Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Kanser si pembunuh senyap

salam semua... selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.
apa khabar? dah hampir 10 malam terakhir Ramadhan dah nih. sedih pulak Ramadhan nak berakhir. mari kita doakan semoga panjang umur dan dapat berjumpa lagi di Ramadhan tahun hadapan. Insya-Allah.

kelmarin, saya berkesempatan menziarahi sahabat lama di hospital putrajaya. beliau diuji dengan kanser payudara tahap 4. saya rasa agak terkilan kerana beliau telah pun mengetahui serangan kanser tersebut sejak dua tahun lepas tetapi suaminya hanya mendapat tahu ketika dimasukkan ke hospital tersebut beberapa hari lalu. Allahu Akbar! penyakit yang sebegini kenapalah nak dirahsiakan dari pengetahuan orang yang paling rapat sekali. jika di tahap2 awal, masih boleh diubati dengan izin Allah. yang penting berusaha mengubatinya. keadaannya sekarang sudah kritikal di mana serangan telah merebak ke seluruh bahagian badan. kulit dan matanya sudah kekuningan. payudara sebelah kanan telah membengkak agak besar. sesekali beliau menahan kesakitan. Allahu Akbar... tak sampai hati melihat keadaannya. moga diringankan bebanan kesakitan tersebut. memandangkan pihak hospital tidak dapat melakukan rawatan susulan kerana serangan sel kanser tersebut telah hampir meliputi seluruh badan maka beliau diarahkan pulang. semalam sepatutnya kawan saya selesai urusan keluar dari hospital namun berita pada petangnya ialah beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital. agak ralat kerana ketika menziarahinya tempohari beliau kepingin melihat wajah anak2nya namun tak kesampaian kerana polisi hospital tidak membenarkan kanak2 masuk ke wad. semoga rohnya tenang dan tergolong dalam golongan orang2 soleh dan solehah. insya-Allah.


Kanser terjadi apabila berlakunya aktiviti tak normal pada sel yang membahagi. kombinasi dari genetik, sikap, faktor alam sekitar dan gaya hidup mempengaruhi berlakunya aktiviti tidak normal terhadap sel yang menjurus kepada berlakunya kanser. dalam satu kajian ada beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kewujudan kanser iaitu:
- proses penuaan
- tembakau
- cahaya matahari
- terdedah kepada radiasi ion
- bahan kimia
- virus dan bakteria
- hormon
- sejarah keluarga
- alkohol
- diet tak seimbang, kurang aktiviti fizikal dan berlebihan berat badan.

Disebabkan kanser terjadi akibat aktiviti tidak normal pada sel, kita perlukan antioksidan untuk mengawal aktiviti sel agar tidak mengalami gangguan. Supplement yang bertindak sebagai antioksidan seperti Vit C, Vit E, Carotomax serta Vivix. disebabkan sukar utk menjalani gaya hidup yang sihat dan tak mampu mengatasi masalah2 persekitaran yang menyumbang kepada gangguan aktiviti sel maka adalah penting bg kita mengambil langkah berjaga2 agar kesihatan diri tetap terjamin... insya-Allah.

pilihan untuk kekal sihat berada di tangan anda. dapatkan set antioksidan untuk anda sekeluarga, hari ini.




Fauziah Hamzah (Cik Pau) | Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...