Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Promosi ESP bakal berakhir

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com - rakan nutrisi anda.

Peluang keemasan yang bakal berakhir esok.


Testimoni ESP

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com - rakan nutrisi anda.

Saya kongsikan kompilasi testimoni terpilih untuk pertimbangan anda.


Usah ragu-ragu lagi dan dapatkan ESP hari ini juga untuk merebut harga promosi. 


Fauziah (010.322.3923)

Katakan TIDAK kepada EPISIOTOMI

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Dalam entry yang lalu saya kongsikan panduan melahirkan tanpa episiotomi. Saya ingin buat penjelasan mengapa panduan tersebut ditulis dalam turutan terbalik. Ramai diantara kita tidak sedar apa yang menjadi keutamaan biasanya tersenarai pada bahagian yang paling akhir. Penjelasan kali ini akan meyakinkan anda utuk katakan TIDAK kepada EPISIOTOMI pada kelahiran akan datang.


Jika anda google mengenai kelahiran tanpa episiotomi, pertama sekali yang disarankan ialah mendapatkan pusat bersalin yang mana doktor dan bidan terlatihnya menyokong kelahiran tanpa perlunya episiotomi dan terasangat jarang mengambil pilihan untuk melakukannya. Sebagai orang biasa, saya hanya mengupas dari sudut orang biasa juga. Jika anda ke hospital kerajaan seperti saya, memang tidak berpeluang untuk memilih doktor atau bidan yang disarankan. Andaikan ketika itu anda ditemani doktor pelatih, kebarangkalian untuk "mencuba potong dan jahit" adalah tinggi. Berbanding dengan hospital atau klinik swasta, doktor yang sama akan menemani anda di bilik bersalin, maka mudahlah anda berbincang menjelang kelahiran nanti.

Posisi yang betul juga memainkan peranan untuk melancarkan proses bersalin. Kebanyakan hospital mengamalkan posisi berbaring. Pada pendapat saya, posisi bersandar pada ketinggi 30-45 darjah sangat membantu ketika meneran dan kurang tekanan untuk melakukannya. Ada juga dengan cara menggantungkan kaki pada alatan khas tetapi itu lebih menyukarkan. Jika anda berpeluang, bolehlah melakukannya dalam keadaan berlutut supaya gabungan dengan daya graviti lebih memudahkan proses bersalin itu sendiri. sekal lagi ia bergantung kepada pusat bersaln yang anda pilih.

Keupayaan otot perineum menegang pada tahap maksima juga boleh diusahan dengan kaedah urutan dan senaman. Untuk melakukan urutan, pastikan kuku anda pendek dan bersih. Gunakan pelincir yang selamat dan selesa. Untuk saya sendiri, saya memilih senaman Kegel  kerana  lebih mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Senaman ini juga boleh mengelakkan rahim jatuh atau orang tua kata tombong manakala dari segi perubatan dipanggil prolapsed.


Kaedah seterusnya untuk mengelakkan episiotomi ini ialah dengan mengamalkan makanan berkhasiat terutamanya yang tinggi protein untuk menghasilkan otot yang sihat dan kuat. ESP merupakan protein berkualiti tinggi yang organik dan dihasilkan dari soya non-GMO. Dihasilkan dengan teliti, dibasuh dengan air sejuk dan tidak menggunakan alkohol semasa pemprosesannya. Ini bagi menjamin khasiatnya terpelihara dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh tubuh.

Pengambilan protein sangat penting untuk perkembangan janin dan membantu menguatkan otot rahim ibu bagi mengelakkan keguguran. Manfaat lain yang boleh dirasai ialah :
- tiada alahan pada kulit akibat pembawakan ibu hamil.
- rasa lebih sihat dan bertenaga.
- kulit, kuku dan rambut sihat dan cantik.
- selera makan yang terkawal dan tidak mengalami masalah mabuk dan mengidam.
- kenaikan berat badan terkawal sepanjang tempoh kehamilan.
- bayi yang lahir tidak terlalu besar sehingga memerlukan pembedahan.
- dapat mengelakkan episiotomi ketika proses kelahiran.
- terhindar dari risiko diabetis ketika hamil.

