Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Katakan TIDAK kepada EPISIOTOMI

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Dalam entry yang lalu saya kongsikan panduan melahirkan tanpa episiotomi. Saya ingin buat penjelasan mengapa panduan tersebut ditulis dalam turutan terbalik. Ramai diantara kita tidak sedar apa yang menjadi keutamaan biasanya tersenarai pada bahagian yang paling akhir. Penjelasan kali ini akan meyakinkan anda utuk katakan TIDAK kepada EPISIOTOMI pada kelahiran akan datang.


Jika anda google mengenai kelahiran tanpa episiotomi, pertama sekali yang disarankan ialah mendapatkan pusat bersalin yang mana doktor dan bidan terlatihnya menyokong kelahiran tanpa perlunya episiotomi dan terasangat jarang mengambil pilihan untuk melakukannya. Sebagai orang biasa, saya hanya mengupas dari sudut orang biasa juga. Jika anda ke hospital kerajaan seperti saya, memang tidak berpeluang untuk memilih doktor atau bidan yang disarankan. Andaikan ketika itu anda ditemani doktor pelatih, kebarangkalian untuk "mencuba potong dan jahit" adalah tinggi. Berbanding dengan hospital atau klinik swasta, doktor yang sama akan menemani anda di bilik bersalin, maka mudahlah anda berbincang menjelang kelahiran nanti.

Posisi yang betul juga memainkan peranan untuk melancarkan proses bersalin. Kebanyakan hospital mengamalkan posisi berbaring. Pada pendapat saya, posisi bersandar pada ketinggi 30-45 darjah sangat membantu ketika meneran dan kurang tekanan untuk melakukannya. Ada juga dengan cara menggantungkan kaki pada alatan khas tetapi itu lebih menyukarkan. Jika anda berpeluang, bolehlah melakukannya dalam keadaan berlutut supaya gabungan dengan daya graviti lebih memudahkan proses bersalin itu sendiri. sekal lagi ia bergantung kepada pusat bersaln yang anda pilih.

Keupayaan otot perineum menegang pada tahap maksima juga boleh diusahan dengan kaedah urutan dan senaman. Untuk melakukan urutan, pastikan kuku anda pendek dan bersih. Gunakan pelincir yang selamat dan selesa. Untuk saya sendiri, saya memilih senaman Kegel  kerana  lebih mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Senaman ini juga boleh mengelakkan rahim jatuh atau orang tua kata tombong manakala dari segi perubatan dipanggil prolapsed.


Kaedah seterusnya untuk mengelakkan episiotomi ini ialah dengan mengamalkan makanan berkhasiat terutamanya yang tinggi protein untuk menghasilkan otot yang sihat dan kuat. ESP merupakan protein berkualiti tinggi yang organik dan dihasilkan dari soya non-GMO. Dihasilkan dengan teliti, dibasuh dengan air sejuk dan tidak menggunakan alkohol semasa pemprosesannya. Ini bagi menjamin khasiatnya terpelihara dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh tubuh.

Pengambilan protein sangat penting untuk perkembangan janin dan membantu menguatkan otot rahim ibu bagi mengelakkan keguguran. Manfaat lain yang boleh dirasai ialah :
- tiada alahan pada kulit akibat pembawakan ibu hamil.
- rasa lebih sihat dan bertenaga.
- kulit, kuku dan rambut sihat dan cantik.
- selera makan yang terkawal dan tidak mengalami masalah mabuk dan mengidam.
- kenaikan berat badan terkawal sepanjang tempoh kehamilan.
- bayi yang lahir tidak terlalu besar sehingga memerlukan pembedahan.
- dapat mengelakkan episiotomi ketika proses kelahiran.
- terhindar dari risiko diabetis ketika hamil.

Saya amat bersyukur kerana kelahiran yang tak melibatkan episiotomi memudahkan saya mengurus diri dan keluarga ketika tempoh berpantang. tambahan lagi memang berpantang sendirian dan tiada pembantu, maka saya memerlukan tempoh untuk kembali sihat seperti sediakala yang lebih singkat. Bukan saya tidak mahu berpantang sepenuhnya dan duduk berehat tapi sebenarnya saya perlu sihat segera demi anak-anak yang masih memerlukan perhatian saya. Bayangkan ketika berpantang, saya masih perlu memenuhi keperluan 3 orang anak (berusia 2, 4 dan 6 tahun) yang berada di rumah dan 2 orang lagi untuk persiapan ke sekolah. Pastinya saya perlu jadi supermom. Alhamdulillah semuanya atas izin Allah.

Anda sebenarnya ada pilihan untuk katakan TIDAK kepada EPISIOTOMI untuk keselesaan anda dalam tempoh berpantang. Dapatkan makanan berkhasiat terutamanya tinggi protein bermula ketika hamil dan berterusan hingga tempoh menyusukan si manja.



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 010.322.3922 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...