Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Cerita Diabetis dan Syawal part 1

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar? mcm mana dengan pengurusan berat badan anda? masih boleh maintain utk sepanjang Syawal... atau dah meningkat naik secara mendadak? penat buang kilo masa Ramadhan ritu... dah topup semula. maklumlah Syawal pesta open house pulak.

hari ini saya nak share tentang diabetis di bulan Syawal. kata sepupu saya yang bekerja sebagai jururawat di Hosp. Muar, Syawal ni laa ramai pesakit nak kena pantau. over raya sampai tak ingat tengah tak sihat. anak cucu dan saudara mara datang melawat di hospital dengan juadah raya, pesakit pulun makan sungguh2. bila tiba pemeriksaan darah dan tekanan darah mulalah tak konsisten dan naik tinggi. yang memenuhi undangan rumah terbuka pun tak kurang juga. juadah berlemak berminyak dan manis memang tak boleh nak elak. Langkah bijak, kena bekal Phytocol-ST bila nak pergi open house.




Alkisahnya balik raya hari tu giliran kg suami saya di Muar. petang hari raya pertama tu ada sekeluarga datang berziarah. kali pertama saya berkenalan dengan keluarga ni. rupanya si suami bekerja di bahagian admin Hosp. Muar manakala isteri pula seorang doktor selaku ketua jabatan di Hosp. Batu Pahat. Ayah mertua saya ni penghidap kencing manis dan sekarang mengamalkan insulin. dah habis borak2 hal keluarga, ayah mertua saya hulurkan kad rekod kesihatan dan minta si doktor bg penerangan.

kata Pn. Doktor..."pakcik ni ada kencing manis, buah pinggang rosak sikit..." dan ada beberapa perkara lagi yg diterangkan. saya tak amik pusing sangat sebab sedang melayankan anak ketika itu. kemudian doktor kata lagi... "kena jaga makan. nasi jangan makan banyak. air tak boleh banyak. air buah boleh minum..." dan panjang nasihat serta panduan yang diberikan.

selesai ceramah, mereka sekeluarga beransur pulang. tiba2 ayah mertua merungut2 sebaik sahaja keluarga tersebut beredar dari halaman rumah. ada nada tak puas hati dengan ceramah percuma tadi barangkali. rupanya ada silap faham. doktor cuma kata kurangkan makan tp ayah mertua beranggapan supaya disarankan jgn makan. "kalau semua tak boleh makan, jadi nak makan apa? kalau dah hypo macam mana? senang laa cakap, sendiri tak kena...." dan rungutan tak puas hatinya berpanjangan. kalau nak diikutkan selera ayah mertua saya ni boleh tahan juga. makan nasi dua pinggan. minum berbotol2... haus katanya. jadi bila ada yang menegur mungkin dia rasa marah. baginya masa tengah ada selera ni makan jer. nanti dah sakit susah nak makan. so... layannnn.

sebenarnya bukan tak boleh nak puaskan nafsu makan tapi ubah kepada pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap. kemudian mindset kena betul. bila dah ada penyakit kenalah usaha kurangkan pengambilan makanan dan makan berkala utk elakkan serangan hypo (kadar gula dalam darah terlalu rendah). kena ubah tabiat pemakanan. kalau kita nak ikut tabiat makan mcm orang sihat memang tak boleh laa kan.

Ketidakpuasan hati tersebut berlanjutan hingga ke hari esok bila adik ibu mertua sekeluarga datang berhari raya. nak tau cerita selanjutnya... bersambung ke part 2...

Jangan lupa mai singgah maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...