Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Strok : langkah pencegahan dan peranan makanan tambahan

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Dalam entri yang lalu kita telah ketahui risiko strok terkawal dan tidak terkawal. walaubagaimana pun, masih tidak terlewat untuk kita lakukan langkah pencegahan supaya peratusan serangan terhadap diri kita masih kecil walaupun peningkatan usia tetap menjadi penyumbang risiko tak terkawal. kos mencegah pula lebih rendah berbanding dengan kos merawat. bukan dari faktor kewangan maksud saya tetapi dari segi nilai kesihatan yang tak dapat di tukar ganti dengan nilai wang ringgit.

terdapat empat faktor utama yang mendorong kepada berlakunya serangan strok iaitu

1. tekanan darah tinggi : 
Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang dipam oleh jantung anda dan jumlah rintangan aliran darah dalam arteri anda. Lebih banyak darah yang dipam oleh jantung melalui arteri yang sempit maka lebih tinggi tekanan darah anda. Anda boleh mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi) selama bertahun-tahun tanpa apa-apa petunjuk. Sungguhpun begitu, kerosakan saluran darah dan jantung anda masih dapat dikesan. tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang serius, termasuk serangan jantung dan strok.

2. Tinggi kolesterol: 
Kolesterol adalah berasaskan minyak maka tidak bercampur dengan darah yang berasaskan air. Terdiri daripada LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). fungsi utama kolesterol ialah
- Menyumbang kepada struktur dinding sel
- Membentuk asid hempedu utk pencernaan dalam usus
- Membolehkan tubuh menghasilkan vitamin D
- Membolehkan tubuh menghasilkan hormon tertentu
Kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia adalah faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari dan penyebab serangan jantung. hehadiran LDL yang tinggi dlm darah menyumbang kepada pengumpulan kolesterol dalam arteri, manakala HDL membawa kolesterol ke hati untuk penyingkiran daripada badan. pengumpulan kolesterol membentuk sebahagian daripada proses yang menyempitkan arteri, yang dipanggil aterosklerosis di mana pembentukan plak akan menyebabkan sekatan aliran darah. Paras kolesterol boleh dikawal dengan merubah diet harian, melakukan senaman, mengawal berat badan dan mengehadkan pengambilan makanan yang berlemak.

3. kencing manis / diabetis:
Diabetes meningkatkan risiko strok kerana tahap glukosa dalam darah boleh merosakkan arteri yang mana saluran darah menjadi sempit (dipanggil aterosklerosis). Diabetes juga meningkatkan risiko
terbentuknya plak dari lemak di dalam arteri. keadaan ini meningkatkan gangguan pengaliran darah yang lebih lancar. Jika ini berlaku di arteri yang menuju ke otak, ia boleh menyebabkan yang stroke. Pesakit diabetes mempunyai dua hingga tiga kali lebih cenderung untuk mengalami serangan strok.

4. Merokok:
Bahan kimia dalam rokok termasuk karbon monoksida, arsenik, formaldehid dan sianida merosakkan dinding salur darah, mengakibatkan aterosklerosis (penyempitan arteri). Ini meningkatkan peluang darah beku terbentuk pada arteri ke otak dan jantung. Pembekuan darah secara tiba-tiba boleh menyekat arteri sepenuhnya dan menyebabkan strok apa bila otak dengan tiba2 terputus bekalan oksigen.

berbalik kepada cerita sahabat saya yang mengalami serangan strok tempohari. difahamkan ada pendarahan beku di otaknya yang hampir dengan saraf motor. oleh sebab itu beliau mengalami lumpuh sebelah kiri.


beliau telah bertanyakan kepada doktor tentang pengambilan supplement dan atas cadangan doktor, beliau boleh mengamalkan minyak ikan  Omega guard. untuk anda yang ingin mengambil langkah pencegahan saya mengesyorkan pengambilan makanan tambahan berikut :






Gabungan sempurna untuk gaya hidup sihat... 
1. Phytocol-ST
2. Omega Guard
3. B complex
4. Vita C Plus
5. CoQ Health

Perfect!


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...