Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Jejak Jutawan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Program Jejak Jutawan kembali lagi. Slot khas untuk para pemimpin kumpulan. Akan datang ada slot peluang perniagaan untuk anda yang berminat untuk menambah pendapatan.







Supplemen satu keperluan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Samada anda percaya atau tidak, supplemen kini menjadi satu keperluan. Bagaikan berlumba-lumba produk supplemen baru muncul di pasaran. Ini bermakna adanya permintaan oleh sebab itu adanya pengeluaran. 

Anda rasa pentingkah supplemen ni? Dulu saya rasa tak perlu pun nak ambil supplemen sebab boleh dapatkan dari pemakanan seimbang. Lama-kelamaan pemakanan seimbang juga sukar dipenuhi dan menjejaskan kesihatan saya. Dari situlah saya beralih untuk mencuba supplemen Shaklee dan ternyata kesannya berbeza. 

Apakah sebab utama yang menjadikan supplemen antara keperluan masakini? 


Shaklee menawarkan anda promosi terbaik sepanjang November iaitu vitamin C. Ia antara supplemen asas paling penting yang akan menguatkan sistem imunisasi tubuh agar anda kekal sihat. Vitamin C perlu diambil dari pemakanan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. 

Hubungi saya di talian 012.764.0760 untuk mendapatkan vitamin C pada harga PROMOSI serta konsultasi PERCUMA hanya di maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Antioksidan yang melindungi perokok dari kanser peparu

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Tidak ada siapa pun yang suka nak zalimi diri sendiri tapi saya rasa bab merokok ni susah sikit nak baiki. Nak berhenti merokok jauh sekali walaupun harga rokok dah melambung tinggi sekarang ni umpama belanja minum pagi, makan tengahari dan makan malam untuk sehari. 

Kalau sayangi diri, pastikan tidak mendapat mudharat di kemudian hari. Ambil langkah untuk atasi walau pun rasanya tak mungkin terjadi perkara yang tak diingini.


Hidup ini biarlah berpesan-pesan. Jadi pesan saya jagalah kesihatan diri supaya tidak menyusahkan orang lain di kemudian hari. Kalau ada peruntukan untuk beli rokok, pastinya ada peruntukan juga untuk dapatkan vitamin C. 
Dapatkan sebotol vitamin C pada harga PROMOSI di sepanjang November hanya di maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 
Boleh jadi pelaburan 50sen sehari dapat menyelamatkan anda. 

Salam Jumaat




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Muka berkawah bekas jerawat kian pulih.

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Anda tak perlu runsing dengan kawah tinggalan jerawat lampau. Pasti ada cara untuk mengatasinya sama seperti pengguna dalam testimoni di bawah.


Usaha tanpa jemu pasti membuahkan hasil. Yang penting berani untuk mencuba. 


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
SID : 846053
Mobile 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com


Jerawat mungkin petunjuk kepada penyakit lain

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Hari ini saya nak kongsikan kebarangkalian jerawat boleh menjadi petunjuk kepada penyakit lain. Kalau tepat nampaknya dah macam level doktor pula kita ni... Hehehe..
Jom kita tengok kaedah mengesan penyakit melalui jerawat. Lepas tu pakat belek muka di cermin. 



Fauziah Hamzah 
SID : 846053
Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmailcom


Peluang percutian PERCUMA ke Bangkok

Salam sejahtera & selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan percutian PERCUMA tajaan Shaklee ke Bangkok selama 3 hari 2 malam.



Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
H5tMobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Masalah resdung pulih dengan vitamin C

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Saya kongsikan testimoni pelbagai manfaat hasil mengamalkan vitamin C. 
/9

Rasa macam nak dapatkan stok setahun kan? Maklumlah harga promosi sepanjang November memang murah. 
Boleh hubungi saya di talian 012.764.0760 untuk membuat tempahan dan dapatkan konsultasi secara PERCUMA. 


Risiko kekurangan Vitamin C terhadap ibu hamil dan bayi

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Anda ibu hamil? Mari kita lihat kesan kekurangan vitamin C terhadap ibu dan bayi disepanjang kehamilan. 