Saya amat bersyukur kerana kelahiran yang tak melibatkan episiotomi memudahkan saya mengurus diri dan keluarga ketika tempoh berpantang. tambahan lagi memang berpantang sendirian dan tiada pembantu, maka saya memerlukan tempoh untuk kembali sihat seperti sediakala yang lebih singkat. Bukan saya tidak mahu berpantang sepenuhnya dan duduk berehat tapi sebenarnya saya perlu sihat segera demi anak-anak yang masih memerlukan perhatian saya. Bayangkan ketika berpantang, saya masih perlu memenuhi keperluan 3 orang anak (berusia 2, 4 dan 6 tahun) yang berada di rumah dan 2 orang lagi untuk persiapan ke sekolah. Pastinya saya perlu jadi supermom. Alhamdulillah semuanya atas izin Allah.

Anda sebenarnya ada pilihan untuk katakan TIDAK kepada EPISIOTOMI untuk keselesaan anda dalam tempoh berpantang. Dapatkan makanan berkhasiat terutamanya tinggi protein bermula ketika hamil dan berterusan hingga tempoh menyusukan si manja.



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 010.322.3922 | Email : bibimie@gmail.com

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam Aidiladha buat pengunjung maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.
Semoga kita mengambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Insya-Allah.

Untuk penghidap gout dan yang mengalami tanda-tanda gout tu berpada-padalah menjamu selera di musim raya korban ni. Kena korbankan nafsu nampak gayanya ni. Jaga diri dan jaga kesihatan. Tak lupa juga semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.



Panduan melahirkan tanpa episiotomi

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Anda hamil anak pertama? Tentu berdebar menanti saat kelahiran si manja.  Bukan anak pertama saja, anak kedua.. Ketiga... Keempat dan seterusnya pun masih berdebar menanti saat kelahirannya. Merasakan betapa sakitnya kontraksi bagai mahu tercabut tulang pinggang. Saat keluarnya kepala bayi, bimbang koyak panjang di bahagian perineum. Nyilu ketika dijahit tanpa bius dan jahitan terbuka pula setelah beberapa hari. Haiissyy... Kalaulah boleh kelahiran tanpa episiotomi, alangkah bahagianya.

Kita selalu mengharapkan proses kelahiran berjalan lancar dan mengelak berita paling mengerikan iaitu jahitan panjang pada episiotomi. Kalau saya sendiri pun perkara yang paling membimbangkan ialah jahitan terbuka dan terpaksa dijahit semula... Waduhhh... 

Alhamdulillah sepanjang bersalin 6 orang anak, hanya 2 orang saja yang saya terpaksa berhadapan dengan episiotomi. Selebihnya 'tak koyak dan tak jahit' atau dalam bahasa perubatannya "intact". Nak tau apa rahsianya? Jom baca sampai habis...,




EPISIOTOMI DAN KEPERLUANNYA
Episiotomi ialah belahan kecil dibuat pada perineum iaitu otot diantara rektum dan vagina bertujuan memudahkan proses bersalin. Dengan menggunakan gunting, belahan dibuat lurus ke bawah atau secara pepenjuru. Episiotomi biasanya dilakukan pada saat kepala bayi telah mula muncul dan merupakan potongan paling selamat, luka paling kecil dan secara amnya kurang menyakitkan di saat otot perineum menegang. 

