Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Tips pengurusan masa

Salam sejahtera dan selamat datang maipilih.com ~ Rakan Nutrisi Anda.

Alhamdulillah hari ini dapat mengikuti satu perkongsian tentang pengurusan masa. Memang pengurusan masa sangat kritikal untuk orang yang buat dua kerja, termasuk juga surirumah. Tips yang Master Lyna kongsikan amat berguna untuk dijadikan panduan. Semua makhluk dikurniakan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam tetapi masih ada yang merasakan tak cukup masa. Untuk anda yang sering rasa tak ada masa tu... Boleh baca tips di bawah dan cuba aplikasikan dalam hidup. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.


"Masa adalah kehidupan. Mensia-siakan masa bermakna mensia-siakan kehidupan."

1. Masa didatangkan dengan amanah. Amanah ialah tanggungjawab yang diberi atas sebab percaya boleh memikul apa yang diamanahkan.
2. Cara untuk bertegas dengan masa ialah ada jadual seharian dasn ikuti dengan disiplin.
3. Sentiasa ada to do list supaya boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian seperti urusan segera atau boleh tangguh.
4. Sentiasa adakan masa untuk keluarga. Beri perhatian sepenuhnya dan jauhkan dari gadjet.
5. Tetapkan waktu untuk memulakan tugas. Walau apa pun berlaku waktu bertugas perlu dipatuhi. Minta bantuan pasangan untuk menjaga anak2 ketika sampai masa mula menjalankan tugas.
6. Uruskan keperluan memasak untuk seminggu pada setiap hujung minggu. Ini dapat menjimatkan tempoh memasak harian.
7. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup dan berkualiti supaya dapat memulakan esoknya dengan lebih bersemangat.
8. Solat awal waktu akan membuatkan rasa masa cukup panjang.
9. Untuk mendapat keberkatan waktu, fikir, cakap dan buat sesuatu yang positif dan berfaedah.
10. Jangan salah tanggapan pada anak-anak kerana mereka adalah rezeki. Menyalahkan anak-anak akan menyebabkan rezeki sukar menghampiri kita. Sedar atau tidak rezeki yang diterima adalah kerana menumpang rezeki anak.
11. Tahu keutamaan. Jangan bertangguh dan elakkan buat perkara yang tak penting.
12. Kalau rasa hidup berserabut, perhatikan solat kita adakah khusyuk? Khusyuk dalam solat adalah rahsia hidup yang tenang dan tersusun.
13. Sentiasa kekal dalam keadaan berwudhuk. Ia mampu menghindar hasutan syaitan utk melakukan perkara yang tidak penting.
14. Banyak merungut akan membuang masa beberapa saat dan membenarkan Allah menarik beberapa nikmat akibat tidak bersyukur.
15. Elakkan menyebut "saya tiada masa" kerana kata-kata juga merupakan satu doa.
16. Masa yang berkat walaupun sedikit dapat menyelesaikan banyak masalah dan urusan.
17. Penuhi masa dengan zikir, istighfar, selawat bagi mengelakkan kita fikir, ucap dan buat perkara negatif.
18. Rapatkan diri dengan Allah. Bina hubungan baik dengan Allah dan berdoa bersungguh-sungguh. Buat kerja kita dan Allah buat kerja Dia.
19. Sediakan dan tulis dalam buku, rekod suara dalam telefon atau ambil gambar jika tiba-tiba ada idea melintas.
20. Rancang seawal mungkin. Gunakan google kalendar untuk merancang tarikh dan agenda.
21. Betul-betul tak cukup masa? Beli masa dengan membaca Al-Quran dan solat awal waktu. Insya-Allah anda akan rasa lebih banyak masa lapang.

*****

Alhamdulillah. Anda dapat sesuatu? Mungkin boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain. Mana tau mungkin ada yang perlu bantuan untuk pengurusan masa. 
Selamat beramal.


Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee ID : 846053 | Mobile : 012.764.0760 | Email : bibimie@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...