Adakah anda bersedia untuk merisikokan diri dan janin kerana kurang mengambil endah kepentingan vitamin C di sepanjang kehamilan? Hanya anda yang mampu mengubahnya. 

Fauziah Hamzah
SID : 846053
Email : bibimie@gmail.com

Salam Jumaat




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Cantik dan sihat dengan produk selamat dan berkesan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Wanita tentu sekali obses tentang kecantikan. Nak tau apa rahsia kecantikan dan awet muda adik ni boleh baca testimoni di bawah. 


Bagi mendapatkan manfaat di atas anda cuma perlu melaburkan 50 sen hingga RM1 sehari untuk vitamin C. Murahnya tak terperi. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan vitamin C pada harga promosi boleh hubungi saya di talian 012.764.0760



Kepentingan vitamin C untuk ibu hamil

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Selalu kita kaitkan vitamin C untuk kecantikan kulit. Hari ini saya fokuskan kepentingan vitamin C untuk ibu hamil. 


Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi yang lebih efisyen. Ia penting bagi penghasilan sel darah merah untuk dibekalkan kepada janin yang dikandung. Sel darah merah penting sebagai pengangkutan oksigen ke seluruh bahagian badan. 

Vitamin C juga penting disepanjang tempoh kehamilan bagi menguatkan sistem imunisasi ibu agar kekal sihat disepanjang kehamilan. Bayi yang sihat bermula dari ibu yang sihat. Dalam satu kajian, bayi yang dilahirkan dengan kulit sensitif dan ekzema adalah disebabkan ibu kekurangan vitamin C sejak hamil lagi. Kekurangan vitamin C yang agak kronik ketika hamil juga mendedahkan bayi terhadap risiko kerosakan pada otak. 

Anda perlukan konsultasi percuma? Hubungi cik pau di talian 012.764.0760 dan dapatkan vitamin C anda hari ini.


Testimoni JERAWAT pulih dengan vitamin C

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com

Saya bawakan anda testimoni jerawat pulih dengan vitamin C.


Kini tak perlu runsing dengan jerawat. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan vitamin C dengan belanja hanya 50 sen hingga RM1 sehari. 

Hubungi saya di talian 012.764.0760 untuk mendapatkan vitamin C pada harga promosi di sepanjang November, hanya di maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 


Katakan TIDAK kepada JERAWAT BATU

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Memandangkan khasiat vitamin C memang sudah diketahui untuk kecantikan kulit, ia juga tidak terkecuali daripada senarai salah satu penyurai masalah jerawat. Jerawat kecil mungkin cepat kesannya dengan vitamin C tetapi bagaimana pula cara untuk pulihkan jerawat batu? 



Mari kita lihat apa yang boleh membantu pemulihan jerawat dengan mengamalkan set di atas. 

Vitamin C ~ kulit merupakan organ yang mudah terdedah kepada toksin dan radikal bebas dari persekitaran. Kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh radikal bebas ini akan mengganggu pH kulit, kelenjar sebum, menyebabkan peningkatan pengeluaran sebum dan mendedahkan kulit kepada jangkitan bakteria sehingga menyebabkan kemunculan jerawat.  Vitamin C yang merupakan antioksidan yang akan menghalang aktiviti radikal bebas serta menukarkannya ke komponen yang kurang berbahaya. 

Zinc ~ dikatakan mampu membunuh bakteria Propionibacterium yang menyebabkan jerawat. Ia juga mengurangkan keradangan kulit, kesakitan dan kemerahan akibat jerawat serta mengurangkan penghasilan sebum.  Hanya 30mg zinc diperlukan untuk mengawal keradangan pada kulit berjerawat. 

Garlic ~ dipercayai bawang putih bersifat antibakteria, antivirus serta antikulat. Sesuai untuk mengurangkan penghasilan sebum pada kulit sehingga dapat mengekang kewujudan jerawat pada bahagian lain. 

Dapatkan set ini pada harga PROMOSI sah sehingga 30 November 2015.  Boleh hubungi saya di talian 012.764.0760 dan dapatkan konsultasi secara PERCUMA. 

