Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Tips penjagaan kulit dengan pemakanan tambahan dan masker

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan Nutrisi anda. 

Apa khabar? Hari ini saya nak share tips penjagaan kulit dari pemakanan tambahan dan masker. Alhamdulillah setelah bertahun saya mencuba hampir kesemua produk Shaklee, kini saya ingin kongsikan perkara paling asas sekali dalam penjagaan kulit. 

Kulit boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan iaitu, kulit berminyak, kulit kering, kulit normal dan kulit kombinasi iaitu berminyak hanya pada zone T. 

Saya mempunya kulit jenis berminyak yang mana mudah ditumbuhi jerawat dan memerlukan penjagaan rapi. Selepas mengamalkan pemakanan tambahan serta set kecantikan kulit keluaran Shaklee, barulah kulit saya menampakkan perubahan serta kurang berminyak. 

Sebelum ini saya banyak mencemburui kulit muka teman-teman yang banyak mengalami perubahan kepada lebih halus dan lembut. Bila ditanya, mereka tak lokek memberitahu rahsianya iaitu pengambilan Shaklee collagen powder secara konsisten serta vivix, produk yang paling premium. Selain diminum, mereka menyapu pada muka sebagai masker seminggu sekali. 

Saya mencuba juga pengambilan SCP dan vivix untuk beberapa tempoh tapi keadaan kulit masih tidak banyak perubahan. Sampai satu ketika saya dapati saya hamil. Disinilah permulaan penemuan saya dengan perkara paling asas sekali untuk kesihatan kulit. 

Saya kembali kepada rutin pengambilan supplemen untuk ibu hamil iaitu B complex, vitalea, vitamin C dan ESP serta ostematrix yang wajib saya ambil untuk mengelakkan masalah kejang kaki. Kali ini, saya cuba meningkatkan dos pengambilan kesemua supplemen tersebut iaitu dari 2 hingga 4 biji sehari untuk B complex, vit C dan vitalea. Saya juga meluangkan masa untuk bermasker seminggu sekali dengan 3 biji alfalfa dan sekali sekala bermasker dengan ESP. 

Sepanjang awal tempoh kehamilan saya kurang selera makan. Bila saya minum ESP, saya dapat mengalas perut dan kenyang lebih lama jadi bila saya tak berselera untuk makan, saya cuma minum ESP sehingga 3 kali sehari. 

Selepas 3 hari saya mengamalkan ESP 3 kali sehari baru saya perasan kulit saya lebih lembut dan gebu. Bila saya usap kulit bahagian pipi, tiada lagi duri-duri kecil di permukaan kulit. Pori-pori mula kelihatan mengecil dan kulit lembab tidak terlalu berminyak dan tidak juga kering. Saya sangat gembira dengan perubahan positif seperti yang saya inginkan. Rupanya kunci utama ialah PENGAMBILAN PROTEIN YANG CUKUP UNTUK HASILKAN KULIT YANG CANTIK selain dari pengambilan air masak 2-3 liter sehari. 



Alhamdulillah. Saya sangat berpuas hati kerana akhirnya bertemu dengan solusi paling asas untuk penjagaan kulit. Saya ringkaskan disini untuk panduan anda. 

Pengambilan supplemen asas untuk tubuh yang sihat - B complex (glowing pada kulit, kuku dan rambut), Vitamin C (kukit anjal) dan vitalea - 2 hingga 4 biji sehari. 
ESP - minum 3 kali sehari mampu mencerah dan menggebukan kulit serta menghasilkan sel-sel kulit baru yang lebih sihat. 

Masker pula boleh gunakan
Alfalfa - 3 biji untuk masker seminggu sekali. Scrub muka sebelum dicuci hingga bersih. 
ESP - masker seminggu sekali sesuai untuk kulit berminyak. 
ESP + yogurt - masker seminggu sekali untuk melembutkan kulit. 
ESP + vitamin E - masker seminggu sekali untuk melembabkan dan pudarkan parut jerawat. 

Bukan saya sahaja yang berpuas hati dengan hasil mengamalkan ESP. Saya belanja satu lagi testimoni pengguna lelaki. 


Saya rasa teruja dengan perubahan yang dialami. Semoga perkongsian ini dapat meyakinkan anda terhadap keberkesanan produk Shaklee. Insya-Allah, anda dapat temui cara dan rawatan yang sihat untuk masalah yang dihadapi. 

Sementara PROMOSI ESP masih lagi berlangsung, rebutlah peluang HARGA TERBAIK SEBELUM DIKENAKAN GST. 
Mahu tampil menawan di Aidilfitri? Mulakan dari sekarang. 

* Pakej ESP untuk kesihatan kulit, berpuasa, milk booster dan rawatan selulit pada harga istimewa hanya di maipilih.com ~ Rakan Nutrisi anda. 



Fauziah Hamzah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...