Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Blogging Contest

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Okeh tak template baru blog ni? aha... ini yang nak buat contest nih sempena pelancaran template baru dan birthday anak saya Nur Amirah Sofiyyah Helmy yang pertama.

Contest ini akan berlangsung selama sebulan di bulan Oct 2014.
1. terbuka kepada BUKAN SID.
2. memblog tentang masalah kesihatan anda, ibu, ayah, suami, anak, atau
3. ingin mencuba mana2 produk keluaran Shaklee. kenapa?
4. atas sekali sebelum tulis entry tu letak logo maipilihdotcom dan linkkan ke alamat http://maipilihdotcom.blogspot.com


5. lepas tulis blog, tulis link entry tersebut dalam ruangan komen di bawah.

5 orang pemenang akan dipilih. Hadiahnya :

1. ESP
2. Mealshakes
3. Vitamin E
4. Alfalfa & Lecithin
5. Ostematrix & B complex



mudah jer... pastu ajak kawan2 join contest ni ya...
tq






Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Eksklusif : Jana pendapatan sampingan 4 angka

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

apa khabar? bersawang pula blog ni. ada masalah sedikit dengan port internet sejak akhir2 ni hujan lebat guruh kilat sampai rosak talian internet ni. So hari ini saya nak share tentang berita Eksklusif : Jana pendapatan sampingan 4 angka. apa yang eksklusifnya ialah secara langsung dari meja mentor jutawan muda Shaklee iaitu Presidential Master Shareeza Hashim.

Menyertai Magic class yang pertama sebagai fasilitator. 

Anak saya yang paling depan ni, Azmahani menyertai Magic class pada hari kedua. 

Magic Class ini khas untuk susur galur ahli yang direct dibawah PM Cery..... tapi yang terpilih saja tau. Oleh kerana saya ni anak PM Cery, jadi susur galur saya ke bawah tak kira berapa tingkat boleh datang menyertai kelas magic ini. 

Apa yang eksklusifnya selain secara personal dengan PM Cery ialah tumpuan yang dapat diberikan. hanya 5 orang untuk satu sesi jadi kumpulan yang kecil seperti ini lebih mudah untuk Q&A. pengisian kelas ini ialah tentang memulakan bisnes Shaklee. memulakan biz Shaklee nampak mudah tapi kalau tiada matlamat yang jelas pastinya tak tau bagaimana nak mula. ramai juga yang dah lama tapi tak berganjak... masih lagi master distributor. akhirnya menguburkan impian untuk kaya dan berjaya. bila kita tak bertindak, orang lain pula yang akan ambil tempat kita. kan dah rugi tu... 

Sertai Magic class Eksklusif : Jana pendapatan sampingan 4 angka untuk memulakan bisnes Shaklee. langkah awal ialah mendaftarkan diri sebagai pengedar Shaklee samada dengan bayaran RM75 atau perolehi keahlian secara percuma dengan Promosi yang bakal berakhir ini... Beli 6 ESP dan percuma 1, atau sebarang pembelian dengan nilai RM650. 

kalau mau boleh rojer ya... daaa


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Pengambilan ESP boleh menggemukkan

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.



Memandangkan promosi ESP produk yang paling hot ini masih belum berakhir maka saya nak kongsikan bagaimana pengambilan ESP boleh menggemukkan anda jika sekiranya anda bercadang untuk memasukkannya dalam regim diet anda. 

Jom baca beberapa fakta tentang protein  & ESP

1) Apakah protein?
Protein adalah polimer kepada 20 molekul ringkas amino asid yang terikat pada ikatan peptida. 

