Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Ramai orang semakin cantik dan sihat di musim panas.

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Apa khabar anda hari ini? Panas betul sekarang ni ya sampai ada yang komplen bil elektrik meninggi. Anda mungkin tak perasan ada sesuatu yang positif berlaku di musim panas begini. Boleh dikatakan ramai orang semakin cantik dan sihat di musim panas. Nak tau sebab apa? 


Cantik dan sihat di musim panas

Saya sebenarnya tak perasan apa-apa perubahan sampailah seorang kawan bagitau kulitnya rasa lembut dan lembap. Bila saya belek-belek kulit sendiri memang ada benarnya. Jerawat pun tak ada. Kawan saya kata lagi, dia baru perasan berat pun menyusut. Projek jumpa Dr. Tan*** pun lancar dan selesa. Wah...!!! Saya rasa makin teruja. 

Saya tanya dia apa yang dia buat sampai begitu sekali kesannya. Katanya, sejak cuaca panas, dia tak lalu nak makan sebab dah kekenyangan air. Beberapa kali dia mengisi bekas air yang dibawanya ke mana-mana supaya senang untuk diminum. Menu masakan sekarang lebih kepada sup dan rebusan. Musim panas lebih sedap hirup sup katanya. Snek waktu senggang pula kebanyakannya buah-buahan atau sekali sekala buat jus buah. 

Tambahnya lagi, sebelum keluar dari rumah untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, dia akan sapu sun blocked. Jaga kulit jangan terbakar walaupun bukanlah lama sangat nak menunggu anak-anak habis waktu sekolah. Saya akui memang panas menyengat waktu matahari terpacak atas kepala tu. Tak hairanlah ada yang terkena heat stroke beberapa minggu lepas. 

Apa yang dapat saya simpulkan dari cerita kawan saya tu, kunci untuk cantik dan sihat bermula dengan air yang cukup. Sebenarnya saya sendiri pun sukar nak mengamalkan 3 liter air sehari tapi musim panas sekarang ni memaksa saya minum lebih dari 3 liter sehari. Alhamdulillah ada hikmahnya musim panas ini berlanjutan. 



Air penting untuk detox.
Air merupakan agen yang membawa toksin keluar dari badan. Air yang cukup mengelakkan anda mengalami sembelit. Masalah toksin berkumpul dalam badan adalah kerana ada sisa buangan yang masih lagi tertinggal dalam usus. Sekiranya anda mengalami sembelit, najis akan berada lebih lama dalam tubuh dan seterusnya lebih banyak toksin akan berkumpul dalam tubuh akibat aktiviti bakteria dalam usus. 

Toksin akan menghalang penyerapan nutrisi secara efisyen. Disebabkan kegagalan usus untuk menyerap nutrisi, banyak masalah lain akan timbul seperti kulit muka berjerawat, sakit kepala, rambut gugur, kulit kusam, mudah jatuh sakit dan masalah-masalah kesihatan yang lain. 

Air menyampaikan nutrisi ke seluruh tubuh. 
Air berperanan penting untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam tubuh. Darah yang cair lebih mudah melalui saluran darah yang kecil lagi sempit. Darah membawa bersama-sama nutrisi yang diperolehi dari makanan. Oleh sebab itu, penting untuk anda amalkan minum air samada 1L air untuk setiap 25kg berat badan anda atau 3L air sehari. Selain mengangkut nutrisi, air juga membawa oksigen yang diperlukan oleh otak. Jom kita tengok kesan kekurangan air pada tubuh.  
Klik imej untuk paparan lebih jelas.



Jelaslah bahawa air sangat penting untuk anda jadi lebih sihat dan cantik. Tubuh dapat menyahtoksin (detox) seterusnya usus yang bersih lebih mudah menyerap nutrisi. Sel darah pula kemudiannya membawa nutrisi ke seluruh tubuh anda. 

Ada caranya untuk mempercepatkan proses ini berlaku iaitu dengan mengamalkan pengambilan vitamin C secara konsisten. 

Tahukah anda, vitamin C juga merupakan agen nyahtoksin? Ia berperanan mengumpulkan toksin manakala air pula sangat penting untuk proses seterusnya iaitu mengangkut toksin terkumpul untuk disingkirkan dari tubuh. 

Kita sedia maklum vitamin C sangat sinonim dengan manfaat kecantikan tapi ada 5 manfaat lain yang anda perlu tahu iaitu

1. Menyahtoksin usus besar. 
Vitamin C berlebihan yang tidak terserap oleh usus kecil akan menyebabkan najis pada usus besar lebih berair. Dengan ini, najis-najis lama akan lebih mudah disingkirkan. 

2. Meningkatkan stamina ketika di gym. 
Vitamin C diperlukan untuk pemulihan dan pertumbuhan tisu tubuh. Satu kajian dari Universiti Wisconsin mendapati 500mg vitamin C dapat menghilangkan keletihan akibat senaman dan workout.

3. Memenuhi keperluan kelenjar adrenal. 
Sekumpulan penyelidik bersetuju bahawa ketika mengalami stress, kandungan vitamin C dalam tubuh juga terjejas. Ujian tekanan yang diberikan terhadap tikus makmal yang disuntik dengan 200mg vitamin C menunjukkan paras hormon stress berkurangan di dalam darah tikus tersebut yang mana turut sama merendahkan tekanan fizikal dan emosi. Bukti ini menunjukkan sikap mudah naik angin / panas baran disebabkan kekurangan vitamin C. 

