Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Hapuskan amalan berpantang? Setuju atau tidak?

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda. 

Setuju tak kalau bersalin zaman moden ni kita hapuskan amalan berpantang? Kontroversi pula kenyataan ni kan. Sebenarnya saya memang sukar berpantang disebabkan tiada pembantu ketika tempoh berpantang. Selepas seminggu bersalin saya memaksa diri untuk sihat seperti sediakala lantaran tuntutan anak-anak lain yang masih perlukan perhatian. 

Saya nak kongsikan pendapat pengamal perubatan terkenal, Dr Hamid Arshad tentang amalan berpantang. Wajarkah dihapuskan? 

===========

MENGAPA NAK PANTANG?
Mungkin perkataan ini tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Terlalu banyak perubahan telah berlaku dalam bidang perubatan. Ketika pantang mula diamalkan mungkin  antibiotik, vitamins, antiseptik, ubat2 penawar sakit belum begitu mudah didapati.
Dewasa ini bermacam2 ubat dan supplemen untuk mempercepat pemulihan luka dari pembedahan, kelahiran bayi  atau luka trauma terdapat dipasaran.
Peroses pemulihan luka (wound healing) sebenarnya memerlukan zat2 protein ,  folic acid, vitamins, logam dan antioxidant.  Zat protein diperolehi dari daging, ayam, ikan dan telur, manakala sayur2 dan buah2 menjadi sumber utama vitamins, folic, logam (iron, magnesium, potassium) dan serat. Dalam tempoh berpantang, kebanyakan zat2 makanan yang penting selalu disekat.
Sekatan keatas makanan2 yang berkhasiat melambatkan peroses pemulihan luka, menyebabkan anemia (kurang darah) ; sering kelihatan pucat. Serta menyebabkan sembelit dan kesan sampingannya buasir. 
Terlalu berpantang makan waktu hamil, lepas bersalin dan lepas bedah cesar menyebabkan susu ibu sangat berkurangan kuantiti dan kaualitinya.
MARILAH KITA HAPUSKAN AMALAN PANTANG.
MARILAH KITA AMALKAN MAKANAN TERBAIK ,BERZAT DAN BERKHASIAT
Ikuti panduan makanan saperti dibawah

http://klinikdrhamidarshat.blogspot.com/2014/02/makanan-untuk-subur-dan-lepas-bedah.html?m=1






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...