Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Masalah kekurangan nutrisi pada ibu hamil

Selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Apa khabar? Cuti sekolah dah pun bermula. ramai teman2 yang dah mula pergi bercuti. saya masih bercuti di rumah memandangkan suami tak dapat nak ambil cuti lama2. kerja dengan orang mcm nilah. mujur juga saya dah bekerja sendiri jadi cuti ini dapatlah anak2 duduk di rumah. kalau masa kerja dulu, cuti sekolah pun terpaksa tinggal di transit. 




Masalah kekurangan nutrisi pada ibu hamil.

Kita sedia maklum ibu hamil memerlukan nutrisi yang cukup bagi menampung keperluan ibu dan juga bayi. saya masih lagi terjumpa dengan ibu hamil yang masih tak mau mengambil sebarang makanan tambahan kerana bimbang anak jadi besar dan sukar melahirkan. maknanya masih ada ibu2 hamil yang tidak memikirkan kesan kekurangan zat disepanjang tempoh kehamilan, baik untuk diri mahupun untuk bayi yang dikandung. Jom kita tengok masalah2 yang dihadapi sekiranya kekurangan nutrisi di sepanjang tempoh kehamilan. 

1. Anemia
ketika hamil, isipadu cecair darah bertambah sebanyak 50%, akibat daripada pertambahan plasma berbanding sel darah merah. Pertambahan plasma pula berlaku lebih cepat berbanding sel darah merah. nisbah plasma kepada sel darah merah yang sangat jauh berbeza mengakibatkan sel darah merah yang bertugas sebagai pengangkut oksigen atau lebih dikenali sebagai hemoglobin semakin menurun dan mengakibatkan anemia. 

Anemia biasanya terjadi ketika trimester kedua. Ibu akan mengalami keletihan, degupan jantung yang pantas, mengalami kepucatan pada kulit, gusi dan kelopak dalam mata. Ibu akan mengidam makanan seperti ais, makanan berkanji yang mana menunjukkan tanda kekurangan nutrisi. 

Cadangan : 
Ambil makanan kaya zat besi untuk membantu penghasilan sel2 darah merah agar seimbang dengan kadar penghasilan plasma dalam darah. antaranya sayuran hijau, prunes dan kismis. untuk pengambilan makanan tambahan Shaklee, ibu hamil boleh mengamalkan Vitalea yang diformulasikan dengan zat besi. 

Pengambilan zat besi ini pula hendaklah diambil bersama dengan vitamin C bagi membantu penyerapan zat besi yang lebih efisyen. Oleh itu anda boleh mendapatkan Sustained Released Vitamin C yang berteknologi pelepasan secara berperingkat. 

2. Asma
Asma merupakan keradangan peparu akibat dari serangan virus. kebanyakan ibu hamil mengurangkan pengambilan ubat2 asma kerana tidak mahu memberi kesan terhadap bayi. adalah sukar untuk mengelakkan punca2 tercetusnya asma iaitu habuk, sejuk dan sebagainya.

Cadangan :
Pengambilan Omega Guard yang bertindak sebagai anti radang mampu bertindak menentang virus yang menyerang. vitamin C juga penting bagi menguatkan sistem imun ibu dan mengelakkan asma ini dari berlaku. 

3. Sakit belakang
keadaan ini adalah situasi biasa buat ibu hamil akibat daripada perubahan struktur tubuh, pertambahan berat badan dan perubahan hormon. 

Cadangan : 
kurangkan tempoh duduk pada suatu posisi dalam keadaan yang lama. pastikan tempat tidur selesa untuk berbaring dan gunakan bantal untuk menyokong belakang ketika tidur dalam keadaan mengiring. makanan tambahan yang boleh mengurangkan sakit belakang ialah Ostematrix. ia delengkapi dengan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih efektif. 

4. Jangkitan saluran kencing. 
ibu hamil akan mengalami kekerapan kencing kerana pundi kencing tertekan dengan pertumbuhan bayi. tak semua air kencing dapat dikeluarkan dan ini mengakibatkan jangkitan kuman pada saluran kencing berlaku. 

Cadangan : 
Elakkan pengambilan makanan bergula secara berlebihan kerana makanan bakteria ialah gula. tingkatkan pengambilan air bersih. ibu hamil digalakkan mengambil yogurt setiap hari untuk mengekalkan bakteria sihat dalam sistem pembuangan. 

anda boleh mengamalkan vitamin C untuk menguatkan sistem imun. Ostematrix untuk mengurangkan ketidakselesaan ketika membuang air kecil manakala B complex untuk sistem pencernaan yang lebih teratur.

5. Gusi berdarah. 
Peningkatan hormon estrogen ketika hamil menyebabkan gusi membengkak dan aliran darah ke gusi juga meningkat. ini menggalakkan pendarahan pada gusi jika kebersihan mulut tidak dijaga. 

Cadangan :
Pastikan diet harian dilengkapi kalsium. anda boleh amalkan pengambilan Ostematrix dan ESP untuk meredakan bengkak gusi. Kurang pengambilan vitamin C juga menyumbang kepada faktor pendarahan gusi. Jaga kebersihan gigi dengan cara menggosok dan memfloss gigi anda. 

6. Sembelit.
Perubahan hormon ketika hamil menyebabkan otot pencernaan kurang menjalankan tugasnya. peningkatan hormon progesteron mengurangkan kecekapan pembuangan air besar. penguncupan beritma secara normal pada usus besar menjadi lambat dan mengakibatkan sembelit. 