4. Menentang pengumpulan lemak perut dengan meningkatkan sensitiviti insulin. 
Dalam satu kajian terhadap pesakit diabetis yang diberi vitamin C, mereka mengalami  penurunan kadar gula dalam darah, kolesterol dan paras insulin. Kekurangan vitamin C melumpuhkan sensitiviti insulin dan mengakibatkan gula berlebihan di simpan dibawah kulit sebagai lemak. 

5. Merendahkan risiko penyakit jantung. 
Penyelidik dari Universiti California membuktikan vitamin C mengurangkaan kadar protein C-reaktif yang menjadi petunjuk kepada penyakit jantung dan kencing manis. 

Wah... Banyak juga manfaat vitamin C. Bukan saja untuk mencantikkan kulit bahkan mampu menyahtoksin, memulihkan keletihan, mengawal stress, menghilangkan lemak di perut serta penting untuk kesihatan jantung. 

Anda rasa ada keperluan tak untuk amalkan vitamin C ni? Dalam keadaan cuaca panas ni saya pasti anda perlukan banyak air tambahan lagi dengan mengamalkan vitamin C. Biar vitamin C menjalankan tugasnya dan anda hanya perlu tunggu untuk mengalami transformasi lebih cantik, langsing dan sihat seperti kawan saya. 


Anda boleh mendapatkan vitamin C pada harga PROMOSI sebelum berakhirnya bulan ini. SR Vita C Plus sememangnya pilihan ramai untuk lebih cantik dan sihat dengan jaminan yang lebih selamat.  Anda memerlukannya sekarang kerana hari raya hanya lebih kurang dua bulan lagi. Mana tahu, bangun dari tidur tup tup gojes flawless macam Cik Ta. Mesti suka  kan?

Nak tahu bagaimana memutihkan kulit cara selamat dengan vitamin C Shaklee? Khas untuk anda, konsultasi ini diberi secara PERCUMA. 

Hubungi Cik Pau di 012.764.0760 untuk mendapatkan vitamin C anda hari ini. 



Manfaat Vitamin C untuk ibu hamil dan janin

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Apa khabar ibu-ibu hamil? Hari ini saya nak kongsikan manfaat vitamin C kepada ibu hamil dan janin. 


Selama ini ibu hamil hanya mengutamakan asid folik (salah satu komponen dalam vitamin B) atas saranan doktor. Namun vitamin C juga tidak kurang pentingnya bahkan sangat-sangat perlu untuk perkembangan janin yang sempurna. 

Jika anda lebih menggemari sejenis vitamin saja yang merangkumi semua keperluan ibu hamil, saya lebih senang memilih supplemen yang berasingan contohnya vitamin C ini. Saya akan mengikut keperluan tubuh sebagai contoh, jika saya rasa tak sedap badan seolah nak demam, saya naikkan dos vitamin C kepada 4-6 biji sehari. 

Mari kita lihat manfaat vitamin C untuk ibu hamil dan janin di sepanjang tempoh kehamilan hingga saat melahirkan. 






















Vitamin C kini boleh didapati pada harga yang sangat berbaloi kerana PROMOSI beli 6 PERCUMA 1 dan POTONGAN harga sebanyak 5% untuk pembelian 2 botol. 

Hubungi Cik Pau untuk tawaran harga hebat ini. 


Cik Pau 

ESP melengkapkan keperluan nutrisi untuk ibu hamil dan berpantang sembuh dengan segera

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan Nutrisi Anda.

Tak lengkap rasanya kalau saya tak sertakan testimoni ESP. Saya boleh katakan ESP mampu melengkapkan keperluan nutrisi untuk ibu hamil dan berpantang sembuh dengan segera.



PROTEIN yang sihat mampu membina semula sel-sel baru dengan lebih cepat. Luka bersalin lebih mudah dan segera sembuh. Ini memudahkan ibu-ibu menjalani tempoh berpantang dengan gembira. 

esp, shaklee, hamil, pregnancy, confinement, baby, breastfeeding

Alhamdulillah... Saya sendiri pun dah mengalami kesannya. 



Fauziah Hamzah (Cik Pau) | Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

8 sumber makanan kaya PROTEIN untuk ibu hamil

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan Nutrisi Anda.

Apa rancangan cuti persekolahan kali ini? Semoga anda gembira menikmati percutian bersama keluarga. Cuti sekolah tentu sinonim dengan kenduri kahwin. Untuk pengantin baru, saya ucapkan tahniah dan selamat memasuki gerbang perkahwinan. Lepas ni kena cari ilmu tentang kehamilan pula. Walau pun rezeki anak ketentuan Allah, bersedialah dari awal. Untuk memastikan kesihatan bakal ibu dan janin, mari kita lihat 8 sumber makanan KAYA PROTEIN untuk ibu hamil.