2) Apakah fungsi protein dalam tubuh manusia 
* bahan asas untuk membina tisu, otot, organ, rambut dan kulit, dan juga sel darah. kalau rumah dibina dengan batu bata, human body dibina dari protein
* bahan penjana tenaga. proses penguraian protein kepada molekul teringkas asid amino juga membebaskan tenaga

3)Makanan sumber protein 
a) Sumber haiwan seperti daging, telur, ikan dan produk susu 
kelebihannya - mempunyai hampir semua 20 asid amino yang diperlukan manusia
kekurangannya - mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi dan membahayakan manusia jika pengambilan kerap

b) Sumber tumbuhan bijirin, kekacang, gandum, barli, beras, jagung, soya
kelebihannya - mempunyai kandungan lemak dan kolestrol yang rendah
kekurangannya - tidak mempunyai semua asid amino yang diperlukan manusia

4) Apakah ESP
Shaklee ESP powder is a good source of soy protein. Membekalkan 14 gram protein soya berkualiti tinggi dari kacang soya non-GMO. Mengandungi protein lengkap dengan semua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Istimewanya ESP BEBAS LAKTOSA DAN KOLESTEROL. 

5) Kenapa perlu beli Shaklee ESP:

* Provides sustained energy and helps ward off hunger because it provides a constant source of energy.
* Soy protein helps to reduce cholesterol.
* Contains five essential B vitamins, half the Daily Value for calcium, and soy isoflavones. Studies have shown that soy helps regulate hormonal balance during the transitional period of menopause.
* This non-GMO soy protein is produced under an Identity Preservation Program (IPP), which means that the soybeans are tightly monitored and controlled from planting through processing.
* Low glysemic index
* Total sugar in product yang sangat rendah 9gram/3 sudu. Paling penting gula dalam ESP dalam bentuk molekul paling ringkas

6) Siapa perlukan ESP
a) Individu sihat yang inginkan hidup aktif dan bertenaga - ESP membekalkan tenaga segera dan berpanjangan
b) Individu yang ingin ANGGUN(berat badan ideal, bentuk badan elok, kulit mulus, rambut bersinar) - lihat fakta (2). pengambilan ESP membekalkan protein yang akan digunakan untuk membina badan yang sihat.
c) Ibu hamil - pengambilan ESP membekalkan tenaga, membantu mengurangkan paras gula dalam darah, membekalkan sumber protein untuk perkembangan bayi
d) Ibu menyusu - pengambilan protein dan kalsium sangat penting untuk pembentukan susu ibu.
d) Pesakit diabetes - gi yang rendah, kandungan gula rendah menjadikan ESP makanan tambahan terbaik
e) Ahli bina badan - peratusan protein tinggi (50%) dalam ESP membantu membina otot dengan pesat percentage protein dalam ESP paling tinggi compare to protein shake lain yang ada di pasaran. 

7) Isu - betulkah makan ESP boleh menggemukkan? 

Semua protein yang dimakan, JIKA TIDAK DISALURKAN/DIGUNAKAN akan ditukarkan KEPADA LEMAK. Lemak itulah yang menggemukkan anda.

Ambil ESP dengan cara dan dos yang betul tidak akan membuatkan anda gemuk.

Bagaimana ?
1) Sebelum makan - ini akan membuatkan anda berasa kenyang dan secara automatik mengurangkan kuantiti makanan selepas itu.
2) Elakkan mengambil ESP sebelum tidur - ini kerana protein, karbohidrat dan lemak tidak diproses ketika anda kurang aktif dan kemungkinan besar akan ditukar kepada lemak.

nota tambahan :

fahami 

"gemuk" adalah tidak sama dengan "berotot"
1) badan membesar tidak baik(read: gemuk) terjadi kerana pembentukan lemak.
Indicator - isi di bawah kulit lembik dan menggeleber

2) badan membesar baik(read: berotot) terjadi kerana pembentukan otot.
Indicator - isi di bawah kulit pejal dan padat

Ketahui keperluan kalori anda. Ini bg memastikan anda tidak mengambil makanan dengan kalori berlebihan yang akan mengakibatkan anda menjadi gemuk. 

Jadi.... Bukan salah ESP kalau result yang anda dapat adalah sebaliknya ya. 
Saya sendiri susut 7kg selepas konsisten dengan ESP. 

Dapatkan stok anda sekarang sebelum promosi berakhir dan selagi stok masih ada. 





Fauziah Hamzah (Cik Pau) 
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Pengalaman manis dengan Shaklee

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. 

