Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Cerita Diabetis dan Syawal Part 3

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom~rakan nutrisi anda.

Wahh.. Ada part 3. Dalam entri part 2 yg lalu xde sebut pun ada part 3. Huhu... Since apa yang nak share hari ni bersangkut paut juga dengan diabetis so kita masuk part 3 laa yer.  

Masih lagi berkisar ttg keluarga adik ibu mertua yang datang berziarah pada hari raya tempohari. Kata mak ngah, sebelum ini pak ngah pun ambil insulin juga mcm ayah mertua tapi lepas kawal pengambilan makan, dos insulin pun berkurang dan kini alhamdulillah x perlu bergantung pada insulin. "Lagi pun, insulin kan dari babi. Itu yang x nak ambil terus menerus tu. Insulin terbaik mmg dari babi... " Kata mak ngah lagi. 

Whattt...!!! Yer ker mak ngah? Saya buat muka tak percaya. Sebelum ni mmg ada dengar penggunaan sumber babi utk perubatan. Ingatkan untuk gantikan cecair di tempurung lutut jer... Rupanya insulin pun guna sumber yg sama. Maka sebenarnya kalau x makan coklat Cadbury pun Muslim masih terdedah kepada sumber babi.... Owhh... 


Kita mungkin boleh kata tak mengapa sebab darurat. Pada pendapat saya, konsep darurat begini mcm tak kena gaya. Kalau lahir2 dah ada diabetis kira darurat laa... Kalau asal2 sihat tapi tak jaga kesihatan, makan minum belasah jer... Mmg cari penyakit namanya tu. 

Jadi sebagai peringatan untuk diri saya juga, sentiasa ambil berat tentang apa yang kita makan kerana kita adalah apa yg kita makan. Baik bendanya maka baiklah hasilnya. Kalau nak tau sejauh mana risiko berpenyakit, pantau berat badan anda. 
- Terlebih berat, anda diintai penyakit. 
- Gemuk bakal disapa penyakit. 
- Obesiti pula menandakan berisiko diserang pelbagai penyakit. 

Kekalkan berat badan yang sihat. Semoga kita sentiasa beringat utk kesejahteraan di masa hadapan. Insya-Allah...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...