Dan sumber PROTEIN yang paling saya gemari ialah


Keistimewaan ENERGIZING SOY PROTEIN 

1. Dilengkapi dengan 9 jenis AMINO ASID yang diperlukan oleh tubuh dan hanya boleh diperolehi dari sumber makanan. 
2. Satu hidangan ESP membekalkan 14g PROTEIN yang berkualiti tinggi, rendah lemak dan bebas kolesterol..
3. Dihasilkan dari sumber soya organic tanpa hormon tambahan dan pengubahsuaian secara genetik. 
4. Dihasilkan dibawah kawalan pemeliharaan identiti bermula dari penanaman hingga ke peringkat pemprosesan. 
5. Proses pencucian dilakukan menggunakan air bagi memelihara isoflavon yang membantu kepadatan pada tulang, mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat serta melegakan gejala menopause. 
6. PROTEIN dari soya atau sumber tumbuhan adalah sumber PROTEIN TERBAIK berbanding dari sumber haiwan kerana bebas kolesterol boleh merendahkan risiko penyakit jantung. 
7. Dengan glisemik indeks yang rendah, ESP mampu membekalkan tenaga untuk kesan jangka panjang tanpa meningkatkan kadar gula dalam darah. 
8. Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis dan pesakit gastrik.
9. Boleh diminum berulang kali tanpa menyumbang kepada pertambahan berat badan. 


Sudah 5 tahun ESP menjadi pilihan saya dalam tempoh hamil. Ia menjadi sarapan ringkas dan mudah disediakan di awal pagi. Saya pasti inilah sumber PROTEIN TERBAIK untuk saya sekeluarga.

Cik Pau
012.764.0760



Kepentingan PROTEIN untuk ibu hamil

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan Nutrisi Anda.

Setujukah anda kalau saya kata, bayi yang sihat bermula dari ibu yang sihat? Saya percaya disaat anda hamil, anda sangat berhati-hati untuk membuat pilihan makanan. Walaupun kebanyakan ibu hamil cuba untuk mendapatkan diet yang seimbang namun kerap kali juga menghadapi masalah kehamilan seperti kejang kaki, sembelit, low Hb, dan lain-lain. Salah satu nutrisi penting yang perlu dititik beratkan ialah PROTEIN. Pernahkah anda terfikir tentang kepentingan PROTEIN untuk ibu hamil di sepanjang tempoh kehamilan? 


PROTEIN merupakan sumber blok binaan untuk tubuh. Bermula dari pembentukan sel kepada tisu, dari tisu menjadi organ dan dari organ membentuk satu sistem. PROTEIN diperlukan untuk membina tulang, kulit, otot, kuku dan rambut. 

PROTEIN yang cukup akan membantu perkembangan janin dengan sempurna dan mengelakkan risiko kelahiran kurang berat badan. PROTEIN yang cukup juga penting bagi ibu hamil sebagai persediaan menghadapi saat bersalin, mudah sembuh dan kekal sihat dalam tempoh berpantang. 

Kekurangan PROTEIN pada ibu hamil akan mengakibatkan kehilangan berat badan, keletihan otot, kerap mendapat jangkitan serta bengkak-bengkak akibat takungan air berlebihan. Apa yang membimbangkan ialah ibu yang kekurangan PROTEIN tidak mampu membekalkan PROTEIN untuk janinnya sehingga merencatkan perkembangan janin itu sendiri dan akhirnya lahir dengan pelbagai komplikasi. 

Apakah sumber-sumber PROTEIN yang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan anda? 

Jangan lupa untuk membaca entry seterusnya, 8 sumber makanan KAYA PROTEIN untuk ibu hamil. 


Cik Pau 
Rakan Nutrisi Anda




Prolong jaundice atau kuning berpanjangan

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Pernah dengar prolong jaundice atau kuning berpanjangan pada bayi? 3 dari 6 anak saya mengalami prolong jaundice selama 30 hari. Bermacam petua dah dilakukan atas saranan kawan-kawan, orang tua dan saudara mara tapi ia tetap turun naik dengan angka berbelas-belas. Saya pasrah.

Hari ini saya terjumpa satu perkongsian dari seorang kaunselor penyusuan yang saya kira penerangannya amat membantu dalam menangani masalah prolong jaundice. Walaupun saya dah stop production, tapi perlu juga info ini disimpan untuk rujukan masa akan datang.


newborn, prolong jaundice, jaundis, shaklee



================
Fb : Khadijah Gani.

Apabila anak jaundis.

Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini.

Bermula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi.

Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini.

"Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!"

"Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu."

"Awak ni ada susu ke tak? Kuning makin tinggi ni?! Awak nak tengok anak awak mati?"

Jika sehari dua kata kata sebegini diulangcakap, saya masih lagi boleh tahan. Tapi, bila masuk hari ke 4, nampak saja muka suami keesokan paginya airmata sudah tak tertahan lagi!

Saya menangis bagai anak kecil di hujung kerusi. Mahu balik bawa dengan anak kecil saya tak kira apa yg jadi. Nekad!

Kecoh jadinya Nicu pagi itu. Semua orang melihat saya dengan bermacam aksi wajah. Saya terus menangis menundukkan muka tidak mahu berbincang lagi dengan misi ataupun doktor.

Saya sanggup sain surat keluar hospital tanggung risiko. Tapi tidak berjaya kerana bacaan kuning fathi sangat tinggi! Mencecah 20.