Hari Isnin pada kebiasaannya orang gelar Monday Blues sebab rasa macam malas nak pergi kerja lepas cuti hujung minggu. Tak hairanlah kalau hari Isnin ramai yg sampai lewat di pejabat sebab terlajak tidur... Huhuhu... Saya pun dulu gitu tapi sekarang tidak lagi. Hari ini saya kongsikan moment manis setelah berkecimpung dalam shaklee selama 3 tahun. 

Sudah tentu pengalaman paling manis saya ialah kembali sihat seperti sediakala. Nikmat kesihatan sangatlah tidak ternilai. Lagi pula sebagai ibu dan isteri, tentulah saya amat diperlukan oleh anak-anak dan suami. Saya mesti berada dalam keadaan sihat utk menjaga keperluan mereka dan tak mau menyusahkan orang lain kalau tiba-tiba jatuh sakit. 

Pengalaman manis yang lain bila mana dapat meraih pendapatan sampingan 4 angka. Pendapatan sampingan ni pulak x memerlukan saya utk keluar rumah, mengharung jammed, bermodal tambang dan membanting tulang. Semuanya dilakukan secara online bermodalkan masa terluang atau sambil2 menyusu anak dan menonton tv pun boleh buat. Modal lain ialah jari yang sihat supaya dapat menaip dengan lancar. Hahaha... 

Saya pernah juga ronda-ronda Pasar Seni suatu ketika dulu. Tanya setiap kedai kalau derang nak terima budak part time. Saya plan lepas habis kerja pukul 5 ptg sambung kerja part time smpi pukul 9 mlm. Lepas tu balik lah naik keretapi. Tapi bila fikir nanti saya tak ada masa dengan keluarga, sian pulak anak-anak yang masih kecil memerlukan perhatian. Suami pun sama laa... Baby paling besar yang kena jaga hatinya. 

Alhamdulillah tak lama lepas tu saya jumpa bisnes Shaklee. Tentulah saya rasa teruja dapat duit tepi rm2000 sebulan... Banyak tuu... Lebih dari separuh gaji saya ketika itu. Tambahan lagi dengan bimbingan berterusan mentor saya, PM cery maka dapatlah saya pertingkatkan bonus saya hingga sama banyak dengan gaji. 

Seterusnya kemanisan biz shaklee ni saya dapat hadiahkan percutian 5 bintang kepada suami saya melalui Shaklee local conference di Sabah. Hadiah ini sebagai tanda terima kasih kerana menyokong usaha saya selama ini dalam biz shaklee. Masakan tidak, dialah PA saya. Si tukang pos, tukang bungkus, rider pergi beli stok, tukang redah jammed berhujan berpanas nak pergi beli stok di wangsa maju. Dialah tulang belakang saya. PA tak berbayar tapi dapat percutian 5 bintang. Ok laa tu kan? 

Lagi... Kenangan manis dapat beli Exora merah untuk menggantikan kelisa biru. Anak dah nak masuk 5 masa tu. Bertahan dengan kelisa tu sampai anak 4 memang sarat kereta tu. Bila beli kereta besar jadi makin x muat pulak sebab mcm banyak barang nak disumbatkan... Hahaha... Saya apply loan kereta selepas memenuhi kelayakan untuk bonus kereta. Jadi Exora tu, Shaklee yang belanja saya.. Hehehe..

Owh.. Ada lagi kenangan manis bila anak cucu susur galur saya dapat award di local national conference yang berlangsung pada Jun lalu. Kita bukan nak senang sorang2. Kalau saya boleh dapat, tentulah saya mahu susur galur saya rasa benda yang sama. Saya dah merasa 5 angka dan saya nak pastikan anak cucu semua sampai ke tahap 5 angka. 