Kelebihan Sustained Release Vita C Plus

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nitrisi anda.

Oleh kerana bulan ini promosi Sustained Release Vita C Plus, saya kongsikan beberapa kelebihannya yang menjadi pilihan ramai dan kelebihan ini menjadikan ianya berbeza dengan vitamin C yang berada di pasaran.


Pastinya pelaburan anda berbaloi dengan mutu produk. Dapatkan SR Vita C pada harga promosi hanya di maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 



Pulih JERAGAT dengan vitamin

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Jeragat terhasil akibat sel kulit yang mengalami proses penuaan. Percaya atau tidak, jeragat boleh diatasi dengan pengambilan vitamin. Jom kita tengok apa yang vitamin boleh bantu untuk atasi masalah jeragat. 



Jeragat mungkin telah wujud lama dahulu tapi mungkin kita kurang endahkannya. Lama-kelamaan, kewujudannya semakin jelas seiring dengan peningkatan usia. Pengambilan vitamin boleh memudarkan jeragat yang telah tebal tetapi mengambil masa tertentu untuk pudar sepenuhnya bergantung kepada proses penghasilan sel-sel baru. 

Oleh itu adalah penting untuk mengamalkan vitamin secara konsisten  bagi memastikan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat tidak terganggu dan vitamin C dan E yang bertindak sebagai antioksidan membantu melewatkan proses penuaan. 

Anda boleh hubungi saya di talian 012.764.0760 untuk mendapatkan set jeragat seperti di atas pada harga PROMOSI dan konsultasi secara PERCUMA. 




Salam Jumaat





Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Fungsi Vitamin C Plus

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Teruja rasanya nak kongsikan fungsi Vita C + shaklee ini. Paling popular fungsi vitamin C adalah untuk kecantikan kulit. Pelanggan saya pun ada yang cucuk vitamin C di muka nak bagi anjal katanya. 

Kalau anda tanya saya, saya lebih suka untuk memilih vitamin C yang boleh dimakan supaya manfaatnya bukan sahaja untuk kulit tetapi meliputi pelbagai aspek kesihatan. Berikut adalah antara fungsi vitamin C yang dapat saya kongsikan. 


Pelaburan yang berbaloi dengan nilai wang anda. Lebih-lebih lagi vita C+ kini pada harga promosi sepanjang November. 

Boleh hubungi saya di talian 012.764.0760 untuk mendapatkan vitamin C pada harga promosi serta konsultasi secara PERCUMA. Alang-alang ada promosi ni lebih baik ambil 2 botol untuk stok setahun. Lebih jimat dan  berbaloi. 

Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Program Jejak Jutawan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti? Ikuti program Jejak Jutawan dan selami pengalaman penceramah undangan bagaimana mereka melakar kejayaan bersama Shaklee.



Jumpa anda di sana.... 




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053
Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Gila meroyan selepas bersalin?

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bunuh diri oleh seorang ibu yang sedang menjalani tempoh berpantang. Banyak faktor penyumbang kepada tercetusnya tekanan perasaan hingga ke tahap gila meroyan. Sungguh pun saya berpantang sendiri dari anak keempat hingga keenam, saya akui tempoh berpantang agak sukar dipenuhi dengam rutin berpantang yang sepatutnya namun saya bersyukur kerana tidak diuji hingga ke tahap gila meroyan.



Saya ingin mengajak anda semua menyelami pengalaman gila meroyan dalam artikel di bawah. Penulisnya tidak diketahui namun saya kongsikan agar kita semua ambil maklum dan sensitif terhadap ibu yang sedang berpantang.

Post partum depression atau juga dikenali sebagai GILA MEROYAN

Meroyan adalah universal, bukan mitos orang Melayu sahaja.

