Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Hilang sebahagian penglihatan akibat kekurangan omega 3

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Apa khabar hari ini? Apa planning cuti sekolah ya? Anak2 saya pun dah malas nak pergi sekolah yang masih berbaki. Kiranya dah mula bercuti sendiri laa ni. Pergi sekolah pun bukan ada buat apa pun, katanya. Duduk rumah memang hadap tv sajalah. Tak apa kita bagi peluang sementara cuti sekolah.

Dah baca entry yang sebelum ni? Rugi kalau tak baca entry tentang mencegah 19 penyakit dengan pengambilan omega 3. ada salah satu penyakit yang sangat terkesan di hati saya sampai saya tak boleh tidur malam tadi. teresak2 juga saya menangis. Emosi sungguh rasanya bila terkenangkan tak berupaya lagi melihat wajah comel anak2, suami dan ibu saya. Nauzubillah....Semoga Allah jauhkan segala macam bentuk penyakit dari kami sekeluarga. Insya-Allah. Jom kita berkenalan dulu dengan penyakit ni ya.

Macular Degeneration




Terdapat gangguan yang menyebabkan kehilangan penglihatan yang progresif kerana degenerasi makula. Ia berlaku pada bahagian retina yang bertanggungjawab untuk menghasilkan penglihatan yang jelas. Ini disebabkan oleh pengerasan arteri yang menghalang oksigen dan sel yang membawa nutrisi untuk keperluan retina. Di USA dan Eropah, ia adalah penyebab utama masalah kehilangan penglihatan bagi mereka yang berusia lebih 55 tahun. Kemampuan untuk melihat boleh hilang secara beransur-ansur atau secara tiba-tiba dan kebiasaanya penglihatan periferi dan warna tidak terjejas.

Jenis-jenis macular degeneration iaitu

  1. Atropic (kering)
  2. Exudative (basah)
    - disusuli dengan pendarahan atau kebocoran cecair dari jaringan salur darah yang halus yang terletak di bawah titik tengah retina.
Di sebabkan hanya kerosakan pada retina yang terlibat, maka hanya penglihatan pusat akan hilang tetapi masih boleh melihat disekitar yang lain.

Macular degeneration berkemungkinan besar dari aktiviti radikal bebas, sama seperti penyebab kepada katarak. Faktor yang mempengaruhi seseorang mendapat macular degeneration termasuk penuaan, aterosklerosis, tekanan darah tinggi dan pencemaran alam sekitar.

Antara nutrisi yang dicadangkan ialah

  1. pengambilan omega-3 dapat mengurangkan sehingga 70% risiko macular degeneration daripada berlaku.
  2. CoQ health sebagai antioksidan kuat yang mampu melawan radikal bebas. Bertindak membaikpulih fungsi retina bagi pesakit jenis exudative, akibat dari faktor usia.
  3. Vitamin E dengan selenium dan ekstrak biji anggur juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat yang melawan radikal bebas.
  4. Vitamin C selain bertindak sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas, ia juga membantu pembentukan collagen bagi pembinaan jaringan salur darah yang kuat dan meredakan tekanan pada mata.

Cadangan diet harian


  1. meningkatkan pengambilan sayuran berdaun hijau seperti kailan, bayam serta brokoli. Pengambilan ikan yang mengandungi omega 3 seminggu sekali mampu mengurangkan risiko makula degeneration sebanyak 50%.
  2. pengambilan diet rendah Indeks Glisemik (low GI) membantu mengurangkan risiko sehingga 53 % malah menjadi 70% bila vitamin C juga digabungkan bersama.
  3. Pengambilan makanan kaya gula dan minuman manis akan menggalakkan berlakunya makula degeneration atau memburukkan lagi keadaan sedia ada.
  4. Antioksidan yang sangat membantu pencegahan ini ialah lutein dan zeaxantin. Sumber makanan yang mengandungi dua antioksidan ini ialah kailan, collard green, mustard green dan turnip green.   
begitulah serba sedikit info yang saya dapat kongsikan dari pembacaan tentang macular degeneration. Semoga kita sama-sama ambil iktibar atas kesan kekurangan omega 3 dalam badan kita. Insya-Allah.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...