Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Sakit, sengal dan kebas ketika hamil : punca dan rawatan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com - rakan nutrisi anda.

Anda hamil anak pertama? Saya hampir pasti anda akan mengalami beberapa situasi seperti sakit pinggang, sakit belakang, sakit punggung, sengal tulang, kebas tangan, kebas kaki dan pelbagai lagi keadaan yang tidak selesa. 


Punca sakit belakang ketika hamil.

1. Tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaan seiring dengan tumbesaran janin di dalam kandungan.  Berat badan semakin bertambah dan terpaksa disokong oleh tulang belakang. Keadaan ini akhirnya akan memberi tekanan kepada salur darah dan saraf pada bahagian pelvis dan belakang anda.

2. Kehamilan menyebabkan posture badan anda berubah. Perubahan pusat graviti juga berlaku dan tanpa disedari cara anda bergerak juga boleh memberi tekanan pada bahagian belakang badan anda.

3. Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil menyebabkan ligamen dibahagian pelvik berehat dan sendi menjadi longgar. Ia juga bertindak melonggarkan ligamen bahagian tulang belakang hingga mengakibatkan ketidakstabilan dan menyakitkan.

4. Tekanan emosi juga boleh mengakibatkan tekanan pada otot bahagian belakang. Ada ketikanya bila anda berasa tertekan, bahagian belakang anda juga berasa lebih sakit.


Rawatan mengatasi sakit belakang.

1. Melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil. Ini akan menguatkan otot dan meningkatkan fleksibiliti, sekaligus mengurangkan tekanan terhadap tulang belakang. 

2. Untuk melegakan sakit belakang anda juga boleh cuba tuamkan bahagian belakang samada tuaman sejuk atau panas. 

3. Cuba dapatkan posture yang selesa ketika berdiri, duduk dan berbaring. Sebagai contoh ketika anda berbaring mengiring, alaskan perut dan lutut anda dengan bantal supaya tidak menyakitkan pinggang. Ketika duduk, gulungkan tuala dan letakkan di bahagian belakang untuk menyokong bahagian pinggang. Tinggikan kaki ketika duduk agar lebih rehat dan selesa. Kedudukan dengan kaki tergantung boleh mengakibatkan bengkak kaki.

4. Gunakan kasut yang sesuai supaya tidak memberi tekanan pada tulang belakang anda seperti penggunaan kasut tumit tinggi. Ia juga mengubahkan posture anda dan tambah memburukkan lagi tekanan pada tulang belakang anda. Atau mungkin anda juga berminat untuk mendapatkan tali pinggang khas untuk sokongan pada bahagian perut sekaligus mengurangkan tekanan pada bahagian belakang. 

Ostematrix bertindak melegakan sakit belakang dan sengal tulang

Istimewanya set kehamilan dari Shaklee ini ialah dilengkapi dengan Ostematrix yang mana ia mampu menyokong ketumpatan tulang serta mengatasi masalah sakit belakang dan sengal tulang akibat perubahan fizikal yang berlaku di sepanjang tempoh kehamilan. Pengambilan Ostematrix setiap malam sebelum tidur juga memberikan anda tidur yang lebih berkualiti dan membolehkan anda mendapatkan rehat yang secukupnya. 




Set kehamilan PROMOSI YES menawarkan5% potongan harga dengan penjimatan sebanyak RM30.
Anda berhak mendapatkan yang terbaik kerana bayi yang sihat bermula dari ibunya. 


Cik Pau - 012.764.0760
Pengedar Shaklee Kajang dan Bangi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...