Saya lahirkan Aminah pertengahan musim luruh, dan Zainab, penghujung musim luruh, transition antara musim luruh ke musim sejuk. Jadi waktu tersebut jangan kata hati muram, hari pun suram. Siang lebih pendek, dedaunan kekuningan berguguran jatuh ke bumi. Duduk di tepi tingkap rumah pandang ke pokok-pokok yang semakin botak, hati rasa sayu tiba-tiba bercampur baur tak tau hendak kata macam mana. Saya berpantang sendirian cuma ditemani anak-anak dan suami. Tiada mandi air akar kayu, tungku herba, ikan haruan, barut bagai yang ada cuma sebuah harapan kalaulah Malaysia dengan UK tu dekat. Urut pun sendiri-sendiri je kirim minyak afiat dekat orang yang balik Malaysia, suami saya urutkan mana yang dia reti.

Dipendekkan cerita, semasa saya lahirkan Aminah pada 2012, dan Zainab pada 2014 health visitor (pelawat kesihatan NHS yang akan pergi ke rumah untuk memantau keadaan ibu dan bayi sebaik discharge daripada perkhidmatan midwives) berkata bahawa saya seperti ada menunjukkan simptom 'on the edge of post natal depression'. Walaupun saya menafikan sekeras-kerasnya dan bertegas bahawa saya merasa gembira. Pada kelahiran Zainab health visitor saya siap hantar surat kepada GP dan pusat kesihatan daerah untuk terapi dan group discussion di Westminster and Chelsea Hospital. Dalam kedua-dua insiden, bila health visitor pergi, saya selami dalam diri dan memang benar, saya dapat merasakan seolah ada satu kekosongan dalam hati yang di luar kawalan saya, membuatkan saya rasa seperti ingin menangis, tapi tak tahu kenapa.

Faktor penyumbang?
Bukan pengabaian oleh sesiapa (suami, keluarga, jiran, pihak berkuasa ke) bukan juga stress sebab tak dapat bagi susu badan (alhamdulillah saya susukan anak-anak saya dari lepas lahir sehingga 2 tahun), bukan stress sebab letih dengan anak-anak yang lebih besar. Tapi sebab hati. Dalam hati ini ada macam satu rasa kosong. Orang mengandung, selama sembilan bulan tu badan mereka mengalami banyak perubahan hormon, kimia dan bentuk. Bila bayi dah selamat keluar, segala hormon dan kimia yang dah bertapa dalam badannya akan berubah rentak secara tiba-tiba. Bayangkan di saat badan dia dah lali dah biasa dengan perubahan hormon dan kimia tu, tiba-tiba ia perlu ditukar lagi. Mesti lah huru-hara sedikit rasa sedih, sayu, touching. Hormone dan kimia dalam badan kita ini bukan macam channel astro tau, tekan remote boleh ditukar-tukar. Ianya adalah satu proses yang rumit.

Health visitor mencadangkan saya supaya buat apa yang saya suka, dan berbanggalah dengan hasilnya, orang putih panggil 'take pride'. Jangan bermuram durja. Dia suruh saya overcome.

Perlahan-lahan saya isi kekosongan dalam hati, rasa nak menangis rasa murung tu dengan sesuatu yang lain. Saya take pride dengan anak-anak. Tengok bagaimana anak-anak yang lebih tua belajar menerima kehadiran adik mereka, siapkan anak-anak hari-hari, catat setiap perkembangan mereka, ambil gambar, share gambar tersebut dan perkembangan mereka dalam FB misalnya dengan sesiapa yang boleh buka hatinya untuk baca dan tahu. Kalau dia tak suka dia boleh padamkan dari ingatan, kalau dia suka gambar yang dia tengok, apa yang dia baca, dia boleh selitkan doa yang baik. Kalau dia baca tanpa perasaan, dia boleh abaikan seperti angin lalu.

Orang 'take pride' ke atas sesuatu perkara dalam hidup mereka untuk overcome perkara lain yang membuatkan mereka bersedih, murung, rindu, kehilangan, tekanan, rasa nak membunuh dan lain-lain perkara yang negatif. Ada juga yang berkongsi apa yang mereka 'take pride' ini di laman sosial misalnya sebagai satu cara untuk mendapatkan sokongan, kata-kata yang baik, doa, nasihat dan mungkin juga sebagai cara untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan 'sekapal'. Bukan sebab nak riak, nak buat orang lain tertekan, nak bagi orang lain cemburu, atau nak sakitkan hati orang lain. Setiap orang ada bahagian masing-masing, ada minat masing-masing. Ada benda yang dia suka, dia 'take pride in one particular thing'.