Semasa itu, saya jadi terlalu konfius dan stres. Saya tak suka dipaksa dan itu anak saya!

 Hinggalah datang seorang doktor pakar berbangsa cina yg katanya pengarah di situ merendahkan badannya untuk melihat mata saya dan bertanyakan nama staf nurse shift malam itu.

Tapi saya diam tidak memberikan sebarang nama.

Jika mahu tahu, bermalamlah di situ atau tanyalah ibu ibu lain siapakah gerangannya.

Doktor tersebut mencadangkan supaya balik ke rumah dulu dan berurut rileks tidur yg cukup.

Saya tetap tidak mahu kerana tak percaya kepada misi di situ. Empat hari di situ saya melihat sendiri bagaimana misi memberi susu kepada bayi yg ditinggalkan. Cara sendawakan bayi juga mahu jatuh jantung saya melihatnya.

Lama mereka memujuk saya. Semasa itu saya terfikir tiadakah yg dikenali sebagai rakan susu ibu yg boleh berikan pandangan ketiga?

 Saya tidak kenal sesiapa. Tiada nombor untuk dihubungi supaya saya boleh dapatkan nasihat untuk susukan anak dengan betul. Anak pertamalah katakan.

Akhirnya, saya mengalah kerana terlalu penat untuk melawan lagi.

Balik ke rumah saya menangis lagi tanpa henti.

Apabila anak masuk kedua, Fatihah (2010), ia berulang kembali. Cuma saya sempat pulang ke rumah dan kemudian memilih untuk ke hospital berbayar supaya hati lebih tenang.

Anak ketiga, Fahmi (2013) sudah tidak sedih lagi dan bersedia secukupnya. Di hospital berbayar dan ambil wad seorang yg boleh letak bayi dan fototerapi di sebelah katil.

2014 barulah saya mendapat ilmu susu ibu seterusnya menjadi peer counsellor penyusuan susu ibu sepertimana azam saya satu ketika dulu.

Hanya selepas anak keempat, Farihin (2015) barulah dapat satu lagi ilmu yg sudah lama saya impikan selama ini.

Satu satunya ilmu yg amat berharga buat saya hingga mahu menangis saya dibuatnya! Ia umpama diberkati kerana akhirnya doa saya termakbul.

Kerana itu apabila Dr. Hairin Anisa buka 10 soalan berkaitan jaundis di grup geng pc untuk dijadikan rujukan aktiviti, saya terpaksa post soalan terlajak lebih kerana ia adalah soalan terkumpul hingga anak 4! Hihi.. Maaf kepada semua geng pc. 🙈

Melalui cakap cakap orangtua, hinggalah paling banyak membaca di FB membuatkan saya lebih tidak yakin selagi tiada fakta yg sebenar yg dapat menenangkan hati saya.

Ya, fatwa terbaik adalah hati. Dan saya perlu bertanya kepada "ahlinya" bagi menghormati ilmunya.

Bukan dengan mencedoknya di mana mana lebih lebih lagi menyamakan pengalaman dengan orang lain tanpa fakta yg jelas adalah proses tabayyun yg tidak betul.

Dan sekarang apabila terbaca tips peria katak yg direndam dengan susu kambing lalu dilumurkan pada badan bayi sebagai cara menghilangkan jaundis, ia membuatkan saya terlalu kecewa.

Apabila ada perkataan tips / cara, cepat sahaja tekan butang share tanpa bertabayyun dengan proses yg betul dan merujuk kepada ahlinya terlebih dahulu.

Selidikilah.

Membaca 5 cara bagi mengelakkan anak jaundis juga sudah lama saya amalkan tapi ia tetap juga berlaku.

Saya merayu. Mohon jangan cepat percaya!

Serba sedikit poin penting yg saya pelajari tempohari :

1. Kemuncak jaundis berlaku pada hari ke 7. Jika anak disahkan jaundis sebelum hari ke 7, adalah normal jika bacaan aob meningkat.

2. Prolonged jaundis berlaku apabila bacaan aob masih 10 ke atas selepas 14 hari.

3. Tiada apa yg dapat mengelakkan jaundis. Tiada juga amalan tertentu untuk menghilangkan jaundis dengan cepat. Ia bergantung kepada metabolisma bayi tersebut membina sel darah sendiri.

Lain bayi, lain tahap metabolismanya.

Tubuh badan manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Jangan sesekali menyamakan pengalaman orang lain dengan diri kita.

4. Apabila anak jaundis, sentiasa perhatikan warna najisnya. Selagi ia berwarna itu ok. Jangan risau.

Pastikan anak bangun menyusu sekurang kurangnya 8 kali dalam 24 jam.

Kerapkan menyusu (tidak sampai 2 jam) jika anak menyusu direct tidak sampai 10 minit tiap sesi. Menyusu pada sebelah yg sama bagi membolehkan bayi mendapat hindmilk (pekat).

⚠ Awas jika najis bayi tidak berwarna atau warna pucat. Perlu bawa berjumpa pakar kanak kanak dengan segera.