WAJARKAH EPISIOTOMI PADA SETIAP KELAHIRAN? 
Kebiasaannya dilakukan atas beberapa sebab seperti :

- kesukaran bayi untuk keluar dan mengambil masa yang agak lama
- air ketuban disertai meconium 
- bayi terlalu besar untuk saiz pelvis ibu yang kecil
- koyakan terlebih dahulu berlaku pada bahagian atas vagina berhampiran dgn saluran kencing
- kesan penggunaan epidural yang mengurangkan rasa sakit sehingga menyebabkan ibu tidak dapat meneran dengan sebaiknya semasa proses bersalin dan terpaksa dibantu dengan kaedah forsep atau vacum. 


PERSEDIAN MELAHIRKAN TANPA EPISIOTOMI
Proses melahirkan tanpa episiotomi adalah tidak mustahil tetapi ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebagai persediaan menghadapi saat bersalin dan mampu mengelakkan episotomi :

4. Dapatkan pusat bersalin dengan doktor / bidan terlatih yang menyokong kelahiran tanpa perlunya episiotomi. Elakkan pengambilan epidural ketika bertarung sakit untuk bersalin.
3. Dapatkan posisi yang sesuai semasa bersalin. Antaranya melutut atau duduk bersandar 30-45 darjah. Anda juga boleh mencuba kaedah melahirkan di dalam air yang dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit.
2. Melakukan urutan pada perineum supaya otot sekitarnya mampu meregang dan tak mudah koyak ketika kepala bayi muncul. Anda juga digalakkan melakukan senaman Kegel untuk mengawal otot perineum supaya tidak terkoyak semasa meneran.
1. Amalkan pemakanan berkhasiat. Lebihkan pengambilan protein bukan sahaja untuk keperluan bayi malah amat membantu dalam mengekalkan kekuatan otot perineum. Elakkan dari mengambil makanan jajan seperti keropok dan kerepek kerana ia tidak membantu menguatkan malah akan mengakibatkan otot perineum gagal dijahit dan kembali sembuh.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya mampu menghadapi 4 kali proses bersalin tanpa episiotomi. Sepanjang tempoh hamil saya mengamalkan pengambilan ESP satu-satunya protein berkualiti tinggi, 2 hingga 3 hidangan sehari. Sepanjang kehamilan saya memerlukan 18 tin ESP iaitu sebulan memerlukan 2 tin.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa saya senaraikan dalam keadaan terbalik. saya akan sambung dalam entry seterusnya. 

Tungguuuuu....... 

Dapatkan promosi ESP sepanjang September ini dan nikmati manfaatnya.



Rujukan
1. http://www.drmomma.org/2009/12/avoiding-episiotomy.html?m=1
2. http://m.wikihow.com/Avoid-an-Episiotomy
3. http://www.giving-birth-naturally.net/avoid-an-episiotomy.html

Fauziah Hamzah (846053)

010.322.3922
bibimie@gmail.com

Mengatasi masalah jerawat

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Adakah anda mengalami masalah jerawat? Jerawat kecil pun akan membuat anda resah dan sugul, apa lagi jerawat besar bernanah dan meninggalkan kesan parut. Jangan berputus asa untuk mengatasi masalah jerawat yang dihadapi. Anda mungkin boleh mengikuti langkah berikut untuk mengatasinya.

1. Pastikan anda mencuci solekan dengan bersih. Gunakan kosmetik yang sesuai dan lengkap untuk penjagaan kulit iaitu pembersih solekan, pencuci muka, pelembab, krim siang dan krim malam.
2. Kenalpasti makanan yang akan menyebabkan masalah jerawat dan hindarinya.
3. Jika kulit anda berjerawat, jangan cuba memicitnya dengan kuku. Ia akan meninggalkan kesan parut dan bakteria pada kuku akan menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian lain.
4. Biasakan untuk mencuci tangan anda sebelum mengusap bahagian kulit muka. Anda mungkin tak tahu ada bakteria terlekat pada tangan anda.
5. Minum air yang mencukupi dan elakkan berada dalam keadaan stress.
6. Makan makanan yang berkhasiat dan bagus untuk kesihatan kulit.

