Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Kepentingan pengambilan air yang cukup



salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar? kali ini saya nak kongsi tentang kepentingan pengambilan air yang cukup untuk manfaat tubuh anda. 70% daripada keseluruhan tubuh kita terdiri daripada bendalir. adalah penting bagi kita untuk sentiasa mengekalkan peratusan tersebut supaya sistem tubuh tidak terganggu. Apakah kepentingan pengambilan air yang cukup?


1. Meningkatkan tenaga & mengurangkan keletihan - bendalir yang cukup di dalam otak membantu anda berfikir, fokus dan menumpukan perhatian yang lebih baik dan lebih peka. Sebagai bonus tambahan, tahap tenaga anda juga dirangsang!

2. Menggalakkan penurunan berat badan - pengambilan air yang cukup akan mengurangkan pengambilan makan. kerap meminum air juga mengurangkan rasa lapar, meningkatkan kadar metabolisme anda dan mempunyai sifar kalori.

3. Menyingkirkan toksin - Menyingkirkan sisa melalui peluh dan kencing yang mengurangkan risiko batu karang dan jangkitan saluran kencing.

4 Memperbaiki tekstur kulit - Melembapkan dan menyegarkan kulit, lembut, berseri serta licin. Meminum air yang cukup mampu menghilangkan kedutan dan merupakan rawatan anti-penuaan yang paling asas serta murah.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

5. Mengekalkan kekerapan pembuangan - Membantu penghadaman kerana air adalah penting untuk mencerna makanan dan mencegah sembelit.

6 Meningkatkan kecekapan sistem imun - pengambilan air yang mencukupi juga membantu memerangi selesema, kanser dan penyakit lain seperti serangan jantung.

7 Mengubati sakit kepala - Membantu melegakan dan mencegah sakit kepala yang biasanya disebabkan oleh dehidrasi cth: migrain. ikatan molekul air ialah H2O. maka lebih banyak oksigen dibekalkan ke otak akan melegakan sakit kepala.

8 Mencegah kekejangan - penghidratan yang betul membantu sendi2 memperolehi pelincir yang cukup dan otot menjadi lebih elastik. ini mengurangkan masalah kesakitan pada sendi dan otot.

9. Meletakkan anda dalam mood yang baik - Apabila badan berfungsi yang terbaik, anda akan berasa hebat dan gembira.

10. Paling penting, bendalir yang cukup membenarkan nutrisi dari makanan tambahan yang anda makan, sampai ke seluruh bahagian tubuh. Barulah pengambilan makanan tambahan boleh menampakkan kesannya.

Lepas ni boleh rancang dan disiplin minum air untuk memenuhi keperluan tubuh.
semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...