Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Kepentingan PROTEIN untuk ibu hamil

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ Rakan Nutrisi Anda.

Setujukah anda kalau saya kata, bayi yang sihat bermula dari ibu yang sihat? Saya percaya disaat anda hamil, anda sangat berhati-hati untuk membuat pilihan makanan. Walaupun kebanyakan ibu hamil cuba untuk mendapatkan diet yang seimbang namun kerap kali juga menghadapi masalah kehamilan seperti kejang kaki, sembelit, low Hb, dan lain-lain. Salah satu nutrisi penting yang perlu dititik beratkan ialah PROTEIN. Pernahkah anda terfikir tentang kepentingan PROTEIN untuk ibu hamil di sepanjang tempoh kehamilan? 


PROTEIN merupakan sumber blok binaan untuk tubuh. Bermula dari pembentukan sel kepada tisu, dari tisu menjadi organ dan dari organ membentuk satu sistem. PROTEIN diperlukan untuk membina tulang, kulit, otot, kuku dan rambut. 

PROTEIN yang cukup akan membantu perkembangan janin dengan sempurna dan mengelakkan risiko kelahiran kurang berat badan. PROTEIN yang cukup juga penting bagi ibu hamil sebagai persediaan menghadapi saat bersalin, mudah sembuh dan kekal sihat dalam tempoh berpantang. 

Kekurangan PROTEIN pada ibu hamil akan mengakibatkan kehilangan berat badan, keletihan otot, kerap mendapat jangkitan serta bengkak-bengkak akibat takungan air berlebihan. Apa yang membimbangkan ialah ibu yang kekurangan PROTEIN tidak mampu membekalkan PROTEIN untuk janinnya sehingga merencatkan perkembangan janin itu sendiri dan akhirnya lahir dengan pelbagai komplikasi. 

Apakah sumber-sumber PROTEIN yang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan anda? 

Jangan lupa untuk membaca entry seterusnya, 8 sumber makanan KAYA PROTEIN untuk ibu hamil. 


Cik Pau 
Rakan Nutrisi Anda




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...