Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Pemimpin hebat di Rakan Nutrisi

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berhujung minggu. Minggu peperiksaan telah pun berakhir dan kini anak2 saya teruja menunggu cuti sekolah bermula. Apa rancangan anda di musim cuti sekolah nanti ya? Semoga anda dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga masing2. 

Hari ini saya nak share tentang beberapa orang pemimpin (leader) yang hebat2 dalam Rakan Nutrisi. 


Shareena Hashim
Seorang pemimpin yang gigih, sangat berdikari dan bertanggungjawab terhadap anak2nya. Bekerja sepenuh masa di salah sebuah bank terkemuka di Bangsar, beliau merupakan seorang yang berusaha memberi komitmen terhadap perkembangan bisnes Shaklee pimpinannya. 

Penglibatannya dalam bisnes Shaklee bermula ketika anak lelakinya kerap diserang asma dan sering mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan. Keadaan ini menjadikan tumpuan terhadap kerja2 dipejabatnya terganggu. Setelah mengamalkan Shaklee, anaknya pulih dan akhirnya tidak perlu lagi bergantung kepada peralatan dan ubat2an untuk asma. Alhamdulillah, Allah temukan dengan Shaklee sebagai penawarnya. 

Sebagai seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak, beliau mampu menguruskan rumahtangga tanpa pembantu rumah malahan masih boleh meluangkan masa mengikuti program2 anjuran Shaklee mahu pun anjuran kumpulan pemimpin yang lain. 

Kesungguhan beliaulah yang membuatkan saya rasa teruja untuk membantu dan melihat beliau melangkah ke tahap seterusnya. Hanya memerlukan seorang pemimpin saja lagi di bawahnya untuk beliau menempatkan diri sebagai Coordinator. Saya pasti dengan kesungguhan yang beliau tunjukkan, pasti akan tercapai jua. 

Sudikah anda menjadi calon pemimpin di bawah pimpinannya? 


Norazlina Azam
Seorang lagi pemimpin di Rakan Nutrisi yang cekal bertahan di saat orang lain telah berputus asa lantaran perlbagai isu yang melanda Shaklee. 

Beliau pada awalnya kenalan maya saya sekitar tahun 1997. Tamat pengajiannya pada 2001 di MMU, beliau menjadi rakan serumah saya memandangkan beliau mendapat kerja di Damansara Utama dan rumah sewa saya kebetulan kosong ketika itu. kenaikan (public transport) juga mudah untuk ke tempat kerja, maka dari rakan alam maya menjadi rakan serumah. 

Menyertai Shaklee ketika saya mula serius pada tahun 2012. Beliau bermula dengan set kesihatan tulang kerana suaminya mengalami masalah slip-disc. Kini beliau mengamalkan set diet disamping set untuk kanak2 buat dua orang cahayamatanya.   

Beliau menetap di Johor manakala saya di Selangor namun itu tidak menghalang perhubungan upline dan downline. Bimbingan berterusan dibuat secara online dan sekali sekala offline bila saya pulang ke Johor. Kini beliau dalam fasa menaiki rank senior supervisor. Semoga Allah permudahkan perjalanan bisnes kedua2 anak saya ini. Amin...

Jika anda ingin memulakan bisnes Shaklee dibawah pimpinan mereka berdua, atau mendapatkan produk Shaklee secara Cash On Delivery, bolehlah menghubungi mereka melalui info yang disertakan. 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...