. Tanpa oksigen, sel2 otak mulai mati selepas beberapa minit. Strok boleh menyebabkan kerosakan otak berpanjangan serta meninggalkan kecacatan jangka panjang malah boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat dirawat. Terdapat dua jenis strok iaitu




Strok kadang-kadang boleh menyebabkan kurang upaya sementara atau kekal, bergantung kepada berapa lama otak kekurangan aliran darah dan bahagian terjejas. Komplikasi mungkin termasuk:


  • Lumpuh atau kehilangan pergerakan otot. Anda boleh menjadi lumpuh di sebelah badan anda, atau kehilangan kawalan otot tertentu, seperti yang terdapat pada sebelah muka anda atau satu lengan. Terapi fizikal boleh membantu anda kembali ke aktiviti dihalang oleh lumpuh, seperti berjalan, makan dan berpakaian.
  • Kesukaran bercakap atau menelan. Strok boleh menyebabkan anda kurang kawalan otot di mulut dan gerakan tekak untuk menelan, sehingga sukar bagi anda untuk bercakap dengan jelas, menelan atau makan. Anda juga mungkin mengalami kesukaran dengan bahasa (afasia), termasuk pengucapan atau ucapan pemahaman, membaca, atau menulis. 
  • Kehilangan ingatan atau kesukaran berfikir. Ramai orang yang mempunyai strok mengalami kehilangan ingatan. mungkin juga menghadapi kesukaran untuk berfikir, membuat pertimbangan, pemikiran dan memahami konsep.
  • Masalah emosi. Orang yang mempunyai strok mungkin menghadapi kesukaran mengawal emosi mereka, atau mereka boleh mengalami kemurungan.
  • Kesakitan. Orang yang mempunyai strok mungkin mempunyai sakit, kebas atau sensasi pelik yang lain di bahagian-bahagian tubuh mereka akibat strok. 
  • Sensitif kepada perubahan suhu terutama sejuk melampau. Komplikasi ini biasanya terjadi beberapa minggu selepas serangan strok. sakit itu disebabkan oleh masalah di dalam otak anda, dan bukannya kecederaan fizikal.
  • Perubahan dalam tingkah laku dan keupayaan penjagaan diri. Orang yang mengalami strok mungkin menjadi rendah diri dan kurang bersosial atau lebih impulsif. Mereka mungkin memerlukan bantuan utk kerja-kerja harian.
siapakah yang berisiko mengalami serangan strok? saya sambung dlm entri seterusnya ya....
adiosss...


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
 Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Produk baru Phytocol-ST

selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

alhamdulillah national conference telah berakhir pada minggu lalu. Saya meraih 5 award sepanjang usaha keras sesi 2013/2014. di NC yang lalu juga ada pelancaran produk baru iaitu Phytocol -ST  sesuai sangat dengan keperluan rakyat Malaysia yang mengamalkan diet tinggi kolesterol. Menu di bawah ini memang biasa dimakan pagi, petang dan malam... setuju?

Jadi manfaat utama Phytocol-ST ialah menghalang penyerapan kolesterol ke dalam salur darah dan merendahkan paras kolesterol jahat (LDL). diperbuat dari campuran phytosterol yang didapati secara semula jadi dari tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.




Jika anda tidak bercadang untuk mengambil makanan tambahan bagi mengawal kolesterol dan ingin bergantung kepada diet harian yang seimbang, keperluan phytosterol yang secukupnya adalah setara dengan pengambilan bahan2 berikut : 





pilihan di tangan anda kerana nikmat sihat dan sakit kedua2nya milik anda.



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Vitamin utk kecantikan kulit dan antipenuaan

kebetulan..!!!! akhbar nih pun macam dapat hidu promosi maipilihdotcom bulan ini... hehehe... sama dengan tema bulan Jun bulan kecantikan.... saya kongsikan artikel yang saya petik dari utusan online untuk anda renung dan timbangkan...



Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan:

Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan penyerapan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.





Set kecantikan kulit paling ringkas.


Dapatkan set anda sekarang.... Konsultasi secara percuma untuk para pelanggan maipilihdotcom.


Fauziah Hamzah (846053)
012.764.0760 | bibimie@gmail.com

Memaksimumkan serapan vit E yang diperkaya khasiat ekstrak biji anggur

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar? semoga beroleh ketenangan dan kesabaran dalam menjalani rutin harian. Hari ini saya nak share tentang memaksimumkan serapan Vit E Shaklee yang telah diformulasikan mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur.
kredit 

nampaknya pengambilan vit E tak lengkap tanpa vit C dan begitu juga sebaliknya. tentu hasilnya lebih mengujakan jika anda tambahkan dengan ESP kerana ESP adalah sumber protein yang akan menghasilkan sel2 yang lebih sihat. dan yang paling penting pengambilan air yang secukupnya supaya selain dari memudahkan daya serapan ia juga penting sebagai pengangkutan nutrien untuk sampai ke seluruh bahagian tubuh...



jom cantik jelita.... sehingga berjumpa lagi... jangan ketinggalan membuat pesanan ya...!


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Ciri-ciri vitamin E yang berkualiti

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Apa khabar? dah settle ganti puasa? Ramadhan bakal menjelang, tak lama lagi dah nak start puasa dan menyambut kemenangan di hari raya. pertama sekali tak lain tak bukan yang kita ambil berat tentang ketrampilan. of course nak baju cantik siap bertema2 warna lagi... betul tak? sudah tentu wajah pun nak berhias rapi. kulit merupakan organ pertama yang akan menyerlahkan tahap kesihatan seseorang. utk rawatan kulit dari dalam, kita memerlukan pemakanan yang sihat agar kulit sentiasa cantik dan segar. kitar pembaharuan sel kulit dipengaruhi oleh faktor umur maka utk melihat kesannya sudah tentu berbeza antara setiap individu.

utk usia 20an - 22 hari
utk usia 30an - 28 hingga 30 hari
utk usia 40an - 35 hingga 40 hari
utk usia 50an - 50 hari dan lebih

kesimpulannya masih sempat lagi utk merawat kulit sebelum hari raya yang bakal menjelang. walaubagaimanapun, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.




dan apa yang penting ialah ketahui label yang tertera pada botol vitamin E pilihan anda

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium dan diperkaya ekstrak biji anggur. akhir kata... makanlah dengan ilmu pengetahuan dan semoga kita tahu apa yang kita makan..

Jumpa lagi di lain entry... daa...

Fauziah Hamzah (846053)
012.764.0760 | bibimie@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...