5. Prolonged jaundis mudah terjadi jika darah ibu O rhesus negatif. Bertenang. Ambil masa.

6. Apabila anak jaundis, ia hanya mengenai :

- teknikaliti penyusuan yg tidak betul seperti latching, masalah oral bayi, tidak mendapat hindmilk yg sepatutnya dsb

- ibu yg ada sejarah blocked duct atau bengkak susu (berpotensi bila anak kedua dan seterusnya)

- post partum issue seperti bleeding, stres dll

- jenis darah dan rhesus ibu vs bayi.

⚠ Jika terpaksa meninggalkan anak di Nicu sementara ibu selesaikan masalah lain berkaitan teknikaliti penyusuan seperti engorgement atau blocked duct, minta susu diberi kepada anak menggunakan cawan atau sudu bukan guna botol! Ini bagi mengelakkan nipple confusion.

7. Apabila anak jaundis sebab utamanya hanyalah kerana bayi tidak mendapat hindmilk yg mengandungi banyak fat daripada lactose. Manakala foremilk (susu cair) mengandungi banyak lactose daripada fat.

Hanya susu ibu saja yg mengandungi fat (asid lemak yg tidak boleh didapati pada sumber susu lain).

8. Apa jua penggunaan / sapuan luaran juga mandian tidak membantu kerana tidak mengandungi fat untuk dicernakan bagi pengeluaran bilirubin. Malah lebih berbahaya kerana ia boleh menyerap melalui kulit dan boleh terjadinya keradangan.

Jangan pula jemur bayi di bawah cahaya matahari. Lapisan ozon yg semakin menipis hari ini (tidak seperti zaman dahulu) mungkin boleh menyebabkan kanser kulit pula.

9. Sebaiknya hubungi PC / LC berhampiran anda untuk mendapatkan bantuan dan sokongan kerana ia perlu dilihat apakah masalah teknikaliti penyusuan yg sebenar (isu berbeza dari seorang ibu dengan ibu yg lain) dan bagaimana untuk mengeluarkan hindmilk yg berada hanya di belakang foremilk.

Setiap isu itu unik.

Jangan sesekali pukul rata semua isu berpandukan pengalaman peribadi.

Ia mungkin baik untuk dia belum tentu baik bagi anak kita.

Keep calm and continue bf...❤❤❤

Pesanan penaja :
Burpkan baby selepas menyusu tidak kira direct atau botol. Tidak kira juga ketika di rumah atau dalam kereta. WAJIB!

========================

Saya tak pasti samada kaedah ini boleh digunakan atau tidak. Kawan saya yang berpantang dengan bayinya jaundis telah mencuba dua kali kaedah ini untuk mengurangkan kuning bayinya.

1. Perah susu awal (foremilk) masuk botol dan simpan.
2. Perah susu kemudian (hindmilk) lebih kurang 2ml dan bagi pada bayi melalui botol.

Logiknya, bayi direct feeding rasa selesa dalam dakapan bonda dan akan tertidur maka tidak menyusu banyak. Dengan menggunakan botol, bayi perlu hisap dan minum hingga habis.

Anda boleh mencuba jika menghadapi masalah yang sama. Yang penting teruskan penyusuan kerana hanya susuibu yang terbaik buat si manja.




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Tips pengurusan masa

Salam sejahtera dan selamat datang maipilih.com ~ Rakan Nutrisi Anda.

Alhamdulillah hari ini dapat mengikuti satu perkongsian tentang pengurusan masa. Memang pengurusan masa sangat kritikal untuk orang yang buat dua kerja, termasuk juga surirumah. Tips yang Master Lyna kongsikan amat berguna untuk dijadikan panduan. Semua makhluk dikurniakan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam tetapi masih ada yang merasakan tak cukup masa. Untuk anda yang sering rasa tak ada masa tu... Boleh baca tips di bawah dan cuba aplikasikan dalam hidup. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.


"Masa adalah kehidupan. Mensia-siakan masa bermakna mensia-siakan kehidupan."