Apa kepentingan mengisi kekosongan hati yang dirasai selepas bersalin ini? Ia untuk mengelak kita daripada merasa murung dan kosong. Apabila perasaan murung, hati rasa kosong, idea yang negatif mudah hadir. Di UK dan US memang ada kes ibu yang baru lepas melahirkan bunuh anak yang baru dilahirkan. Atau bunuh anak yang lebih tua dengan cara lemaskan dalam bath tub. Atau abaikan anak sehingga kebuluran. Nauzubillah min zalik kita tidak mahu itu semua berlaku pada kita.

Saya rasa ramai orang yang ambil tindakan ini, take pride in something to overcome. Ada yang take pride dengan keletah anak-anak untuk overcome masalah kewangan contohnya. Ada yang take pride dengan hasil masakan untuk overcome masalah kerja, ada yang take pride dengan ebm yang penuh sepeti, susu badan pekat melimpah sebab nak overcome rasa trauma akibat prolonged labour atau anak yang prolonged jaundice atau anak ada birth defect.

Dan take pride to overcome juga bukan hanya untuk wanita selepas bersalin dan mempunyai anak, tapi juga berkesan kepada wanita sama ada bujang atau berkahwin, dan juga orang lelaki. Wanita bujang misalnya ada yang take pride dengan melancong ke banyak tempat, atau sambung belajar ke peringkat lebih tinggi untuk overcome jodoh yang belum sampai. Ada wanita berkahwin yang take pride dengan layanan romantis suami kepada isteri untuk overcome kesedihan sebab belum ada rezeki anak, ada juga lelaki yang rapat dengan emak, bila emaknya meninggal dunia, dia take pride dengan work out, pergi gym. Bukan untuk berlagak badan sado ke, tapi untuk overcome kesedihan dan kehilangan. Memang badan sado tak mampu menggantikan emaknya tapi sedikit-sedikit bila dia buat sesuatu yang dia suka ia boleh bantu dia atasi rasa murung dan sedih.

Memetik kata health visitor saya (saya terjemah ke Bahasa Melayu) " Pentingnya untuk kamu buat (do) sesuatu yang kamu suka dan kamu rasa gembira, senang hati
dan berbangga bila melihat hasilnya (take pride) walau bagaimanapun hasilnya supaya kamu dapat mengatasi (overcome) rasa sedih, hiba dan murung yang ada dalam hati kamu ".

Do
Take Pride
Overcome

Suami-suami kalau isteri murung lepas bersalin jangan pandai-pandai nak kata isteri awak tu lembik, pandai-pandai suruh isteri tengok orang putih kuat je lepas bersalin boleh pakai jeans bagai. Ini saya bagitau, saya pernah bersalin dekat negara orang putih lebih dari sekali dan saya tahu orang putih pun ada yang meroyan. Malah lebih teruk daripada orang kita.

Masalah meroyan, post natal depression bukan masalah terpencil, bukan hanya mitos orang Melayu. Tapi ia wujud di seluruh dunia. Dalam kalangan orang putih pun. Jika tidak masakan kerajaan Britain melalui agensi kesihatannya, NHS menubuhkan unit khas dan kempen rasmi untuk membantu menangani post natal depression. Para health visitor dilatih untuk mengesan simptom post natal depression ke atas para ibu yang baru melahirkan tanpa mengira usia ibu, proses kelahiran yang dilalui ataupun bangsa dan negara asal. Post natal depression adalah masalah universal. Ia benar-benar terjadi bukan kisah dongeng.

*****

Semoga kita dapat mengambil pengajaran bukan sahaja untuk diri sendiri, malah dipanjangkan ke anak, menantu, saudara terdekat, jiran dan sahabat handai.

Terima kasih atas perkongsian penulis.

Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Promosi November 2015

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com~ rakan nutrisi anda. 

Apa khabar? Nak tau promosi bulan ini? Tadaaa... 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...