Social Icons

HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & pengeluar gelatin yg di sahkan halal INFANCA

About Me

Salam sejahtera salam satu malaysia
Terima kasih kerana berkunjung ke maipilihdotcom - rakan nutrisi anda. Salam perkenalan dari saya, Fauziah Binti Hamzah, seorang isteri dan ibu kepada 5 orang cahayamata. Saya mula berkecimpung dalam biz pemakanan sihat jenama Shaklee sejak Jun 2010. semuanya bermula ketika saya mencari supplement untuk penyusuan dan hasilnya saya ditemukan dengan blog upline saya, Shareeza atau Cery Mamafaiz yang kini telah pun bergelar Masters Shareeza. setelah mencuba selama 6 bulan dan yakin dengan produk Shaklee yang dihasilkan dari sumber asli/natural, saya tidak teragak2 mengorak langkah utk menyebarkan kebaikannya utk dimanfaatkan bersama. 


Misi saya ialah untuk berkongsi kebaikan dari produk Shaklee yang telah diasaskan lebih dari 50 tahun. Saya percaya tempoh tersebut menjadi ukuran tentang betapa kukuhnya syarikat Shaklee dan betapa berkesannya produk2 dari Shaklee. mengapa saya memilih shaklee...? sudah tentu kerana ada kelainan dalam setiap produknya. 

selain dari meningkatkan tahap  kesihatan keluarga dan masyarakat, kini saya berjaya meningkatkan pendapatan keluarga iaitu melalui bonus 4 angka yang di perolehi pada setiap pertengahan bulan. segalanya memerlukan usaha yang bukan sedikit di samping memerlukan keikhlasan serta sabar melayani karenah pelanggan yang pelbagai. walaubagaimana pun pengalaman inilah yang mendewasakan saya dalam mengharungi cabaran perniagaan sehinggalah saya berjaya melayakkan diri untuk pangkat Supervisor pada bulan Jun 2012, Senior Supervisor pada bulan Oktober 2012, Coordinator pada Mac 2013 dan Sr. Coordinator pada Okt 2013. namun, tanpa bantuan, bimbingan dan doa yang tidak pernah putus dari Masters Shareeza, belum tentu saya berada di tahap ini. sokongan dari suami tersayang yang banyak membantu dalam menguruskan stok Shaklee juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan di bidang ini. 

bermula dengan bonus 2 angka menginjak ke 3 angka dan kini 4 angka, adalah tidak mustahil untuk saya mencapai bonus 5 angka seperti Master Shareeza kini. dia idola saya dan sedaya upaya akan meniru usaha2 beliau sehingga ke tahap ini. dengan apa yang diperolehi dapatlah disalurkan kepada rumah2 kebajikan, rumah2 anak yatim, rumah2 ibadat dan mereka yang memerlukan. 


**bersama master shareeza ketika master celebrations di impiana hotel & spa ( 2/9/2012)

kita berhak untuk menjadi kaya atau lebih dari itu menjadi jutawan. apakah makna kekayaan bagi anda?  mungkin mengumpul wang berkepuk di bank atau memiliki barangan mewah sudah mendifinisikan kekayaan. bagi saya kekayaan adalah apabila kita lebih banyak memberi daripada menerima. jangan diukur kekayaan dengan berapa banyak yang kita terima tetapi lihatlah kepada berapa banyak yang kita telah berikan kepada yang lebih memerlukan. memang benar harta kekayaan tidak dibawa bersama ketika mati tetapi dengan harta itulah kita dapat salurkan ke jalan2 kebenaran yang menjamin syurga utk kita kekal di dalamnya... 

saya punya impian dan saya percaya anda juga punya impian. realisasikan impian anda bersama kami dalam kumpulan Jutawan. semoga lebih ramai yang dapat saya bantu untuk perbaiki taraf hidup muslimin dan muslimat. 

salam Jutawan Shaklee
Fauziah Hamzah
ID : 846053

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...