Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Cerita Diabetis dan Syawal Part 2

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Apa khabar? semoga sihat2 saja. seronok betul melayan jemputan rumah terbuka pada hujung minggu lalu. tapi alhamdullillah dapat kawal makan seadanya sebab tak bawa bekal 2 biji phytocol-ST... haru sungguh. terima kasih kerana menanti sambungan Cerita part 1 tentang diabetis. tergendala nak buat posting beberapa hari. jom baca kisah selanjutnya.

Pada petang hari raya kedua, adik kepada ibu mertua singgah beraya bersama keluarga. empat anaknya, tiga sudah berumahtangga bersama suami masing2 dan seorang lagi masih bujang merupakan seorang penuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. seperti yang telah dijangka, bapa mertua saya kembali bercerita tentang nasihat si Pn. Doktor semalam dalam nada yang tak puas hati. Birasnya pun membalas...
"Doktor bukan tak bagi makan terus, bang.... maksudnya tu kurangkan saja. sekadar rasa2 jangan makan banyak2....." dan nasihatnya meleret2.

suami saya terkekeh2 gelak dengan situasi tersebut. masakan tidak... si pesakit menasihati pesakit juga. yang menasihati juga menghidapi penyakit kencing manis hingga mengakibatkan gangguan penglihatan serta menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu. hanya yang mengalami saja yang tau apa rasanya dan tau apa yang perlu dibuat. dan lagi sekali bapa mertua dapat de ceramah free... mendengar sambil tarik muka.

Kenali 10 gejala Diabetis. 

simpati memanglah ada tapi bila dah ada penyakit, pantang larang dan pengawalan pengambilan makanan perlulah dipatuhi. bila dah jatuh sakit.. makan apa pun dah jadi tak sedap. orang sihat dapat makan banyak2 tapi yang sakit kena kawal kadar pengambilan makanan.                                                                            
sekadar renungan... untuk yang masih sihat ni mari kita sama2 pantau dan jaga diet harian. kalau rasa tak mampu nak penuhi diet harian yang seimbang, dapatkan makanan tambahan yang berkualiti seperti Shaklee. patuhi peringatan Rasulullah yang 5... antaranya ialah berhenti sebelum kenyang dan sihat sebelum datangnya sakit.

semoga anda semua beroleh pengajaran yang bermanfaat dari kisah yang di kongsikan. Insya-Allah




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...