1. Masa didatangkan dengan amanah. Amanah ialah tanggungjawab yang diberi atas sebab percaya boleh memikul apa yang diamanahkan.
2. Cara untuk bertegas dengan masa ialah ada jadual seharian dasn ikuti dengan disiplin.
3. Sentiasa ada to do list supaya boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian seperti urusan segera atau boleh tangguh.
4. Sentiasa adakan masa untuk keluarga. Beri perhatian sepenuhnya dan jauhkan dari gadjet.
5. Tetapkan waktu untuk memulakan tugas. Walau apa pun berlaku waktu bertugas perlu dipatuhi. Minta bantuan pasangan untuk menjaga anak2 ketika sampai masa mula menjalankan tugas.
6. Uruskan keperluan memasak untuk seminggu pada setiap hujung minggu. Ini dapat menjimatkan tempoh memasak harian.
7. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup dan berkualiti supaya dapat memulakan esoknya dengan lebih bersemangat.
8. Solat awal waktu akan membuatkan rasa masa cukup panjang.
9. Untuk mendapat keberkatan waktu, fikir, cakap dan buat sesuatu yang positif dan berfaedah.
10. Jangan salah tanggapan pada anak-anak kerana mereka adalah rezeki. Menyalahkan anak-anak akan menyebabkan rezeki sukar menghampiri kita. Sedar atau tidak rezeki yang diterima adalah kerana menumpang rezeki anak.
11. Tahu keutamaan. Jangan bertangguh dan elakkan buat perkara yang tak penting.
12. Kalau rasa hidup berserabut, perhatikan solat kita adakah khusyuk? Khusyuk dalam solat adalah rahsia hidup yang tenang dan tersusun.
13. Sentiasa kekal dalam keadaan berwudhuk. Ia mampu menghindar hasutan syaitan utk melakukan perkara yang tidak penting.
14. Banyak merungut akan membuang masa beberapa saat dan membenarkan Allah menarik beberapa nikmat akibat tidak bersyukur.
15. Elakkan menyebut "saya tiada masa" kerana kata-kata juga merupakan satu doa.
16. Masa yang berkat walaupun sedikit dapat menyelesaikan banyak masalah dan urusan.
17. Penuhi masa dengan zikir, istighfar, selawat bagi mengelakkan kita fikir, ucap dan buat perkara negatif.
18. Rapatkan diri dengan Allah. Bina hubungan baik dengan Allah dan berdoa bersungguh-sungguh. Buat kerja kita dan Allah buat kerja Dia.
19. Sediakan dan tulis dalam buku, rekod suara dalam telefon atau ambil gambar jika tiba-tiba ada idea melintas.
20. Rancang seawal mungkin. Gunakan google kalendar untuk merancang tarikh dan agenda.
21. Betul-betul tak cukup masa? Beli masa dengan membaca Al-Quran dan solat awal waktu. Insya-Allah anda akan rasa lebih banyak masa lapang.

*****

Alhamdulillah. Anda dapat sesuatu? Mungkin boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain. Mana tau mungkin ada yang perlu bantuan untuk pengurusan masa. 
Selamat beramal.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Mudahnya bisnes dengan kemajuan teknologi.

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan Nutrisi Anda.

Alhamdulillah hari ini selesai berlangsungnya kelas secara online dengan nutritionist Shaklee. Betapa kepesatan pembangunan teknologi telah memudah cara dan memberi penyelesaian terbaik untuk para pengedar Shaklee melengkapkan keperluan ilmu dalam memberi khidmat terbaik kepada para pelanggan.

Tajuk yang dibincangkan pada hari ini ialah tentang Protein sebagai keperluan asas kehidupan. Banyak ilmu baru yang diperolehi dari kelas ini untuk dikongsikan bersama anda. Kelas secara face to face juga diadakan di beberapa bahagian seperti utara, selatan, tengah dan pantai timur.




Jikalau anda ada kelapangan bolehlah menghadiri kelas seperti dalam jadual. 

Hubungi saya untuk mengetahui kelas di kawasan lain. Mungkin berdekatan dengan anda.




Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 
Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

ESP... terhangat di pasaran

salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com - rakan nutrisi anda.


hamil, pregnancy, breastfeeding, menyusu, confinement, berpantang, diabetis, gastrik


Kelebihan dan keistimewaan ESP yang tidak dapat disangkal lagi. Anda dah cuba?
Saya akan kongsikan testimoni kalau anda masih tak percaya.

Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Promosi Mac

Selamat datang ke maipilihdotcom ~ rakan nutrisi anda. 

Promosi yang paling dinanti kini kembali. 


menyusu, hamil, breastfeeding, pregnancy, gastrik, diabetis


Fauziah Hamzah
012.764.0760


Mencegah lebih baik dari merawat

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan nutrisi anda
Apa khabar? Teruja pula di hari akhir Februari 2016. Bukan selalu kita boleh jumpa 29 haribulan ni kan. Hari ini saya nak kongsi supplemen yang bertindak untuk mencegah dan sekaligus merawat penyakit.

Cuba anda bayangkan...
Raungan si kecil menderita ekzema sampai merah kulit dan berdarah sebab tergaru-garu.
Sakit satu badan, berat kepala dan rasa mencucuk-cucuk di serata sendi bila diserang demam denggi.
Sesak dada mencungap nafas bila asma datang menyerang.
Selama ni sihat saja tapi tiba2 dapat tahu menghidapi kanser tahap 4.

Ada ke mak ayah yang sanggup tengok anak menderita akibat ekzema?
Ada ke yang seronok duduk di wad bila kena demam denggi? 
Sedar tak kekurangan oksigen ke otak boleh mengakibatkan kecacatan kekal? 
Tak ada pun genetik kanser dalam keluarga tapi macam mana boleh kena?

Sedar tak sedar semua itu memang ujian dari Allah cuma puncanya dari sistem imunisasi tubuh yang lemah. Sel pertahanan badan tidak dapat melawan patogen atau bendasing yang masuk ke dalam saluran darah seperti virus, bakteria, fungus, mikrob dan sebagainya. 

Bila tubuh mudah mendapat jangkitan, kebarangkalian untuk sembuh juga mengambil masa yang agak lama kerana sistem imunisasi yang lemah. Jangkitan yang merebak hingga menjejaskan fungsi otak pula bakal membawa MAUT. Nauzubillah…. 