Adakah anda sukar mendapatkan makanan berkhasiat yang baik untuk kesihatan kulit?
Saya cadangkan anda mulakan dengan keperluan tubuh yang paling asas sekali iaitu protein. Protein diperlukan untuk penghasilan sel yang sihat. Sel yang sihat akan menghasilkan tisu yang sihat, organ yang sihat dan akhirnya sistem tubuh berfungsi dengan efisyen. Mari kita lihat apa kata pengguna ESP :


Ramai yang telah memilih untuk mencuba ESP, protein soya non-GMO yang berkualiti tinggi. Hasilnya pasti mengujakan anda. Dapatkan ESP pada harga istimewa dengan pelbagai penjimatan. Sebotol Vitalea akan diberi secara PERCUMA dengan pembelian 7 canister ESP pada harga 6 canister. Jangan lepaskan peluang kerana promosi terhad hanya sepanjang September. 


Berapa keperluan protein anda?

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Pernahkah anda terfikir berapa keperluan protein anda seharian? Saya percaya anda sedaya upaya cuba mengamalkan pemakanan seimbang tapi belum tentu nutrisinya cukup untuk keperluan tubuh. 

protein esp, awet muda, shaklee, otot, imun, kulit, jerawat, jeragat, hamil, mengandung, menyusu, berpantang

Keperluan protein seseorang boleh dikelaskan mengikut faktor usia. Protein penting untuk membina otot serta pembentukan sel-sel baru yang akan menyokong perkembangan tisu, organ dan seterusnya sistem dalam badan kita. 

Apakah organ yang terbesar pada kita? Kulit merupakan organ terbesar sekali. Kulit yang cantik menunjukkan indikasi protein yang cukup. Protein yang cukup juga menjadi kunci kepada anti-penuaan. 

protein esp, shaklee, anti penuaan, awet muda, imun, otot, kulit, jerawat, jeragat,

Kekurangan protein antara lainnya akan menyebabkan sistem imunisasi menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Otot hilang kepejalan, pertumbuhan terbantut, masalah dalam penghasilan darah dan hormon, kulit mudah mengalami pigmentasi dan jeragat. Kemerosotan protein yang berlanjutan akan mengakibatkan kegagalan fungsi organ yang boleh menyebabkan kematian. 

korang tau tak, kttshaklee, shaklee, protein esp, imun, kulit, otot, jerawat, jeragat, awet muda, anti penuaan, hamil, berpantang, mengandung, menyusu

Dapatkan hidangan protein yang ringkas, selamat dan penuh nutrisi untuk tubuh anda. Sayangi diri kerana batang tubuh yang sihat adalah satu-satunya tempat di mana anda ingin hidup. 


Korang tau tak : 11 fakta PENTING tentang Shaklee

Selamat sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan nutrisi anda.

Korang tau tak : 11 fakta penting tentang shaklee

1. Diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee dan ditubuhkan secara rasmi pada 1956 berpusat di California. Beliau berazam menghasilkan produk yang membawa kebaikan terhadap kesihatan dan bumi berdasarkan falsafah Living in harmony with nature. 



2. Vitamin pertama yang dicipta pada 1915 dalam bentuk cecair dinamakan vitalized mineral tetapi telah dihasilkan semula dengan teknologi baru dalam bentuk kaplet dan dinamakan Vita-Lea. 



3. Mr. Roger Barnett, lulusan Yale College dan memiliki MBA dari Harvard Business School, telah membeli syarikat Shaklee dan berusaha keras dengan memperuntukan lebih 250juta setahun untuk bahagian R&D. Usaha ini telah menjadikan Shaklee sebagai supplemen no 1 di Amerika. 


4. Shaklee ialah syarikat MLM yang menawarkan 6 elemen penting yang menjadi keperluan ramai merangkumi keperluan kesihatan, anti-penuaan, kecantikan, menjana pendapatan, jaringan sosial dan mesra alam sekitar. 