Eh.. Hampir terlupa. Kenangan manis yang amat bermakna dalam hidup saya ialah meletak jawatan setelah 10 tahun berkhidmat dengan salah sebuah agensi kerajaan dan pendapatan Shaklee saya ketika itu dua kali ganda jika dibandingkan dengan gaji. Syoknya mengasuh anak2 dirumah memang  tak tergambar tambahan lagi kes2 anak kecil mati di taska seakan menjadi wabak. Syukur saya dapat menjaga Amirah sofiyyah dan memasak untuk keluarga dengan air tangan sendiri di rumah. Alhamdulillah. 

Gambar di bawah sewaktu motivation rally yang baru saja berlangsung. Ada lagi gambar susur galur saya. Next entry nanti saya cerita tentang anak2 saya pula ya. 



Mahu mulakan bisnes Shaklee? Jangan takut untuk mencuba kerana semua miliki  peluang yang sama. Dengan Shaklee hidup anda pasti berubah. 


Tips memulakan bisnes Shaklee dan jana pendapatan 5 angka

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Apa khabar? Semoga anda semua dalam rahmat Allah selalu. Terima kasih kerana mengunjungi maipilihdotcom. Tentu anda tertarik dengan tajuk diatas dan tak sabar nak tau tips memulakan bisnes Shaklee dan jana pendapatan 5 angka. Okeh boleh tarik nafas..... dan start baca.

Segalanya bermula ketika saya mencari supplement untuk meningkatkan penghasilan susuibu. Ketika itu anak saya baru berusia 8 bulan dan pada masa yang sama, saya juga mengalami masalah kesihatan lain. Jadi kerana bimbangkan keadaan bertambah teruk, saya berusaha mencari penawar untuk mengembalikan kesihatan di samping menambah susuibu. Alhamdulillah saya ditemukan dengan insan hebat, Presidential Master Cery yang telah membimbing dan membuka jalan untuk saya berkecimpung dalam bisnes Shaklee.

Jika dikira dari tempoh masa saya serius menjalankan bisnes shaklee ini, sudah melangkaui tiga tahun lamanya. Satu tempoh yang agak panjang tetapi banyak pengalaman yang dapat saya timba selama ini. Jatuh bangun, penerimaan, penolakan, konflik, krisis, boikot... banyak sangat kalau nak cerita. Tapi walau badai melanda saya tetap berdiri dan masih lagi kekal dalam bisnes Shaklee kerana saya yakin dengan produk Shaklee yang berkualiti dijamin berkesan, selamat dan semulajadi. Sistem pemasaran Shaklee yang adil juga telah menambat hati saya untuk kekal dan bertahan sehingga kini.



Bagaimana harus anda mulakan?

1. Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah menyertai keahlian Shaklee dengan bayaran RM75 atau keahlian percuma dengan sebarang pembelian sekurang-kurangnya RM650.
2. Menggunakan produk Shaklee dan merasai sendiri perbezaan yang anda alami selepas menggunakannya.
3. Berkongsi dengan umum tentang perasaan anda terhadap kesan2 yang berlaku selepas menggunakan produk Shaklee selama beberapa tempoh.
4. Mula membina empayar anda dengan mengajak rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara menyertai misi anda untuk menggunakan dan memulakan perkongsian pengalaman kesan dari penggunaan produk Shaklee.

Ia cuma empat langkah mudah untuk memulakan bisnes Shaklee. Jadi apakah tips untuk menjana pendapatan 5 angka?

Untuk menjana pendapatan 5 angka, ia lebih mudah dari apa yang anda sangka. Ada dua cara untuk anda pilih yang sesuai dengan jiwa anda
  1. Meneruskan perkongsian tanpa jemu dan berurusan jual beli secara “direct selling”.  Hanya anda seorang yang membuat jualan produk dengan jumlah yang besar. Anda akan perolehi untung runcit dan bonus yang dikira melalui unit belian atau UV.
  2. Meneruskan perkongsian tanpa jemu dan berurusan jual beli secara “direct selling”. Di samping itu, anda mendaftarkan downline di bawah anda dan memberi bimbingan bagaimana membuat jualan produk Shaklee menggunakan cara 4 langkah yang tersebut diatas.