Antara faktor penyebab imuniti rendah ialah 
  • Kurang tidur pada waktu malam
  • Pengambilan gula yang tinggi dalam makanan 
  • Tekanan / Stress
  • Pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik
  • Gaya hidup yang kurang sihat
  • Terdedah kepada pencemaran persekitaran

Tahukah anda tubuh kita mempunyai sel protein yang berfungsi mencegah pencerobohan patogen dipanggil INTERFERON? 




Satu penyelidikan ke atas lebih 200 jenis herba telah dijalankan selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Tokyo University, akhirnya menemukan satu formula yang menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi. Penemuaan ini telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi dan berjaya dipatenkan (mendapat hak eksklusif). Penemuan hebat ini dinamakan NUTRIFERON. 



Keistimewaan NUTRIFERON ialah

  • disediakan dalam bentuk sachet dan mudah dibawa.
  • penggunaannya ringkas hanya koyak dan tuang ke dalam mulut
  • rasanya manis sehingga menjadi kegemaran anak-anak
  • tiada lagi drama anak sukar makan ubat
  • kesan penyembuhan untuk tempoh yang singkat / cepat

Siapa yang memerlukan NUTRIFERON?
  • Penghidap ekzema dan alahan 
  • Mudah dijangkiti penyakit dan ambil masa yang lama untuk sembuh
  • Pesakit demam denggi
  • Perokok tegar
  • Penghidap kanser
  • Selalu travel terutamanya ke luar negara
  • Untuk anda yang selalu stress
  • Terlalu terdedah kepada pencemaran persekitaran
  • Penghidap asma








Sekotak NUTRIFERON yang mengandungi 30 sachet cuma RM180 akan membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda. 

PROMOSI!!! Dapatkan 2 kotak NUTRIFERON pada harga RM342 dengan DISKAUN 5% dan anda JIMAT RM18. Khas untuk anda kongsikan bersama keluarga pada nilai hebat. 

Atau pada nilai yang LEBIH HEBAT & BERBALOI
6 kotak NUTRIFERON pada harga RM930 dengan tambahan 
  • 1 kotak lagi secara PERCUMA. 
  • Keahlian secara PERCUMA
  • Kos pos PERCUMA
  • BONUS TUNAI

Dan jumlah penjimatannya LEBIH RM470

TAHUKAH ANDA? 
Interferon boleh dihasilkan di makmal dan harga untuk satu dos INTERFERON buatan ialah RM6000 pada tahun 2010. Yakini NUTRIFERON. Ia berkesan, selamat dan semulajadi. 
Dapatkan hari ini sebelum PROMOSI HARGA RUNTUH TAMAT. 



Fauziah Hamzah (Cik Pau)
 Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

Stroke beransur pulih selepas mengamalkan Vivix

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Hari ini saya kongsikan testimoni Vivix terhadap pesakit stroke. Sama-sama kita mendoakan pesakit kembali sihat seperti sediakala. 

==============

Assalamualaikum..

Saya Hafza Aein ingin berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...



(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

===============

Dapatkan vivix pada harga promosi hanya di maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Cik Pau 



Hapuskan amalan berpantang? Setuju atau tidak?

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Setuju tak kalau bersalin zaman moden ni kita hapuskan amalan berpantang? Kontroversi pula kenyataan ni kan. Sebenarnya saya memang sukar berpantang disebabkan tiada pembantu ketika tempoh berpantang. Selepas seminggu bersalin saya memaksa diri untuk sihat seperti sediakala lantaran tuntutan anak-anak lain yang masih perlukan perhatian. 

Saya nak kongsikan pendapat pengamal perubatan terkenal, Dr Hamid Arshad tentang amalan berpantang. Wajarkah dihapuskan? 

===========

MENGAPA NAK PANTANG?
Mungkin perkataan ini tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Terlalu banyak perubahan telah berlaku dalam bidang perubatan. Ketika pantang mula diamalkan mungkin  antibiotik, vitamins, antiseptik, ubat2 penawar sakit belum begitu mudah didapati.
Dewasa ini bermacam2 ubat dan supplemen untuk mempercepat pemulihan luka dari pembedahan, kelahiran bayi  atau luka trauma terdapat dipasaran.
Peroses pemulihan luka (wound healing) sebenarnya memerlukan zat2 protein ,  folic acid, vitamins, logam dan antioxidant.  Zat protein diperolehi dari daging, ayam, ikan dan telur, manakala sayur2 dan buah2 menjadi sumber utama vitamins, folic, logam (iron, magnesium, potassium) dan serat. Dalam tempoh berpantang, kebanyakan zat2 makanan yang penting selalu disekat.
Sekatan keatas makanan2 yang berkhasiat melambatkan peroses pemulihan luka, menyebabkan anemia (kurang darah) ; sering kelihatan pucat. Serta menyebabkan sembelit dan kesan sampingannya buasir. 
Terlalu berpantang makan waktu hamil, lepas bersalin dan lepas bedah cesar menyebabkan susu ibu sangat berkurangan kuantiti dan kaualitinya.
MARILAH KITA HAPUSKAN AMALAN PANTANG.
MARILAH KITA AMALKAN MAKANAN TERBAIK ,BERZAT DAN BERKHASIAT
Ikuti panduan makanan saperti dibawah

http://klinikdrhamidarshat.blogspot.com/2014/02/makanan-untuk-subur-dan-lepas-bedah.html?m=1






Sakit gigi kronik pulih dengan vivix

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Saya nak kongsikan satu testimoni yang mana empunya diri bertarung menahan kesakitan selama 14 tahun. Sakit gigi kronik yang dialami berjaya sembuh dengan mengamalkan vivix. Ikuti kisahnya. 