5.  Shaklee mempunyai 60 orang saintis dan menjalankan 100,000 ujian klinikal bagi menjamin kualiti produk. Shaklee benar2 memenuhi motto mereka iaitu, berkesan, selamat dan semulajadi


6. Pada tahun 1960 Shaklee menghasilkan Basic H, cecair pembersih pertama yang bersifat organik, tidak bertoksik dan biodegradasi. 



7. Pada tahun 2000 Shaklee telah membuka ibu pejabat sedunia yang mana bangunan berciri jimat tenaga tersebut menggunakan bahan tahan lama yang mesra alam sekitar termasuk kayu, permaidani dan plastik kitar semula.  



8. Shaklee telah memenangi BEST BRAND MLM pada Majlis The Brandlaureate Awards 2014/15 di Kuala Lumpur. 



9. Selain beribu pejabat di California, USA, pasaran Shaklee turut berkembang ke 7 buah negara lain iaitu Taiwan, China, Jepun, Canada, Mexico, Indonesia dan Malaysia. Perkembangan ini menunjukkan Shaklee adalah syarikat antarabangsa dengan pasaran dan sistem MLM yang kukuh. 


10. Shaklee digunakan oleh pendaki gunung, juruterbang yang mengelilingi dunia tanpa henti, atlit yang berjaya merangkul 15 pingat emas, pengembara dan angkasawan NASA. 


11. Shaklee menawarkan peluang kesihatan dan peluang kehidupan yang lebih baik bukan hanya untuk semua pengedarnya malahan untuk sesiapa sahaja. 


Sekarang korang dah tau kenapa Shaklee ni menjadi pilihan ramai. Menukar jenama boleh mengubah hidup anda kerana jenama Shaklee sangat mementingkan kualiti. Nanti saya kongsikan fakta menarik tentang MLM Shaklee. Tungguuuu....



Bekerja dari rumah sebagai hobi yang menjana pendapatan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Adakah anda seorang surirumah yang ingin menjana pendapatan sampingan untuk keluarga? Atau anda seorang surirumah yang kesunyian dan perlu hobi baru untuk mengisi masa lapang? 

Shaklee menyediakan peluang perniagaan untuk anda hanya dari rumah dan menjanjikan pulangan 3C tanpa gagal untuk anda. 


Apakah 3C yang dimaksudkan. 
1. Cash
Cash atau tunai sudah tentu dari keuntungan jualan produk Shaklee iaitu untung runcit. 
Cash atau tunai dari mata terkumpul produk jualan sebagai menghargai usaha pengedar yang memasarkan produk. 
Cash atau tunai sebagai pemimpin jualan berkumpulan. 

2. CAR BONUS
Anda perlu melengkapkan syarat-syarat tertentu untuk layak mendapatkan bonus kereta. Syarikat cuma memberi sejumlah wang namun tidak diwajibkan untuk anda membeli kenderaan. 

3. CONFERENCE
Conference terbahagi kepada dua iaitu tempatan dan antarabangsa. Yang mana satu pilihan anda? Anda boleh menghadiri kedua-duanya sekali bergantung kepada mata terkumpul disepanjang setahun Shaklee. 


Sertailah kami di Empayar Rakan Nutrisi dan dapatkan bimbingan berterusan. Dengan semangat dan keinginan yang tinggi, anda mampu perolehi setiap peluang yang ditawarkan. Jika anda rasa kehidupan sekarang perlu diubah, hanya anda yang mampu mengubahnya. 






Peluang percutian ke Bangkok secara PERCUMA

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com - rakan nutrisi anda.

Teruja tak kalau anda diberi peluang percutian ke Bangkok secara PERCUMA? Semuanya tidak mustahil kerana anda mampu menikmatinya.

Terbuka kepada pengedar biasa dan pemimpin peringkat supervisor serta senior supervisor. Tempoh kelayakan bermula September 2015 hingga April 2016. Jadi jangan lepaskan peluang.