Cara kedua lebih mudah untuk menjana pendapatan 5 angka kerana Shaklee membayar anda sebagai fasilitator yang memberi bimbingan kepada downline. Dan yang lebih menarik lagi ialah Shaklee membayar sehingga 6 tingkat di bawah anda. Secara tidak langsung dengan cara ini juga, anda telah mengajak dan membantu lebih ramai orang menjana pendapatan, berbanding cara pertama yang hanya tertumpu kepada pendapatan diri sendiri. Fokusnya ialah membantu lebih ramai orang untuk memperbaiki tahap kesihatan dan kewangan. Anda akan perolehi pelbagai jenis bonus lain seperti bonus kereta, bonus kepimpinan dan tiket percutian 5 bintang secara percuma.

Terlalu panjang untuk saya huraikan satu persatu tentang menjana pendapatan 5 angka. Bagi anda yang berminat untuk memulakan bisnes Shaklee, kami melancarkan #ProjekBuatDuitRM500 pada bulan ini. Kalau pemberian BR1M setahun sekali, dengan Shaklee anda mampu mendapatkannya pada setiap bulan. Jika pernah terlintas difikiran anda untuk menjana pendapatan sampingan, inilah peluang yang harus anda cuba.


Anda boleh mengisi borang di sini dan akan dihubungi semula. Terhad untuk 20 orang yang terawal sahaja tau.  






Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Tips : 10 makanan terbaik untuk mengawal stress

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.



Kalau sebelum ini saya kongsikan tips 10 makanan terbaik untuk kulit sempurna, kali ini saya kongsikan tips 10 makanan terbaik untuk mengawal stress. jika anda mampu memenuhi diet harian yang seimbang, mungkin tiada masalah untuk mengamalkannya. bagi anda yang inginkan sesuatu yang ringkas, saya sangat mengesyorkan pengambilan makanan tambahan Shaklee yang terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Jom kita tengok makanan apakah yang diperlukan untuk mengawal stress.


1. Beras perang - sumber terbaik vitamin B yang penting untuk fungsi kesihatan jantung, meningkatkan kecekapan sistem imun, otak dan juga menenangkan fikiran. Khasiat dalam beras perang boleh membantu mencegah tercetusnya tekanan mencegah pelbagai jenis kecelaruan perasaan. Jika anda sering mengalami perasaan tidak menentu, cuba amalkan beras perang dalam diet anda dan nikmati kehidupan bebas tekanan.

2. Bayam - penuh dengan Vitamin A, C dan B-vitamin dan kaya dengan kalium, kalsium, fosforus dan magnesium, yang membantu mengurangkan hormon tekanan dalam badan, menstabilkan mood dan membuat anda berasa lebih baik.

3. Salmon - makanan berkhasiat tinggi asid lemak Omega-3. Bertindak meningkatkan bahan kimia untuk otak mentafsir rasa gembira seperti serotonin dan membantu mengawal hormon tekanan seperti adrenalin dan kortisol. Selain itu, Omega-3 membantu meningkatkan fungsi otak anda. Jika anda tidak suka salmon, pilih ikan berminyak seperti sardin, tuna dan ikan kembung.

4. Teh hijau - mengandungi antioksidan yang kuat seperti polifenol, catechin dan flavonoid, dan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lain. Amalan meminum teh hijau memberi kesan menenangkan pada minda dan badan anda seterusnya dapat membantu mengurangkan tekanan.

5. Avokado - dalam bahasa Indonesianya alpukat. Alpukat merupakan sumber protein, mineral, vitamin E dan vitamin C. Ia juga mengandungi kalium, serat dan lemak yang sihat. Ia membantu mengekalkan sel-sel saraf dan sel-sel otak yang sihat dan membantu untuk mengurangkan tekanan anda. Selain itu, avokado boleh membantu  mengawal paras kolesterol darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Blue berry - kaya dengan vitamin E dan vitamin C, mangan dan magnesium, yang membantu dalam mengurangkan tahap tekanan. Mengamalkannya juga dapat membantu melawan insomnia, kemurungan dan gangguan mood yang lain. Oleh kerana kandungan yang kaya dengan serat dan tahap kalori yang rendah, ia juga membantu dalam penurunan berat badan.