14 Tahun Menanggung Derita Akhirnya Terubat Setelah Bertemu Cinta Kedua
================================

Kerana CINTA segalanya dikorbankan
.
.
Mengimbau kenangan 14 tahun yang lalu kali pertama sakit gigi yang dahsyat .Oleh kerana hidup d Terengganu pada zaman belajar tu berbekalkan pinjaman Mara klinik kerajaan sahajalah pilihan yang sesuai dengan kemampuanku..di situlah bermulanya episod suka duka ukhwah bersama orang-orang yang baik d Terengganu..
.
.
Hampir 2bulan sekali wajib ke klinik..berkesudahan dengan sebatang gigi geraham dikorbankan..tapi bukan senang-senang boleh cabut time sakit balik makan ubat lagi..ulang alik lagi ke klinik 
.
.
Tapi yang mengecewakan saya..sakit itu berulang lagi ..kemuncaknya pada final exam semester 5 ...bayangkan saya hanya menjawab semua soalan hanya sejam dari tempoh sebenar 2jam dan terus ke klinik swasta di Batu 6 bukan kerana terlalu bijak tapi kerana sakit gigi yang memuncak..arggghhh..ketika inilah teringat lagu Raihan...ingat 5 perkara..Sihat Sebelum Sakit...
.
.
Keputusannya bukan gigi yang bermasalah rupanya SARAF yang bermasalah jd rawatan salur akar untuk mematikan saraf lah pilihan yang terbaik mengikut nasihat doktor tersebut..kos rawatan  tidak termasuk x-ray RM150 kerana gigi hadapan..amat mahal bagi saya yang hanya berbekalkan pinjaman Mara..tetapi kerana sakit terkorban jua RM150 belum tmasuk kos perjalanan.Alhmdulillah selepas beberapa kali rawatan sakit brkurang tapi bengkak masih on off di bawah lelangit.
.
.
Sudah berlalu 11 tahun bengkak tersebut on off ..kalau tidak tahan sangat telan ubat tahan sakit tapi selagi mampu bertahan saya bertahan kerana tahu bahaya ubat tahan sakit..rupa-rupanya sakit itu kembali memuncak selepas melahirkan anak kedua tetapi sakit itu makin merebak ke bahagian bawah.
.
.
Terus ke klinik Pergigiang Thang di Gurun tapi apabila ditanya kos trmasuk  x-ray unk sebatang gigi hadapan Rm480...keluar dari bilik doktor fikir 480 huhu...xapalah saya makan ubat tahan sakit kerana ketika itu terfikir Dr Asyikin di klinik pergigian Sik yang lemah lembut masa check gigi ketika mengandung.Jadi keputusannya esok terus ke klinik tersebut..alhamdulillah apabila dia mendengar sejarah sakit gigi saya , dia terus merujuk kes saya kepada pakar Dr Anis di klinik Bakar Arang.
.
.
Berulang kembali episod ulang alik ke klinik hampir setiap 2 minggu sekali berdasarkan tahap kesakitan..hasilnya 2 batang gigi hadapan dan sebatang gigi geraham dibuat rawatan salur akar untuk mematikan saraf tersebut..bayangkan kalau di swasta RM480 x 3 = RM 1440 tidak termasuk kos pergi balik makan minum stress menunggu dan membawa anak-anak bersama.Allahu nikmat kesakitan inilah lebih mendekatkan kita kepada Pemberi sakit ini..
.
Tetapi ujian Allah terus bertamu..tanda kasih dan perhatianNya DIA pada diri ini..Alhamdulillah..sakitnya makin berkurang tetapi bengkak di lelangit masih ada dan kadang-kadang sakit tu betulang..keputusan akhir adalah untuk membuat minor surgery di bahagian gusi depan...kata doktor Anis kita akan selak gusi dan tengok apa masalahnya lagi ...haaaa takutnya...
.
.
Kerana takut tu saya mencuba berbagai-bagai rawatan dan ubat yang boleh membantu mengurangkan sakit..akhirnya ketemulah CINTA KEDUA INI..Alhamdulillah akhirnya kutemui jua yang serasi..
.
.
Bengkak di lelangit tiada lagi dan Alhamdulillah sakit telah hilang..hakikatnya semua kesembuhan itu dari Allah tetapi ianya mestilah disertai dengan usaha yang tidak jemu untuk mencari yang serasi.
.
.
Terima Kasih Allah

===============

Sesungguhnya kesembuhan itu atas izin Allah. Yang penting berusaha untuk mendapatkan rawatan. 

Fauziah Hamzah 

Akim menang AJL 30 tapi vivix paling WIN

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Tahniah Akim & the majistret kerana menggondol juara AJL 30. Tapi apa kena mengena Akim juara AJL 30 tapi vivix paling WIN? 

Melihat betapa yakinnya DSV dengan kehebatan Pamoga, teringat saya akan testimoni vivix berikut : 


Vivix tetap WIN!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...