Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Memahami sistem pencernaan 1

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Hari ini saya ingin membawa anda memahami sistem pencernaan supaya anda jelas bagaimana proses penyerapan nutrisi berlaku dalam tubuh kita. Sistem pencernaan bermula daripada mulut ke esofagus, ke perut, usus kecil dan usus besar. Beberapa organ lain seperti hati, hempedu dan pankreas juga membantu dalam proses pencernaan ini.



Dari mulut ke esofagus.
Pencernaan bermula dari mulut yang bertindak mengisar makanan dan bergaul dengan air liur. Enzim ptyalin mengasingkan kanji kepada gula ringkas. Makanan kemudiannya akan ditolak memasuki ruang esofagus dan makanan ditolak secara beritma dipanggil peristalsis masuk ke perut.

Perut.
Makanan berkuah seperti sup tidak berada lama di dalam perut. Secara purata karbohidrat, protein dan lemak akan berada di dalam perut sekitar tiga hingga lima jam. Asid hidroklorik di dalam perut, membolehkan vitamin B12 diserap. Perut tidak boleh terlalu penuh dengan makanan. Hendaklah dibahagi kepa da 3 bahagian iaitu, 1 bahagian makanan, 1 bahagian air dan selebihnya udara.

Seterusnya, makanan akan melalui usus kecil dan seterusnya ke usus besar. Nantikan entri seterusnya tentang proses penyerapan nutrisi di usus kecil dan usus besar.




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
 Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...