7. Oren - kaya dengan vitamin C, vitamin A dan vitamin B. Mereka membantu melawan radikal bebas yang berkaitan dengan tekanan dan penyakit jantung. Salah satu cara terbaik untuk menikmati khasiat buah oren adalah untuk minum segelas jus oren segar setiap hari. jus oren akan membantu anda melawan tekanan dalam masa yang singkat.

8. Cokelat gelap -  kaya dengan magnesium, mineral penting untuk melawan kelesuan, tekanan, cepat marah dan juga kemurungan. Pilih samada susu coklat atau pencuci mulut coklat gelap setiap kali anda rasa tertekan. Ia akan mengurangkan tahap tekanan anda dan meningkatkan mood anda.

9. Badam - mengandungi vitamin E, B2, zink, magnesium dan lemak yang sihat. Selain itu, badam merupakan sumber serat yang sangat baik.  Jika anda tidak mahu makan badam, anda boleh mengunyah pistachios atau walnut untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan tekanan anda.

10. Susu - kaya dengan kalsium, vitamin A, D, protein dan antioksidan, yang membantu memerangi radikal bebas yang dapat dikeluarkan apabila anda berasa tertekan. Segelas susu panas boleh membantu anda bertenang dalam masa yang singkat. Jika anda mengalami tekanan yang berkaitan dengan insomnia, cuba minum segelas susu panas sebelum masuk tidur dan anda akan mendapati tidur yang lebih nyenyak. Jika anda tidak minum susu, pertimbangkan untuk memakan yougurt atau pengambilan makanan tambahan seperti Ostematrix.

Nah... walaupun anda berjaya mengawal tekanan hanya dengan pengambilan makanan yang tersebut di atas tetapi jangan lupa untuk bersenam setiap hari. berjalan adalah cara yang terbukti untuk melawan tekanan. Semoga kita berjaya menguruskan tekanan dengan baik dan berkesan supaya tidak mendatangkan masalah kesihatan yang berpunca dari tekanan di kemudian hari.

credit



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Tips : 10 makanan terbaik untuk kulit sempurna

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Sebelum saya teruskan dengan entry hari ini tentang 10 makanan terbaik untuk kulit sempurna, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Aidiladha untuk semua umat Islam walau di mana jua anda berada. mari kita sama2 hayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail serta mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Insya-Allah....

Jadi kembali ke tajuk entri pada hari ini. Sedang saya google tentang penjagaan kulit terjumpa pula tips 10 makanan terbaik untuk kulit sempurna. jika anda memilih hanya ingin bergantung kepada pengambilan makanan seimbang, berikut adalah senarai makanan untuk kulit cantik. tetapi saya pasti kombinasi pengambilan makanan tambahan dan makanan semula jadi akan lebih menyerlahkan kesempurnaan kulit anda... Jom tengok apa yang boleh kita selitkan dalam menu harian...




1. Cili Benggala Merah - salah satu sayuran yang boleh dinikmati setelah dimasak atau dimakan mentah begitu sahaja. ia membekalkan vitamin C, vitamin B6 serta serat. kaya dengan karotenoid yang akan menghalang pembentukan kedutan dan meningkatkan peredaran darah ke permukaan kulit, yang menghasilkan kesan kelihatan lebih muda. karotenoid juga mampu menghalang pembentukan jerawat.

2. Cokelat gelap - kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanol yang membuatkan kulit tampak berseri (glowing). Antioksidan juga mengurangkan kekasaran pada kulit dan melindungi kulit dari kesan sinaran matahari. koko dalam cokelat juga bertindak melegakan arteri dan ini akan meningkatkan peredaran darah yang membawa kepada kulit lebih sihat.

3. Ikan Salmon - merupakan makanan yang sangat baik untuk melawan tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Salmon juga menyediakan kebanyakan keperluan harian vitamin D, yang  bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan hati, tulang, usus dan otak yang sihat. Ia juga membantu mencegah kanser kolon, keresahan, kemurungan, penyakit jantung dan penyakit tulang.

Salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat baik untuk melawan keradangan, kedutan dan jerawat. kandungan omega-3 yang tinggi juga membantu menghidrat kulit anda dari luar dan dalam, menyihatkan kulit kepala untuk akar rambut yang sihat dan kuat.

4. Minyak kelapa merupakan salah satu sumber yang kaya dengan lemak tepu dengan kira-kira 90 peratus daripada kalori sebagai lemak tepu. Ia mengandungi asid laurik, agen anti-bakteria dan anti-virus yang kuat yang dapat mengelakkan virus, jangkitan, keradangan dan jerawat. Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak yang penting dan Vitamin E, yang sempurna untuk menjaga kulit anda lembap, lembut, dan bebas kedut. Minyak kelapa dara dipercayai baik untuk tiroid juga terdapat bukti bahawa minyak ini boleh membantu mengurangkan berat badan.

5. Teh hijau - sumber antioksidan dan asid amino yang unik, L-theanine yang membantu badan anda berehat dan merendahkan tekanan. Mengandungi sejenis antioksidan yang terbukti dengan anti-kanser dan anti-radang. Teh hijau juga boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Minum 3 atau lebih cawan teh setiap hari untuk hasil yang lebih baik. 

6. Bayam - makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien dan merupakan sumber kaya zat besi, folat, klorofil, Vitamin E, magnesium, vitamin A, serat, protein tumbuhan, dan Vitamin C. Oleh kerana kebolehan antioksidan, Vitamin C, E, A dan terutamanya hebat untuk kulit anda. 


7. Benih Chia, biji rami, biji bunga matahari, biji labu dan biji flaks - Biji labu dan biji bunga matahari kedua-duanya kaya dengan selenium, Vitamin E, magnesium dan protein. Selenium dan protein menyimpan kedutan jauh, Vitamin E meningkatkan kelembapan pada kulit anda dan magnesium mengurangkan tahap tekanan anda. Asid lemak Omega 3 dalam biji flaks, chia dan biji rami sesuai untuk menghalang kedutan dan jerawat. Biji ini juga kaya dengan protein. 


8. Saderi (celery) - mengandungi Vitamin K yang mengekalkan peredaran darah yang sihat dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini boleh mengurangkan tahap tekanan anda yang mana boleh menyebabkan kulit buruk, migrain dan juga kanser.  Saderi juga mengandungi natrium semula jadi, kalium dan air, dan boleh membantu untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi akan mengakibatkan kulit mengalami kekeringan, mengelupas, kedutan, dan juga jerawat.

9. Betik - rendah fruktosa dan sangat baik untuk penghadaman. Nutrien antioksidan yang terdapat di dalamnya, termasuk Vitamin C dan E dan beta-karotena, yang diperlukan untuk mengurangkan keradangan kulit serta jerawat. Selain itu, Vitamin C juga boleh melindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Betik adalah sangat rendah kalori (hanya 39 kalori per 100 g) dan juga tidak mengandungi kolesterol. Selain dari khasiat untuk kulit betik juga sangat membantu untuk menurunkan berat badan.


10. Lobak merah - bukan sahaja untuk kesihatan mata, tetapi juga untuk kulit. Lobak merah kaya dengan vitamin A dan ia membantu menghalang terlebih hasil sel-sel pada lapisan luar kulit.  Sebum berlebihan yang bergabung dengan sel-sel mati akan menyumbat liang roma.  Selain dari itu, Vitamin A dapat mengurangkan aktiviti sel-sel kanser. 


Peringatan!

Pastikan untuk mengelakkan makanan ringan, terlalu banyak gula, lemak trans dan karbohidrat bertapis dan minum air secukupnya untuk mendapatkan kulit yang sempurna. 

credit 



Fauziah Hamzah (Cik Pau) 

Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Promosi sepanjang Oktober

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.

Nah ini promosi sepanjang Oktober. 



Suka tak? Suka tak? 
Hanya di maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...