Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Fakta : Ramuan istimewa Vivix

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Apa khabar? hari ini saya ingin kongsikan ramuan istimewa Vivix. Vivix merupakan hasil dari satu penyelidikan canggih oleh saintis terkemuka untuk menentang penuaan dari peringkat sel. Mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfaatkan kuasa anggur muskat yang jarang ditemui serta resveraterol yang menjadikan Vivix satu ramuan yang 10x lebih efektif dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.

vivix antipenuaan, darah tinggi, kencing manis, kanser, kolesterol, antioksidan, pemulihan tahap sel

EMPAT bahan utama dalam Vivix iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot and Polygonum Cuspidatum.


1- ANGGUR MUSCADINE

Satu-satunya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg bermanfaat untuk kesihatan. Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular,menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2- ELDERBERRY / Sambucus Nigra

Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. Elderberry merupakan buah yang popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Antara manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah:

a. Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati cancer, fakta ini dikaitkan dengan antioksidan yang terkandung di dalamnya.
b. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan cancer.
c. Berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung.
d. Membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes.
e. Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

3- PURPLE CARROT

Purple carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical termasuk lah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuk lah Purple Carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan risiko penyakit diabetes.

4- POLYGONUM CUSPIDATUM (Knotweed Jepun)

Sejenis tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol.

Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Promosi Vivix beli 6 Percuma 1 masih lagi berlangsung sehingga 31 Jan 2015. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati khasiat PRODUK TERBAIK DARI YANG TERBAIK. dapatkan pada HARGA ISTIMEWA hanya di maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Keistimewaan Sustained Release Vitamin C

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Hari ini saya nak berkongsi keistimewaan Sustained Released Vitamin C Shaklee. Terima kasih kepada cik imm atas perkongsian beliau tentang cara kerja SR vita C dalam group sokongan kami. Jom baca... 



Saya selalu cerita kat sini bahawa Shaklee ada produk hebat iaitu Sustained Release Vita C Plus, di mana vitamin C kami dirumus dengan pembebasan berperingkat selama 5 jam.

Sustained release tu macam mana ye? Okey, setakat yang saya belajar, formula sustained release ada 2 jenis iaitu "small pellet type", dan "layer type".

Bagi "small pellet", kandungan vitamin akan dibebaskan pellet demi pellet mengikut turutan dan masa. Macam mana "pellet" tu tahu sekarang turn dia keluar? Dengan kehebatan teknologi perubatan, pakar boleh tentukan masa dan turutan pellet vitamin terbebas. Formula Sustained release ini dinamakan "MATRIX"

"Layer type" lebih mudah untuk difahami kerana kita boleh nampak (dalam gambar la) bagaimana vitamin dibentuk lapisan demi lapisan. Vitamin akan terbebas pada lapisan terluar dan diikuti lapisan seterusnya. Formula ini pun mempunyai MATRIX sustained release tersendiri bila lapisan vitamin perlu dibebaskan.

Anda dah faham konsep sustained release? Sustained release Vita C Plus Shaklee pula menggunakan formula lapisan demi lapisan. 100mg vita C akan dibebaskan setiap jam, lapis demi lapis sehingga ke jam ke 5.

Jadi selama ini, jika anda dapat consultation dari pengedar anda supaya mematahkan (mengunyah) Sustained released Vitamin C untuk mempercepatkan penyerapan, terutamanya ketika tidak sihat, selsema dan sebagainya, pendapat itu adalah SALAH.

Analoginya begini

Badan boleh menyerap 200mg vita C sejam. Bila dipatahkan, kita telah memutuskan MATRIX asal vitamin tersebut. Jadi 500 mg vitamin C akan dibebaskan sekaligus, sedangkan badan akan menyerap 200mg vita C sahaja pada jam tersebut, jadi lagi 300mg vita C akan terbazir dan disingkirkan melalui urine. 

Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mengambil 2 biji vita C tanpa patahkan, setiap biji membebaskan 100mg ,dalam sejam badan akan mendapat 200mg. Jam seterusnya layer seterusnya akan membebaskan 200mg sehingga jam ke 5 kita dapat 1000mg dari 2 biji Sustained release vita C plus.

Haa..faham tak vitamin terbaik pun tidak dapat memberi kesan terbaik jika kita mengambilnya dengan cara yang salah. Kan dah membazir tu. Jadi, telan terus SR vita C plus anda ye.

Jika anda mengambil vitamin atau ubatan yang berformula Sustained Release,
SILA JANGAN KUNYAH, PATAHKAN, ATAU HANCURKAN, (terutama vitamin B dan ubatan sintetik) kerana pembebasan kandungan vitamin yang banyak sekaligus boleh mengakibatkan gejala overdose dan ketoksikan yang membahayakan termasuk kematian.

************

Alhamdulillah... Info yang sangat bermanfaat. Jadi jika ada diantara anda yang demam boleh ambil dua biji sustained release vita C setiap 5 jam sekali sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Insya-Allah tak membahayakan kesihatan kerana ia larut air dan akan keluar melalui air kencing jika tidak diperlukan. Tambahan lagi ketika demam kita pasti memerlukan air yang lebih banyak dari biasa. 

Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga amalan. Jumpa lagi di lain entry ya.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com 

Pulangan pelaburan yang menguntungkan

Selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Pernahkan anda impikan suatu pulangan pelaburan yang menguntungkan? Jika ada, apakah pilihan anda? Pelaburan ASB? Unit Amanah? Insurans? Emas? Topup? Perniagaan sehala? Atau perniagaan MLM?


Dulu saya juga mempunyai simpanan ASB. tapi selepas keluar statement ada keraguan, tutup terus akaun ASB saya. Saya pun tak pasti bagaimana pengiraan pulangan ASB sebenarnya tapi yang saya masih ingat, dengan kemudahan pinjaman ASB sebanyak RM40ribu, saya cuma memperolehi pulangan sebanyak RM3ribu untuk jangkamasa simpanan selama setahun. Pada saya jumlah tersebut memang sangat banyak. 

Semalam saya perasan status sideline saya tentang modal rm700 yang dia labur ke Shaklee. Pulangannya beratus kali ganda selepas 3 tahun. Betul ke tu? Jom kita kirakan bersama-sama.
Katalah permulaan bisnes Shaklee dengan menyertai ahli, pilihan yang anda ada ialah 
1. menyertai keahlian dengan bayaran sebanyak RM75 atau
2. menyertai keahlian secara percuma dengan pembelian produk sekitar RM700.

Mengira pulangan pelaburan.

Katakanlah anda tak begitu serius menjalankan bisnes Shaklee. Setiap bulan, bonus yang mampu dikumpul cuma rm200 iaitu dengan jualan sebanyak RM1800 pada bulan tersebut. Pendapatan dan jualan ini statik berlangsung selama setahun. Jadi, jika setahun logiknya pulangan pelaburan sebanyak RM700 tadi telah berkembang menjadi RM2400. Ternyata pulangan pelaburan yang menguntungkan sebanyak RM1700. WOW..!!!
Katakanlah anda serius dalam perniagaan ini dan berpeluang naik pangkat supervisor serta kekal pada kedudukan tersebut selama setahan. Dengan pendapatan sebulan sebanyak RM1500 bermakna setahun anda telah memperolehi bonus terkumpul sebanyak RM18,000. Ya Allah.... Dah boleh menabung untuk menunaikan fardhu haji rupanya. WOWWEEE....!!!

Pulangan pelaburan yang benar-benar menguntungkan.

Pernahkah anda terfikir perniagaan ini mampu berkembang lagi sehingga berakar umbi? Di sini saya ingin maklumkan kepada anda, bonus yang mampu anda perolehi dari perniagaan Shaklee adalah sehingga ke paras 6 kebawah. Bermakna, serius atau hanya suka-suka menjalankan perniagaan Shaklee, anda tidak boleh menolak kenaikan pangkat secara automatik dan pertambahan bonus yang akan dirasai pada 3, 5 atau 10 tahun akan datang. Ternyata bisnes Shaklee benar-benar merealisasikan satu pulangan pelaburan yang menguntungkan. 



Adakah anda mempunyai impian? Sertai kami di Rakan Nutrisi, bersama kita ke puncak kejayaan. Lambat atau cepat tidak menjadi ukuran tetapi yang penting IA PASTI BERLAKU!

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini, permudahkanlah perjalanan bisnes kami. Jemputlah kami menjadi tetamuMu, ya Allah. Amin...


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Gerak Gempur 2015 siri 1

Selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Alhamdulillah selesai kelas pertama bagi tahun 2015.
Gerak Gempur 2015 siri 1 memberi fokus kepada
1. Para pengedar Shaklee yang baru memulakan langkah pertama.
2. Para pengedar Shaklee yang kembali bangkit untuk menjalankan kembali bisnes Shaklee.
3. Makluman kepada para pengedar tentang kepentingan untuk memahami pelan bisnes Shaklee.
4. Makluman kepada para pengedar tentang pelan masa hadapan dalam bisnes Shaklee.
5. Persediaan memulakan bisnes Shaklee.
6. Persediaan menghadapi jatuh bangun sebagai seorang peniaga.
7. Panduan tentang perniagaan secara online dan offline.
8. Tips2 meningkatkan jualan dan bahasa yang memikat pelanggan.

Alhamdulillah kedatangan penuh pada hari tersebut dan para penceramah amat berbesar hati dapat memberikan sedikit perkongsian untuk dimanfaatkan. Gerak Gempur 2015 siri 2 bakal diadakan pada bulan Februari 2015 dengan fokus yang sama. Insya-Allah.

CIk Pau, Cik Lee, Rakan Nutrisi, Shaklee


Jumpa anda di puncak....



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Peluang bisnes Shaklee

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu tahun 2015. Masuk tahun ke 4 saya mula serius dalam bisnes Shaklee. Saya ingin membuka peluang kepada anda yang berminat untuk hadir ke kelas saya. Butiran seperti berikut:


Semoga anda bakal beroleh manfaat dari pengisian kelas ini nanti. Insya-Allah.

Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...