Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Panduan berdoa

Selamat datang ke mailpilih.com ~rakan nutrisi anda.

Alhamdulillah atas pinjaman sehari lagi di muka bumi Allah. Banyakkan bersyukur, semoga Allah menambah lagi nikmat untuk kita. Insya-Allah.

Hari ini saya berkesempatan membaca kalam Allah dan ada sesuatu yang ingin saya kongsikan.

اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَّخُفْيَةً‌  ؕ اِنَّهٗ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ‌ ۚ
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
[QS. Al-A'raf: Ayat 55]

وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا وَّطَمَعًا‌  ؕ اِنَّ رَحْمَتَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِيْنَ
"Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."
[QS. Al-A'raf: Ayat 56]

Secara ringkasnya, dari terjemahan ayat ianya merupakan panduan berdoa kepada Allah iaitu
1. Merendah diri
2. Menggunakan suara yang lembut
3. Berperasaan takut doanya tak diterima
4. Penuh harapan agar dikabulkan doanya

Saya galakkan ibu2 hamil perbanyakkan berdoa kerana anda dijaga dengan beribu malaikat dan sebagai seorang ibu, doa anda juga makbul. Saya percaya doa ibu2 hamil sangat makbul jadi doakan perkara2 yang baik tentang diri, keluarga, kedua ibu bapa dan tentang apa sahaja. Insya-Allah doa tak terhijab kerana anda istimewa.

Saya doakan ibu2 hamil diluar sana sentiasa sihat dan selamat hingga ke saat melahirkan. Aminn..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...