Berdaftarlah sebagai ahli dalam Empayar Rakan Nutrisi hari ini juga dan nikmati peluang percutian ke Bangkok secara PERCUMA.


ESP Shaklee untuk penyusuan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Masih lagi cerita ESP ya cik pau? Ahaa... dulu masa saya mula-mula berkenalan dengan Shaklee sebab nak tingkatkan susuibu sebenarnya. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan produk Shaklee ni. Banyak manfaat yang saya dapat termasuk memperbaiki kesihatan saya semula. Menyusukan bayi memang memerlukan kekuatan dan kesihatan pada tahap optimum. Kalau tidak memang badan rasa letih, lapar, tertekan di kala susu merudum, mudah jatuh sakit dan sebagainya. Maklumlah kilang susu sentiasa bekerja. Nutrisi pula ditarik dari badan kita. Maknanya kita berkongsi nutrisi untuk keperluan si manja.

Saya tetap bersemangat menyusukan bayi walau pun ketika itu saya perasan tahap kesihatan merosot. Saya kerap pitam dan keadaan ini sangat membimbangkan. Saya akui cepat letih dan penghasilan susu mula terjejas. Saya jadi tertekan dan ia lebih memburukkan lagi keadaan. Mujur teman sepejabat berkongsi tentang pengalamannya mengamalkan produk Shaklee. Dari situ saya mencuba dan hingga kini saya masih setia mengamalkannyakerana gembira dengan kesan yang saya alami.

Apa kata kita selami pengalaman ibu lain yang mengamalkan ESP dalam meningkatkan penghasilan susu dan khasiat dalam susu yang dihasilkan untuk si manja.


Ramai yang telah memilih untuk mencuba ESP, protein soya non-GMO yang berkualiti tinggi. Hasilnya pasti mengujakan anda. Dapatkan ESP pada harga istimewa dengan pelbagai penjimatan. Sebotol Vitalea akan diberi secara PERCUMA dengan pembelian 7 canister ESP pada harga 6 canister. Jangan lepaskan peluang kerana promosi terhad hanya sepanjang September. 



Kekal bertenaga sepanjang berpuasa

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Memandangkan baru sangat kita mengakhiri Syawal, saya masih ingin kongsikan menu sahur saya yang tak boleh tinggal iaitu segelas ESP. Saya mula mengamalkan Shaklee sejak 5 tahun yang lalu dan rasa sangat teruja bersahur dengan segelas ESP kerana membuatkan saya kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Tambahan lagi saya hamil dan pada masa yang sama berjaya berpuasa penuh. Seronok sangatlah tak perlu nak ganti puasa.

Resipi ESP yang biasa saya amalkan samada ESP + Air kosong atau ESP + Kurma/Tamar + air kosong. Biasanya kalau dah hujung bulan Ramadhan malas nak bersahur yang berat-berat jadi cukup dengan ESP. Kalau terlewat bangun untuk bersahur pun saya tak bimbang sebab boleh bersahur ringkas. Yang penting masih boleh kutip pahala bersahur tu.

Pengalaman bersahur dengan ESP juga dikongsi oleh sahabat saya ni. Jom kita baca apa katanya:


Ramai yang telah memilih untuk mencuba ESP, protein soya non-GMO yang berkualiti tinggi. Hasilnya pasti mengujakan anda. Dapatkan ESP pada harga istimewa dengan pelbagai penjimatan. Sebotol Vitalea akan diberi secara PERCUMA dengan pembelian 7 canister ESP pada harga 6 canister. Jangan lepaskan peluang kerana promosi terhad hanya sepanjang September. 



Promosi sepanjang September

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Nikmati khasiat dan keunikan rasa soya sebenar. 


Promosi ini melayakkan anda sebotol Vitalea secara PERCUMA. Yes !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...