Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Panduan melahirkan tanpa episiotomi

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Anda hamil anak pertama? Tentu berdebar menanti saat kelahiran si manja.  Bukan anak pertama saja, anak kedua.. Ketiga... Keempat dan seterusnya pun masih berdebar menanti saat kelahirannya. Merasakan betapa sakitnya kontraksi bagai mahu tercabut tulang pinggang. Saat keluarnya kepala bayi, bimbang koyak panjang di bahagian perineum. Nyilu ketika dijahit tanpa bius dan jahitan terbuka pula setelah beberapa hari. Haiissyy... Kalaulah boleh kelahiran tanpa episiotomi, alangkah bahagianya.

Kita selalu mengharapkan proses kelahiran berjalan lancar dan mengelak berita paling mengerikan iaitu jahitan panjang pada episiotomi. Kalau saya sendiri pun perkara yang paling membimbangkan ialah jahitan terbuka dan terpaksa dijahit semula... Waduhhh... 

Alhamdulillah sepanjang bersalin 6 orang anak, hanya 2 orang saja yang saya terpaksa berhadapan dengan episiotomi. Selebihnya 'tak koyak dan tak jahit' atau dalam bahasa perubatannya "intact". Nak tau apa rahsianya? Jom baca sampai habis...,




EPISIOTOMI DAN KEPERLUANNYA
Episiotomi ialah belahan kecil dibuat pada perineum iaitu otot diantara rektum dan vagina bertujuan memudahkan proses bersalin. Dengan menggunakan gunting, belahan dibuat lurus ke bawah atau secara pepenjuru. Episiotomi biasanya dilakukan pada saat kepala bayi telah mula muncul dan merupakan potongan paling selamat, luka paling kecil dan secara amnya kurang menyakitkan di saat otot perineum menegang. 

WAJARKAH EPISIOTOMI PADA SETIAP KELAHIRAN? 
Kebiasaannya dilakukan atas beberapa sebab seperti :

- kesukaran bayi untuk keluar dan mengambil masa yang agak lama
- air ketuban disertai meconium 
- bayi terlalu besar untuk saiz pelvis ibu yang kecil
- koyakan terlebih dahulu berlaku pada bahagian atas vagina berhampiran dgn saluran kencing
- kesan penggunaan epidural yang mengurangkan rasa sakit sehingga menyebabkan ibu tidak dapat meneran dengan sebaiknya semasa proses bersalin dan terpaksa dibantu dengan kaedah forsep atau vacum. 


PERSEDIAN MELAHIRKAN TANPA EPISIOTOMI
Proses melahirkan tanpa episiotomi adalah tidak mustahil tetapi ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebagai persediaan menghadapi saat bersalin dan mampu mengelakkan episotomi :

4. Dapatkan pusat bersalin dengan doktor / bidan terlatih yang menyokong kelahiran tanpa perlunya episiotomi. Elakkan pengambilan epidural ketika bertarung sakit untuk bersalin.
3. Dapatkan posisi yang sesuai semasa bersalin. Antaranya melutut atau duduk bersandar 30-45 darjah. Anda juga boleh mencuba kaedah melahirkan di dalam air yang dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit.
2. Melakukan urutan pada perineum supaya otot sekitarnya mampu meregang dan tak mudah koyak ketika kepala bayi muncul. Anda juga digalakkan melakukan senaman Kegel untuk mengawal otot perineum supaya tidak terkoyak semasa meneran.
1. Amalkan pemakanan berkhasiat. Lebihkan pengambilan protein bukan sahaja untuk keperluan bayi malah amat membantu dalam mengekalkan kekuatan otot perineum. Elakkan dari mengambil makanan jajan seperti keropok dan kerepek kerana ia tidak membantu menguatkan malah akan mengakibatkan otot perineum gagal dijahit dan kembali sembuh.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya mampu menghadapi 4 kali proses bersalin tanpa episiotomi. Sepanjang tempoh hamil saya mengamalkan pengambilan ESP satu-satunya protein berkualiti tinggi, 2 hingga 3 hidangan sehari. Sepanjang kehamilan saya memerlukan 18 tin ESP iaitu sebulan memerlukan 2 tin.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa saya senaraikan dalam keadaan terbalik. saya akan sambung dalam entry seterusnya. 

Tungguuuuu....... 

Dapatkan promosi ESP sepanjang September ini dan nikmati manfaatnya.



Rujukan
1. http://www.drmomma.org/2009/12/avoiding-episiotomy.html?m=1
2. http://m.wikihow.com/Avoid-an-Episiotomy
3. http://www.giving-birth-naturally.net/avoid-an-episiotomy.html

Fauziah Hamzah (846053)

010.322.3922
bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...