Cadangan : 
tambahkan makanan berserat dalam diet harian. minum 2-3 liter air sehari. Ostematrix membantu mengembalikan semula penguncupan otot usus besar dan mengelakkan simptom kanser kolon. kekurangan B complex juga boleh mengakibatkan sembelit kerana ia berfungsi membantu mencerna lemak, protein dan karbohidrat dalam sistem pencernaan. 

7. Batuk selesema.
biasa dialami ibu hamil dan mudah terkena serangan secara kerap. oleh itu langkah pencegahan perlu diambil supaya emosi tak terganggu di sepanjang kehamilan. 

Cadangan : 
ibu2 hamil boleh meningkatkan pengambilan vitamin C sekiranya terdapat tanda2 serangan batuk dan selesema. Vitalea dan B complex perlu untuk segera sembuh dan mengurangkan tekanan. 

8. kemurungan. 
boleh menyerang ibu hamil akibat perubahan hormon yang berlaku ketika hamil. rasa mudah marah dan sensitif juga biasa berlaku. 

Cadangan : 
cuba bertenang dan cari rakan untuk meluah perasaan. tidak digalakkan untuk bersendirian melayan perasaan. Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard membantu penghantaran impuls saraf dan fungsi otak secara normal. B complex pula penting untuk fungsi otak dan sistem saraf secara normal. Kalsium dalam Ostematrix pula memberi kesan tenang kepada ibu hamil. 

9. Diabetis ketika hamil.
keadaan ini hanya berlaku di sepanjang tempoh kehamilan dan hilang selepas melahirkan. berlaku apabila insulin yang mengawal gula dalam darah kurang cekap akibat hormon yang dirembeskan oleh placenta. Simptom yang biasa dialami ialah kerap kencing, berasa sangat haus, keletihan dan boleh juga tanpa sebarang simptom. 

Cadangan : 
kawal pemakanan dan kurangkan pengambilan gula serta makanan bergula. jika lapar, minum segelas ESP yang mempunyai index glisemik rendah. makanan yang mempunyai GI yang rendah melepaskan gula dalam darah secara perlahan2 dan ini menyebabkan perut kenyang lebih lama. 

10. Pening.
pada trimester kedua, tekanan darah sering menurun kerana rahim menekan pada saluran darah utama. darah yang kurang sampai ke otak mengakibatkan rasa pening pada ibu hamil. 

Cadangan : 
Jangan bergerak pantas dari kedudukan berbaring untuk berdiri. ambil masa untuk duduk seketika sebelum bersedia untuk berdiri. jika tiba2 berasa pening, cari tempat yang selamat untuk duduk dan tundukkan kepala menyentuh lutut sehingga lega rasa pening tersebut. Pengambilan B complex membantu memetabolismekan gula dalam darah dan penting utk pengedaran darah yang efisyen. 

  1. Pre-eclampsia dan eclampsia
komplikasi kehamilan akibat tekanan darah tinggi, bengkak akibat takungan air berlebihan dalam badan dan terlebih protein dalam air kencing. Boleh berlaku sejak dari kehamilan trimester kedua. Jika mengalami simptom ini kebarangankalian mengalami eclampsia adalah tinggi pada kehamilan akan datang. Faktor risiko yang lain juga termasuk masalah ginjal, diabetis dan tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang. Peratusan kecil wanita dengan preeclampsia akan mengalami eclampsia dengan sawan atau koma.

Cadangan :
Dapatkan rehat yang cukup dan penting jika mengalami tanda2 tersebut. Makanan tambahan yang boleh diamalkan ialah Omega Guard untuk melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kadar tekanan darah dan mencairkan darah. Garlic Plus boleh membantu menurunkan paras tekanan darah. Vit E juga boleh meningkatkan kecekapan pengaliran darah.

  1. Edema (pembengkakan)
    peningkatan estrogen dalam badan ketika hamil meningkatkan risiko penakungan cecair dalam badan. Bengkak biasa berlaku pada tangan, kaki dan muka namun mesti dipantau berterusan keranan ia mungkin petanda awal kepada simptom pre-eclampsia.

Cadangan :
pada awal kehamilan, jangan amalkan pemakaian cincin. Perhatikan jika terdapat pembengkakan tangan dan kaki lebih dari biasa, beritahu doktor memandangkan ia mungkin petanda untuk pre-eclampsia dan risiko komplikasi kehamilan yang lain. Kurangkan pengambilan garam dan makanan yang diproses disamping mengekalkan pengambilan makan seimbang. Pakai pakaian yang longgar dan selesa termasuk kasut yang sesuai. Apa bila berehat, ampu kaki pada kedudukan lebih tinggi.

Edema boleh terjadi kerana kekurangan protein yang membawa kepada penakungan air. Anda boleh amalkan ESP untuk mendapatkan protein yang cukup. B complex pula bertindak mengurangkan penakungan cecair dalam badan. Ostematrix pula menggantikan semula mineral yang hilang ketika pemulihan edema. Vitamin C menyokong fungsi hormon adrenal yang berperanan mengimbangi kandungan cecair dalam badan dan mengawal edema.  



Bersambung part 2.




Fauziah Hamzah (846053)
012.764.0760
bibimie@gmail.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...