Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

Ramai orang semakin cantik dan sihat di musim panas.

Salam sejahtera dan selamat datang ke maipilih.com ~ rakan nutrisi anda.

Apa khabar anda hari ini? Panas betul sekarang ni ya sampai ada yang komplen bil elektrik meninggi. Anda mungkin tak perasan ada sesuatu yang positif berlaku di musim panas begini. Boleh dikatakan ramai orang semakin cantik dan sihat di musim panas. Nak tau sebab apa? 


Cantik dan sihat di musim panas

Saya sebenarnya tak perasan apa-apa perubahan sampailah seorang kawan bagitau kulitnya rasa lembut dan lembap. Bila saya belek-belek kulit sendiri memang ada benarnya. Jerawat pun tak ada. Kawan saya kata lagi, dia baru perasan berat pun menyusut. Projek jumpa Dr. Tan*** pun lancar dan selesa. Wah...!!! Saya rasa makin teruja. 

Saya tanya dia apa yang dia buat sampai begitu sekali kesannya. Katanya, sejak cuaca panas, dia tak lalu nak makan sebab dah kekenyangan air. Beberapa kali dia mengisi bekas air yang dibawanya ke mana-mana supaya senang untuk diminum. Menu masakan sekarang lebih kepada sup dan rebusan. Musim panas lebih sedap hirup sup katanya. Snek waktu senggang pula kebanyakannya buah-buahan atau sekali sekala buat jus buah. 

Tambahnya lagi, sebelum keluar dari rumah untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, dia akan sapu sun blocked. Jaga kulit jangan terbakar walaupun bukanlah lama sangat nak menunggu anak-anak habis waktu sekolah. Saya akui memang panas menyengat waktu matahari terpacak atas kepala tu. Tak hairanlah ada yang terkena heat stroke beberapa minggu lepas. 

Apa yang dapat saya simpulkan dari cerita kawan saya tu, kunci untuk cantik dan sihat bermula dengan air yang cukup. Sebenarnya saya sendiri pun sukar nak mengamalkan 3 liter air sehari tapi musim panas sekarang ni memaksa saya minum lebih dari 3 liter sehari. Alhamdulillah ada hikmahnya musim panas ini berlanjutan. 



Air penting untuk detox.
Air merupakan agen yang membawa toksin keluar dari badan. Air yang cukup mengelakkan anda mengalami sembelit. Masalah toksin berkumpul dalam badan adalah kerana ada sisa buangan yang masih lagi tertinggal dalam usus. Sekiranya anda mengalami sembelit, najis akan berada lebih lama dalam tubuh dan seterusnya lebih banyak toksin akan berkumpul dalam tubuh akibat aktiviti bakteria dalam usus. 

Toksin akan menghalang penyerapan nutrisi secara efisyen. Disebabkan kegagalan usus untuk menyerap nutrisi, banyak masalah lain akan timbul seperti kulit muka berjerawat, sakit kepala, rambut gugur, kulit kusam, mudah jatuh sakit dan masalah-masalah kesihatan yang lain. 

Air menyampaikan nutrisi ke seluruh tubuh. 
Air berperanan penting untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam tubuh. Darah yang cair lebih mudah melalui saluran darah yang kecil lagi sempit. Darah membawa bersama-sama nutrisi yang diperolehi dari makanan. Oleh sebab itu, penting untuk anda amalkan minum air samada 1L air untuk setiap 25kg berat badan anda atau 3L air sehari. Selain mengangkut nutrisi, air juga membawa oksigen yang diperlukan oleh otak. Jom kita tengok kesan kekurangan air pada tubuh.  
Klik imej untuk paparan lebih jelas.



Jelaslah bahawa air sangat penting untuk anda jadi lebih sihat dan cantik. Tubuh dapat menyahtoksin (detox) seterusnya usus yang bersih lebih mudah menyerap nutrisi. Sel darah pula kemudiannya membawa nutrisi ke seluruh tubuh anda. 

Ada caranya untuk mempercepatkan proses ini berlaku iaitu dengan mengamalkan pengambilan vitamin C secara konsisten. 

Tahukah anda, vitamin C juga merupakan agen nyahtoksin? Ia berperanan mengumpulkan toksin manakala air pula sangat penting untuk proses seterusnya iaitu mengangkut toksin terkumpul untuk disingkirkan dari tubuh. 

Kita sedia maklum vitamin C sangat sinonim dengan manfaat kecantikan tapi ada 5 manfaat lain yang anda perlu tahu iaitu

1. Menyahtoksin usus besar. 
Vitamin C berlebihan yang tidak terserap oleh usus kecil akan menyebabkan najis pada usus besar lebih berair. Dengan ini, najis-najis lama akan lebih mudah disingkirkan. 

2. Meningkatkan stamina ketika di gym. 
Vitamin C diperlukan untuk pemulihan dan pertumbuhan tisu tubuh. Satu kajian dari Universiti Wisconsin mendapati 500mg vitamin C dapat menghilangkan keletihan akibat senaman dan workout.

3. Memenuhi keperluan kelenjar adrenal. 
Sekumpulan penyelidik bersetuju bahawa ketika mengalami stress, kandungan vitamin C dalam tubuh juga terjejas. Ujian tekanan yang diberikan terhadap tikus makmal yang disuntik dengan 200mg vitamin C menunjukkan paras hormon stress berkurangan di dalam darah tikus tersebut yang mana turut sama merendahkan tekanan fizikal dan emosi. Bukti ini menunjukkan sikap mudah naik angin / panas baran disebabkan kekurangan vitamin C. 

4. Menentang pengumpulan lemak perut dengan meningkatkan sensitiviti insulin. 
Dalam satu kajian terhadap pesakit diabetis yang diberi vitamin C, mereka mengalami  penurunan kadar gula dalam darah, kolesterol dan paras insulin. Kekurangan vitamin C melumpuhkan sensitiviti insulin dan mengakibatkan gula berlebihan di simpan dibawah kulit sebagai lemak. 

5. Merendahkan risiko penyakit jantung. 
Penyelidik dari Universiti California membuktikan vitamin C mengurangkaan kadar protein C-reaktif yang menjadi petunjuk kepada penyakit jantung dan kencing manis. 

Wah... Banyak juga manfaat vitamin C. Bukan saja untuk mencantikkan kulit bahkan mampu menyahtoksin, memulihkan keletihan, mengawal stress, menghilangkan lemak di perut serta penting untuk kesihatan jantung. 

Anda rasa ada keperluan tak untuk amalkan vitamin C ni? Dalam keadaan cuaca panas ni saya pasti anda perlukan banyak air tambahan lagi dengan mengamalkan vitamin C. Biar vitamin C menjalankan tugasnya dan anda hanya perlu tunggu untuk mengalami transformasi lebih cantik, langsing dan sihat seperti kawan saya. 


Anda boleh mendapatkan vitamin C pada harga PROMOSI sebelum berakhirnya bulan ini. SR Vita C Plus sememangnya pilihan ramai untuk lebih cantik dan sihat dengan jaminan yang lebih selamat.  Anda memerlukannya sekarang kerana hari raya hanya lebih kurang dua bulan lagi. Mana tahu, bangun dari tidur tup tup gojes flawless macam Cik Ta. Mesti suka  kan?

Nak tahu bagaimana memutihkan kulit cara selamat dengan vitamin C Shaklee? Khas untuk anda, konsultasi ini diberi secara PERCUMA. 

Hubungi Cik Pau di 012.764.0760 untuk mendapatkan vitamin C anda hari ini. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...